MUSLIMAH


20 Dis 2013

***************************************************************************************************************************************************
17 Mac 2013

Kenali Supermom Palestin: Ummu Nidhal




Ummu Nidhal atau dikenali juga sebagai Khansa' Palestin adalah seorang 'ibu hebat' yang telah menyerahkan kesemua 4 anaknya untuk menentang tentera Zionis. Tiga daripada empat anaknya telah syahid bertemu dengan Allah swt. Manakala seorang lagi daripada anaknya masih lagi didalam tahanan Israel.


Ummu Nidhal tidak terkejut menerima berita kematian anak anaknya bahkan beliau bersedia menyerahkan semua anak-anaknya untuk mati syahid. Beliau pernah berkata ketika diwawancara oleh pemberita tentang pemergian anaknya,

"Anak saya telah syahid. Dia yang akan menolong saya dengan kesyahidannya. Sesiapa yang menyayangi anak-anaknya berikanlah sesuatu yang paling berharga semampunya kepada anakmu. Dan perkara paling berharga yang boleh diberikan ialah syurga".

Baca dan hayatilah kata-kata ibu Mujahid ini yang telah mempersembahkan kesemua anaknya kepada Allah S.W.T serta menanti saat dan detik untuk beliau sendiri bertemu dan berkumpul bersama anak-anaknya di syurga yang tertinggi!

Antara perkataan yang sering diungkapkan oleh Ummu Nidhal adalah:

"Kematian adalah suatu perkara yang menyedihkan, tetapi jangan bimbang kerana bertemu dengan Allah, adalah suatu kegembiraan yang tidak dapat digambarkan (mengatasi perasaan sedih tersebut)".

"Ketika anakku yang sulung, As-Syahid Muhammad Fathi Farhat mencecah usia enam tahun, saya telah katakan kepadanya; Ibu mahu kamu berperang melawan Israel dengan senjata, bukan dengan batu."
Tanpa sedikitpun keraguan serta kebimbangan dalam hati saat itu beliau mengarahkan anak ke medan juang demi mengusir penjajah. Kerana saya yakin apa yang saya ungkapkan itu adalah demi kebaikan untuk anak-anak saya.

"Tiada khabar yang paling mengembirakan buat saya, apabila puteraku mula menyampaikan berita bahawa dia telah bergabung bersama Briged Al Qassam, sayap pejuang Hamas, dan sedang bersiap sedia menyongsong amanah syahid dalam sebuah medan peperangan. Allah telah mengabulkan hasrat dan cita-cita saya."

Saat perpisahannya dengan putera sulungnya, Farhat, dia dan anaknya itu saling berpelukan kemudian berkata, "Ibu tidak dapat membendung air mata, tetapi jangan percaya dengan air mata ibu ini nak, Ini adalah air mata bangga menjelang hari pertemuanmu dengan bidadari. Pergilah menemui Rabb-Mu dan berjihadlah. Tetaplah hatimu thabatlah, kekallah seperti itu sampai engkau bertemu Allah Taala."

Begitu kuat, cekal serta tabah hati ibu ini. Semoga semua ibu-ibu dan kaum wanita khususnya di luar sana dapat mengambil iktibar dalam melahirkan dan mendidik seramai mungkin generasi Mujahid yang bakal meletakkan Islam ini ke tempat yg tertinggi satu hari nanti! 

"Wahai ibuku, relakanlah perjuangan anakmu.."

*************************************************************************************************************************************************
PENYUSUAN

Telah menjadi adat kebiasaan bagi kaum bangsawan Arab di Hijaz, terutama di Mekah pada masa itu, bahawa apabila seorang anak telah lahir baik lelaki maupun perempuan, sesudah beberapa hari disusukan oleh ibunya, ia akan diserahkan dan disusukan oleh orang lain yang tinggal di luar kota, di suatu dusun orang badwi dan anak itu akan menetap dan diasuh di situ sampai umurnya tujuh atau lapan tahun.

Begitu juga Rasulullah saw, setelah tiga hari disusukan oleh ibunya Aminah baginda disusukan oleh Tsuwaibah (bekas hamba pakciknya, abu Lahab) untuk beberapa hari. Kemudian baginda disusukan oleh Halimah bin Abi Zuaib, yang tinggal di dusun Banu Sa’ad, isteri kepada Abu Kabsyah.

Adat kebiasaan ini tidak diteruskan di dalam rumahtangga Rasulullah saw. Kesemua anak Baginda disusukan dan diasuh oleh isterinya Khadijah r.a.

Panduan penyusuan di dalam al-Qur’an

Surah al-Baqarah 2:233

وَٱلۡوَٲلِدَٲتُ يُرۡضِعۡنَ أَوۡلَـٰدَهُنَّ حَوۡلَيۡنِ كَامِلَيۡنِ‌ۖ لِمَنۡ أَرَادَ أَن يُتِمَّ ٱلرَّضَاعَةَ‌ۚ وَعَلَى ٱلۡمَوۡلُودِ لَهُ ۥ رِزۡقُهُنَّ وَكِسۡوَتُہُنَّ بِٱلۡمَعۡرُوفِ‌ۚ لَا تُكَلَّفُ نَفۡسٌ إِلَّا وُسۡعَهَا‌ۚ لَا تُضَآرَّ وَٲلِدَةُۢ بِوَلَدِهَا وَلَا مَوۡلُودٌ۬ لَّهُ ۥ بِوَلَدِهِۦ‌ۚ وَعَلَى ٱلۡوَارِثِ مِثۡلُ ذَٲلِكَ‌ۗ فَإِنۡ أَرَادَا فِصَالاً عَن تَرَاضٍ۬ مِّنۡہُمَا وَتَشَاوُرٍ۬ فَلَا جُنَاحَ عَلَيۡہِمَا‌ۗ وَإِنۡ أَرَدتُّمۡ أَن تَسۡتَرۡضِعُوٓاْ أَوۡلَـٰدَكُمۡ فَلَا جُنَاحَ عَلَيۡكُمۡ إِذَا سَلَّمۡتُم مَّآ ءَاتَيۡتُم بِٱلۡمَعۡرُوفِ‌ۗ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٌ۬ (٢٣٣)

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut dan bertakwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.”

 
Sebahagian ulama’ berpendapat ayat diatas ialah hukum yang berhubung dengan penyusuan kanak-kanak selepas talaq. Sebahagian ulama’ berpendapat bahawa ayat ini ditujukan kepada semua ibu-ibu sebagaimana yang dikehendaki dengan perkataan ٱلۡوَٲلِدَٲتُ ialah semua ibu, sama ada yang telah diceraikan atau belum diceraikan.

Si ibu yang diceraikan mempunyai kewajipan terhadap anaknya yang masih menyusu, iaitu kewajipan yang difardhukan Allah ke atasnya anak yang masih menyusu.. Anak tersebut mungkin terabai akibat kemarahan dan kedegilan kedua ibu bapanya menyebabkan si anak yang kecil itu menanggung penderitaan. Oleh itu Allah swt sendiri yang memelihara si anak dan memfardhukan kewajipan itu ke atas diri ibunya. Allah lebih melindungi manusia dari mereka melindungi sesama mereka. Allah lebih berbakti dari manusia dan lebih kasihan belas dari ibu bapa mereka.

Allah memfardhukan keatas si ibu menyusukan anaknya selama dua tahun genap kerana Allah swt mengetahui bahawa tempoh ini adalah suatu tempoh yang paling penting dari segi kesihatan dan kejiwaan seseorang kanak-kanak. Bayi dalam tempoh ini memerlukan kasih sayang dan belaan sebagaimana firman Allah di dalam ayat di atas; “Iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.” Tempoh masa ini sebagai tempoh masa maksima penyusuan yang diguna pakai dalam perundangan bila berlaku perceraian.

Imam Malik dalam kitab Muwatta’, Imam syafi’i dan Imam Ahmad merumuskan dari ayat ini bahawa dalam tempoh penyusuan dua tahun ini diharamkan nikah(musaharah). Sekiranya tidak berlaku penyusuan dalam tempoh ini, maka tidak berlakulah pengharaman tersebut.

Al-Qurtubi berkata; Ayat ini menunjukkan bahawa tidak ada lagi hukum yang berlaku bagi penyusuan yang dilakukan selepas tempoh dua tahun.

Sufian bin ‘Uyaynah meriwayatkan daripada ‘Amru bin Dinar daripada Ibn ‘Abbas katanya: Rasulullah saw bersabda; “Tiada penyusuan melainkan dalam tempoh dua tahun.” – al-Daraqutni berkata; hanya al-Haitham bin Jamil yang meriwayatkan hadith ini melalui sanad Ibn ‘Uyaynah. Al-Haitham adalah seorang yang thiqah dan hafiz.

Dalam tempoh ini bapa diwajibkan menyediakan nafkah makan minum dan pakaian kepada si ibu mengikut kadar kemampuannya dan keperluan si ibu kerana kedua-duanya berkongsi dalam tanggungjawab itu. Si ibu membantu dengan susu dan jagaan dan si bapa pula membantu dengan makanan dan pakaian untuk membelanya. Setiap orang dari keduanya menunaikan kewajipan masing-masing dalam batas kemampuannya. Sebagaimana firman Allah dalam ayat di atas; “Tidaklah ditaklifkan seorang itu melainkan sekadar kemampuannya.”

ِيُنفِقۡ ذُو سَعَةٍ۬ مِّن سَعَتِهِۦ‌ۖ وَمَن قُدِرَ عَلَيۡهِ رِزۡقُهُ ۥ فَلۡيُنفِقۡ مِمَّآ ءَاتَٮٰهُ ٱللَّهُ‌ۚ لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا مَآ ءَاتَٮٰهَا‌ۚ سَيَجۡعَلُ ٱللَّهُ بَعۡدَ عُسۡرٍ۬ يُسۡرً۬ا (٧)

“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya(sekadar yang mampu). Allah tidak membebankan seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya.” – (al-Talaq 65:7)

Dalam ayat yang lain;

لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَا‌ۚ
“Allah tidak membebankan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” – (al-Baqarah 2:286)

Oleh itu tidak seharusnya bagi mana-mana pihak dari dua ibu bapa itu menggunakan kanak-kanak itu sebagai punca untuk menyusahkan pihak yang lain sebagaimana firman Allah di dalam ayat di atas; “Jangan seorang ibu dijadikan menderita dengan sebab anaknya dan janganlah pula seorang bapa dijadikan menderita dengan sebab anaknya.”

Si bapa tidak boleh menggunakan kasih sayang si ibu untuk membuat ancaman supaya menyusui si anak dengan tanpa bayaran. Si ibu pula tidak boleh menggunakan kasih sayang si bapa untuk menuntut berbagai-bagai tuntutan.

Jika si bapa meninggal dunia, kewajipan nafkah makan minum dan pakaian ini jatuh kepada warisnya yang ‘akil baligh sebagaimana firman Allah dalam ayat di atas; “Dan waris juga menanggung kewajipan yang seperti itu.” Dengan ini kebajikan kekeluargaan terpelihara di mana waris memperolehi harta pusaka dan mengambil tanggungjawab si peninggal pusaka. Dengan demikian si anak dan si ibu tidak akan kehilangan haknya.

Jika si bapa dan si ibu atau si ibu dan pewaris mahu menghentikan penyusuan sebelum genap tempoh dua tahun kerana mereka berdua melihat ada baiknya si anak dilepaskan susunya kerana sebab-sebab kesihatan atau lain-lainnya, maka tidak ada apa-apa kesalahan kepada keduanya berbuat demikian jika persetujuan tercapai di antara keduanya melalui rundingan bersama.

Menggunakan khidmat penyusu upahan

Jika kepentingan si anak dapat disempurnakan dengan penyusuan upahan, maka bolehlah keduanya berbuat demikian dengan syarat mereka membayar upah dan memberi layanan yang baik sebagaimana firman Allah di dalam ayat ini; “Dan jika kamu mahu mengadakan penyusu kepada kanak-kanak kamu maka tidaklah menjadi apa-apa kesalahan kepada kamu jika kamu serahkan upah yang diberikan kamu dengan pertimbangan yang baik.” Ini merupakan jaminan agar si anak mendapat seorang perempuan yang bertindak sebagai penasihat, pemelihara dan penjaga.

وَإِن تَعَاسَرۡتُمۡ فَسَتُرۡضِعُ لَهُ ۥۤ أُخۡرَىٰ

“…..dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya.”

Ayat al-Baqarah:233 ini juga menunjukkan bahawa hak penjagaan adalah milik ibu. Mengikut Imam al-Syafi’i dan Ahmad, pada usia seseorang anak mencecah umur lapan tahun(mumayyiz), dia diberi hak memilih sama ada ingin bersama ibu atau bapanya. Ketika ini seseorang anak mula memiliki keinginan menuntut ilmu dan melakukan tugas-tugas ibadah. Rasulullah saw pernah memberi peluang kepada seorang kanak-kanak lelaki untuk memilih, lalu dia memilih ibunya, sebagaimana riwayat al-Nasa’I dan lain-lainnya daripada Abu Hurairah. Hak penjagaan ini berterusan sehinggalah si ibu berkahwin lain. Menurut Imam al-Syafi’i, haknya terputus sejurus selepas akad nikah berlangsung.

Perbuatan si ibu yang tidak ingin menyusukan anaknya kerana ego atau ingin menjaga kecantikan dan kesihatan adalah berlawanan dengan fitrah.

Menyusu adalah pengorbanan seorang ibu.

 Allah swt memerintahkan anak-anak supaya berbuat baik kepada ibu bapa berulang-ulang kali disebut di dalam al-Qur’anul-Karim dan di dalam suruhan-suruhan Rasulullah saw. Ibu bapa akan mengorbankan tubuh badan mereka, saraf mereka, umur mereka dan segala sesuatu yang mahal yang dimiliki mereka demi kepentingan anak-anak. Mereka membuat pengorbanan-pengorbanan itu tanpa bersungut atau mengadu , malah tanpa sedar mereka berkorban dengan senang hati seolah-olah mereka yang menerima pengorbanan itu.

(Surah Luqman 31: 14)
وَوَصَّيۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ بِوَٲلِدَيۡهِ حَمَلَتۡهُ أُمُّهُ ۥ وَهۡنًا عَلَىٰ وَهۡنٍ۬ وَفِصَـٰلُهُ ۥ فِى عَامَيۡنِ أَنِ ٱشۡڪُرۡ لِى وَلِوَٲلِدَيۡكَ إِلَىَّ ٱلۡمَصِيرُ (١٤)

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

Si anak tidak dapat menggantikan separuh pengorbanan yang telah dilakukan orang tuanya walaupun dia memberi seluruh umurnya untuk mereka. Gambaran ini di dalam ayat; “Dia telah dikandung ibunya yang mengalami kelemahan demi kelemahan dan masa lepas susunya dalam dua tahun.” Si ibu melaksanakan pengorbanan dengan kasih sayang yang mendalam, lembut dan halus.

Al-Hafiz Abu Bakr al-Bazzar telah meriwayatkan dalam musnadnya dengan sanadnya dari Burayd dari bapanya bahawa seorang lelaki mengerjakan tawaf dengan mendukung ibunya lalu dia bertanya Nabi saw; “Adakah saya telah membayar haknya(ibunya)?” Jawab baginda; “Tidak, tidak, walau senafas pun.” Demikianlah dia tidak dapat membalas budi ibunya walau senafas pun dari masa ia mengandung atau masa dia bersalin. Dia mengandungnya dengan mengalami kelemahan demi kelemahan.

Al-Qur’an menyuruh manusia bersyukur kepada Allah selaku pengurnia nikmat pertama dan berterima kasih kepada ibu bapa selaku pemberi nikmat kedua. Al-Qur’an mengatur kewajipan, mula-mula bersyukur kepada Allah kemudian berterima kasih kepada dua ibu bapa sebagai mana dengan ayat diatas; “Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua ibu bapa engkau”

(Surah al-Ahqaf: 15)
وَوَصَّيۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ بِوَٲلِدَيۡهِ إِحۡسَـٰنًا‌ۖ حَمَلَتۡهُ أُمُّهُ ۥ كُرۡهً۬ا وَوَضَعَتۡهُ كُرۡهً۬ا‌ۖ وَحَمۡلُهُ ۥ وَفِصَـٰلُهُ ۥ ثَلَـٰثُونَ شَہۡرًا‌ۚ حَتَّىٰٓ إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ ۥ وَبَلَغَ أَرۡبَعِينَ سَنَةً۬ قَالَ رَبِّ أَوۡزِعۡنِىٓ أَنۡ أَشۡكُرَ نِعۡمَتَكَ ٱلَّتِىٓ أَنۡعَمۡتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وَٲلِدَىَّ وَأَنۡ أَعۡمَلَ صَـٰلِحً۬ا تَرۡضَٮٰهُ وَأَصۡلِحۡ لِى فِى ذُرِّيَّتِىٓ‌ۖ إِنِّى تُبۡتُ إِلَيۡكَ وَإِنِّى مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ (١٥)

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.

Susu Ibu Suatu Rahmat Allah swt

Susu ibu mengandungi segala khasiat yang diperlukan oleh bayi. Malah susu ibu juga merupakan imunisasi yang pertama untuk seseorang bayi, mudah dicerna dan sentiasa boleh diperolehi dengan suhu yang sesuai pada bila-bila masa.

Penyusuan ibu pada bulan-bulan awal selepas kelahiran boleh membantu pertumbuhan dan perkembangan kecerdasan seseorang bayi.

Dengan menyusui bayi, ibu juga akan mendapat beberapa kebaikan. Penyusuan ibu dapat menjalinkan perhubungan rapat antara ibu dan anak. Ia juga membantu mengecutkan rahim ibu kepada saiz asal yang lebih cepat. Ramai ibu juga kembali kepada berat dan bentuk asal dengan lebih mudah. Ibu juga boleh menghindari penyakit barah buah dada dan barah ovari. Penyusuan dengan susu ibu dapat menjimatkan masa dan belanja. Malah melambatkan memperolehi anak seterusnya.

Pada peringkat awal selepas melahirkan bayi, susu ibu tidaklah banyak tetapi pekat dan berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum dan kaya dengan protein serta antibodi yang boleh melindungi bayi dari penyakit. Kolostrum ini boleh mengenyangkan bayi.

Penyusuan dapat merawat penyakit sosial dalam masyarakat

Hubungan yang rapat semasa menyusukan anak dapat menambah rasa kasih sayang antara ibu dan anak. Tanpa kasih sayang , akan mengganggu tumbesaran kanak-kanak. Justeru itu menyumbangkan penyakit sosial dalam masyarakat. Maka sangat digalakkan melakukan penyusuan kepada anak yang dilahirkan.

Ibu Susuan

Seorang wanita yang menyusui seorang bayi baik lelaki atau perempuan yang bukan anaknya boleh menjadi ibu susuan kepada bayi tersebut. Ini boleh berlaku jika syarat-syarat berikut dipenuhi;

1. Bayi yang disusukan adalah berumur kurang daripada dua tahun. Jika bayi tersebut berumur lebih dari dua tahun, maka penyusuan itu tidak menjadikannya mahram.

"Dan ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan."(Al-Baqarah : 233)

Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Anak susuan tidak menjadi muhram melainkan disebabkan susu yang masuk ke dalam perutnya ketika menyusu. Ia hendaklah berlaku sebelum anak itu bercerai susu.”

2. Penyusuan mestilah lima kali kenyang secara berasingan. Setiap kali penyusuan mestilah mengenyangkan bayi sama ada bayi kelihatan puas dengan susuan itu atau berhenti dengan sendiri kerana kekenyangan.

Tetapi jika anak itu berhenti menyusu kerana sendawa untuk mengeluarkan angin, kemudian kembali menyusu, atau dia bertukar daripada payu dara ke payu dara satu lagi, ia dikira sekali susuan saja.

Aishah r.a berkata : Ayat al-quran yang diturunkan mengenai penyusuan yang menjadikan anak susuan sebagai mahram ialah sepuluh kali susuan. Kemudian ia dinasakhkan (digantikan) menjadi lima kali susuan sahaja. Rasulullah SAW diwafatkan tetapi mereka masih membaca ayat lima kali susuan sebagai ayat al-Quran.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak menjadi mahram (anak yang disusukan) dengan hanya sekali atau dua kali susuan, sekali atau dua kali hisap.”

Apabila dua syarat di atas dipenuhi, maka anak itu menjadi anak susuan dan ibu menjadi ibu susuan. Hubungan anak itu dengan keluarga ibu susuan adalah sebagaimana hadith Nabi saw;
“Diharamkan kerana penyusuan sama seperti orang-orang yang diharamkan kerana nasab” – HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu ‘Abbas r.a)

Ini bermakna anak itu menjadi mahram kepada ahli keluaga si ibu. Suami si ibu adalah bapanya, Ibu suami si ibu adalah neneknya, kakak/abang suami si ibu adalah ibu saudaranya/bapa saudaranya. Anak perempuan/anak lelaki suami si ibu adalah saudara perempuannya/saudara lelakinya. Yakni mahram kerana penyusuan. Harus dia berduaan dengan mereka jika aman fitnah dan haram ke atasnya mengahwini mereka. Aurat mereka di hadapannya sama seperti aurat mereka di hadapan mahram-mahram yang lain.

Namun tidaklah ia boleh mewarisi harta dari mereka kerana hak perwarisan dalam Islam hanya sabit dengan tiga faktor sahaja iaitu;

1. Kerana nasab; iaitu hubungan keturunan dan kekeluargaan.
2. Kerana perkahwinan; iaitu hubungan antara suami dan isteri.
3. Kerana wala'; iaitu hubungan antara hamba dan bekas tuannya.

Suami ibu susuan tidak boleh manjadi wali kepada anak susuan kerana ia tidak termasuk dalam golongan wali nasab. Anak susuan itu juga tidak boleh dibinkan dengan bapa susuannya.

Timbul persoalan pula, bagaimana jika seseorang wanita itu ingin mengambil anak angkat(menjadikan mahramnya) tetapi tiada susu ibu untuk disusukan?
Berpandukan firman Allah;

“Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut dan bertakwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.”- al-Baqarah:233

“…kemudian jika mereka menyusukan (anak-anak)mu untukmu maka berikanlah kepada mereka upahnya, dan musyawarahkanlah di antara kamu (segala sesuatu) dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya” ( At-Thalaaq : 6 )

Maka bolehlah mengambil inisiatif berikut;

1. Jika bayi itu adalah lelaki, si isteri boleh mengupah adik beradik perempuannya menyusukan bayi tersebut. Maka bayi itu akan menjadi anak susuan kepada adik perempuan atau kakak si isteri. Semua anak kepada adik beradik si isteri adalah mahramnya. Tetapi tidak menjadi mahram kepada suami dan adik beradiknya. Penjagaan hanya kepada batasan aurat lelaki(bayi itu) dengan lelaki(suaminya) sahaja.

2. Jika bayi itu adalah perempuan, si isteri boleh mengupah adik beradik perempuan suaminya menyusukan bayi tersebut. Maka bayi tersebut akan menjadi anak susuan kepada adik perempuan suami atau kakak si suami. Semua anak kepada adik beradik si suami adalah mahramnya. Tetapi tidak menjadi mahram kepada si isteri. Penjagaan hanya kepada batasan aurat perempuan(bayi itu) dengan perempuan(si isteri) sahaja.

3. Oleh yang demikian untuk memudahkan menjaga hubungan kekeluargaan(mahram) ialah dengan bayi lelaki atau perempuan itu disusukan oleh salah seorang dari adik beradik perempuan si isteri dan juga disusukan oleh salah seorang adik beradik perempuan si suami. Maka bayi itu boleh menjadi mahram kepada si isteri dan juga kepada si suami serta adik beradik mereka berdua.

Wallahu’alam.

************************************************************************************************************
******************************************************************
BOLEHKAH LAKI-LAKI MEMANDANG PEREMPUAN DAN SEBALIKNYA?
Dr. Yusuf Qardhawi

PERTANYAAN

Apakah hukum lelaki memandang perempuan dan perempuan memandang lelaki.


Nabi saw pernah bertanya kepada putrinya Fatimah r.a; “Apakah yang paling baik bagi wanita?” Fatimah menjawab; “Janganlah ia memandang lelaki dan jangan ada lelaki memandangnya.” Lalu Nabi saw menciumnya seraya berkata; “Satu keturunan yang sebahagiannya(keturunan dari yang lain)”


Hadith Ummu Salamah r.a yang berkata; “Saya pernah disisi Rasulullah saw dan di sebelah beliau ada Maimunah, kemudian Ibnu Ummi Maktum datang mengadap. Peristiwa ini terjadi setelah kami diperintahkan berhijab. Lalu Nabi saw bersabda; “Berhijablah kalian daripadanya!” Lalu kami berkata; “Wahai Rasulullah, bukankah dia buta dan tidak dapat melihat kami?” Baginda menjawab; “Apakah kalian juga buta? Bukankah kalian dapat melihatnya?” – HR Abu Daud dan Tirmidzi. Beliau(Tirmidzi) berkata; “Hadith ini hasan sahih.”


Persoalan saya, tak mungkin wanita tidak melihat lelaki dan lelaki melihat wanita. Terutama di zaman kita ini. Adakah hadith-hadith tersebut sahih dan apakah maksudnya?

JAWAPAN

Allah menciptakan seluruh makhluk hidup berpasang-pasangan, bahkan mencipta alam semesta ini pun berpasang-pasangan, sebagaimana firman-Nya:

سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلۡأَزۡوَٲجَ ڪُلَّهَا مِمَّا تُنۢبِتُ ٱلۡأَرۡضُ وَمِنۡ أَنفُسِهِمۡ وَمِمَّا لَا يَعۡلَمُونَ (٣٦)
“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.” – (Yassin: 36)

وَمِن ڪُلِّ شَىۡءٍ خَلَقۡنَا زَوۡجَيۡنِ لَعَلَّكُمۡ تَذَكَّرُونَ (٤٩)
“Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kamu mengingati (kekuasaan kami dan mentauhidkan Kami).” – (ad-Dzaariyat:49)


Berdasarkan sunnah kauniyah(ketetapan Allah) yang umum, manusia diciptakan berpasang-pasangan yang terdiri daripada lelaki dan perempuan sehingga kelangsungan zuriat. Jenis yang berlainan akan tertarik antara satu sama lain, sebagai fitrah Allah untuk manusia.


Setelah menciptakan Adam, Allah menciptakan(dari dan untuk Adam) seorang isteri supaya ia merasa tenang hidup bersama. Ini menunjukkan secara fitrah, tidak mungkin ia(Adam) merasa bahagia bila seorang diri walaupun ia berada di dalam syurga yang serba cukup makan minumnya.

وَقُلۡنَا يَـٰٓـَٔادَمُ ٱسۡكُنۡ أَنتَ وَزَوۡجُكَ ٱلۡجَنَّةَ وَكُلَا مِنۡهَا رَغَدًا حَيۡثُ شِئۡتُمَا وَلَا تَقۡرَبَا هَـٰذِهِ ٱلشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ ٱلظَّـٰلِمِينَ (٣٥)
“Dan kami berfirman: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam Syurga dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim.” – (al-Baqarah:35)


Maka hiduplah mereka di dalam syurga bersama-sama, kemudian memakan buah larangan bersama-sama, turun ke Bumi bersama-sama dan mendapat taklif-taklif(suruhan/arahan Allah) Ilahi pun bersama-sama.

قَالَ ٱهۡبِطَا مِنۡهَا جَمِيعَۢا‌ۖ بَعۡضُكُمۡ لِبَعۡضٍ عَدُوٌّ۬‌ۖ فَإِمَّا يَأۡتِيَنَّڪُم مِّنِّى هُدً۬ى فَمَنِ ٱتَّبَعَ هُدَاىَ فَلَا يَضِلُّ وَلَا يَشۡقَىٰ
“Allah berfirman: Turunlah kamu berdua dari Syurga itu, bersama-sama, dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain; kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya dia tidak akan sesat dan dia pula tidak akan menderita azab sengsara.” – (Thaha:123)


Selepas itu, berlangsunglah kehidupan ini. Lelaki sentiasa memerlukan wanita begitu juga sebaliknya. “Sebahagian kamu adalah dari sebahagian yang lain.” Maka tugas-tugas keagamaan dan keduniaan akan dipikul bersama-sama.


Tidak dapat dibayangkan bagaimana seorang lelaki dapat hidup sendirian, jauh dari wanita, tidak melihat wanita dan wanita tidak melihatnya. Melainkan fitrah diubah sebagaimana yang dilaksanakan oleh pendeta-pendeta Nasrani. Mereka telah mengikat diri mereka sendiri dari wanita, walaupun dengan mahramnya, ibunya atau adik beradiknya sendiri. Mereka mengharamkan diri mereka dari berkahwin. Mereka menganggap kehidupan orang beriman yang ideal ialah seorang lelaki atau perempuan itu tidak berhubungan langsung dengan pasangan yang tidak sejenis dengan mereka dalam bentuk apa pun.


Begitu juga wanita tidak akan dapat hidup tanpa lelaki. Bukankah kehidupan itu tertegak dengan adanya tolong-menolong dan bantu-membantu antara satu sama lain dalam urusan Dunia maupun akhirat?


وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتُ بَعۡضُهُمۡ أَوۡلِيَآءُ بَعۡضٍ۬‌ۚ يَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤۡتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَيُطِيعُونَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥۤ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ سَيَرۡحَمُهُمُ ٱللَّهُ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ۬ (٧١)
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” – (al-Taubah:71)

Al-Quran telah menetapkan wanita yang melakukan perbuatan keji secara terang-terangan, hendaklah di kurung di dalam rumahnya sehingga ada empat orang saksi lelaki muslim yang dapat memberi kesaksian kepadanya. Hukuman ini terjadi sebelum ditetapkan peraturan(tasyri’) dan diwajibkannya hukuman tertentu. Allah berfirman:

وَٱلَّـٰتِى يَأۡتِينَ ٱلۡفَـٰحِشَةَ مِن نِّسَآٮِٕڪُمۡ فَٱسۡتَشۡہِدُواْ عَلَيۡهِنَّ أَرۡبَعَةً۬ مِّنڪُمۡ‌ۖ فَإِن شَہِدُواْ فَأَمۡسِكُوهُنَّ فِى ٱلۡبُيُوتِ حَتَّىٰ يَتَوَفَّٮٰهُنَّ ٱلۡمَوۡتُ أَوۡ يَجۡعَلَ ٱللَّهُ لَهُنَّ سَبِيلاً۬ (١٥)
“Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka. Kemudian kalau keterangan-keterangan saksi itu mengesahkan perbuatan tersebut, maka kurunglah mereka (perempuan yang berzina itu) dalam rumah hingga mereka sampai ajal matinya atau hingga Allah mengadakan untuk mereka jalan keluar (dari hukuman itu).” – (an Nisa’ : 15)


Hakikatnya, fitrah seorang lelaki dan perempuan akan tertarik antara satu sama lain. Allah telah menanamkan rasa kecintaan antara mereka sehingga berlaku perkahwinan, penambahan zuriat dan sehingga berterusan kehidupan manusia di muka Bumi ini. Oleh itu tidaklah dapat menerima kenyataan seseorang itu tidak akan terpengaruh oleh syahwat dan godaan syaitan.

LAKI-LAKI MEMANDANG PEREMPUAN

Jumhur ulama menafsirkan firman Allah:

وَقُل لِّلۡمُؤۡمِنَـٰتِ يَغۡضُضۡنَ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِنَّ وَيَحۡفَظۡنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنۡهَا‌ۖ
"... Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali
yang (biasa) tampak daripadanya... " (an-Nur: 31 )

Menurut jumhur ulama, perhiasan yang biasa tampak itu ialah; “wajah dan telapak tangan.” Oleh itu wanita boleh menampakkan wajahnya dan kedua telapak tangannya, bahkan (menurut pendapat imam Abu Hanifah dan al-Muzni) kedua kakinya. Jadi, boleh atau tidak lelaki melihat wanita?


Pandangan pertama, secara tiba-tiba atau tidak disengajakan, atau memang tidak dapat dielakkan lagi boleh dihukumi sebagai darurat. Manakala pandangan seterusnya(yang kedua) berlaku perselisihan pendapat antara para ulama berkenaan dengan hukumnya.

Yang jelas ialah larangan melihat dengan syahwat. Ia merupakan pintu bahaya dan menempah neraka. Syauki Ihwal berkata; “Memandang lalu tersenyum, lantas mengucapkan salam, lalu bercakap-cakap, kemudian berjanji, akhirnya bertemu.”


Manakala melihat perhiasan(bahagian tubuh) yang tidak biasa nampak seperti rambut, leher, punggung, betis, lengan(bahu), dan sebagainya adalah tidak diperbolehkan bagi selain mahram menurut ijma. Ada dua kaedah atau acuan dasar untuk masalah-masalah seperti ini;

Pertama, sesuatu yang dilarang itu diperbolehkan ketika darurat seperti tujuan perubatan, bersalin, dan sebagainya.


Kedua, apa yang diperbolehkan itu menjadi terlarang apabila dikhuatiri menjadi fitnah dengan petunjuk-petunjuk atau bukti yang jelas, bukan sekadar sangkaan-sangkaan sahaja.


Oleh itu, Nabi saw pernah memalingkan muka anak saudaranya yang bernama al-Fadhl bin Abbas dari melihat wanita Khats’amiyah pada waktu haji, ketika beliau melihat al-Fadhl berlama-lama memandang wanita itu. Dalam satu riwayat, bahwa al-Fadhl bertanya kepada Rasulullah saw; “Mengapa engkau palingkan muka anak saudaramu?” Baginda menjawab; “Saya melihat seorang pemuda dan seorang pemudi, maka saya tidak merasa aman akan gangguan syaitan terhadap mereka.”

Kekhuwatiran akan terjadinya fitnah tidak akan berlaku jika hati setiap individu muslim itu dalam keadaan sihat, tidak dikotori dengan syahwat,tidak dirosak dengan syubahat(kesamaran) dan tidak menjadi sarang pemikiran yang menyimpang.

WANITA MEMANDANG LAKI-LAKI

Diantara hal yang telah disepakati ialah bahawa melihat kepada aurat itu hukumnya haram, baik dengan syahwat ataupun tidak, kecuali jika hal itu terjadi secara tiba-tiba, tanpa sengaja sebagaimana diriwayatkan dalam hadith sahih dari Jarir bin Abdullah, ia berkata; “Saya bertanya kepada Rasulullah saw tentang memandang aurat orang lain secara tidak sengaja. Lalu Beliau bersabda; ‘Palingkanlah pandanganmu’ “- HR Muslim

Maka, apakah aurat lelaki itu dan apakah batas-batasannya?


Kemaluan adalah aurat mughalladhah(besar/berat) yang haram membukanya dihadapan orang lain dan haram pula melihatnya, kecuali jika keadaan darurat seperti berubat dan seumpamanya. Bahkan menutup dengan pakaian yang nipis atau menampakkan bentuknya, maka ia juga terlarang menurut syara’.


Majoriti fuqaha berpendapat aurat bagi lelaki adalah antara pusat dan lutut, termasuklah paha. Mereka mengemukakan dalil dengan hadith-hadith tetapi hadith-hadith itu tidak dapat dibuat hujjah untuk menetapkan hukum syara’.

Sebahagian fuqaha lagi berpendapat bahawa paha lelaki itu bukan aurat dengan berdalilkan hadith Anas bahawa Rasulullah saw pernah membuka pahanya dalam beberapa keadaan. Hadith ini disokong oleh Muhammad Ibnu Hazm.


Menurut mazhab Maliki, sebagaimana termaktub dalam kitab-kitab mereka bahawa aurat mughalladhah lelaki ialah qubul(kemaluan) dan dubur sahaja, jika aurat ini dibuka dengan sengaja boleh membatalkan solat.


Para fuqaha hadith berusaha mentarjih(menguatkan salah satunya) hadith-hadith tersebut. Imam Bukhari mengatakan dalam kitab sahihnya ‘Bab tentang paha’ diriwayatkan dari Ibnu Abbas, Jurhud, dan Muhammad bin Jahsy dari Rasulullah saw bahawa paha itu aurat, dan Anas berkata; “Nabi saw pernah membuka pahanya.” Hadith Anas ini lebih kuat sanadnya, sedangkan hadith Jurhud lebih berhati-hati.

Perlu diperhatikan bahawa Imam Bukhari menta’liqkan(menyebut hadith secara terus tanpa menyebut orang yang menyampaikan kepadanya) dengan menggunakan bentuk kata ‘diriwayatkan’, yang menunjukkan riwayat itu dha’if menurut beliau, sebagaimana dijelaskan dalam biografi beliau.


Syaukani dalam kitabnya ‘Nailul Athar’ menganggap hadith-hadith yang menyatakan paha itu aurat adalah hadith-hadith yang menceritakan keadaan(peristiwa) dan tidak bersifat umum.


Al-Muhaqqiq Ibnul Qayyim mengatakan dalam Tahdzibut Tahdzib Sunan Abi Daud sebagai berikut; “Jalan mengompromikan hadith-hadith tersebut ialah apa yang dikemukakan oleh murid-murid Imam Ahmad dan lainnya bahawa aurat itu terdiri dari dua jenis iaitu mukhaffafah(ringan/kecil) dan mughalladhah(berat/besar). Aurat mughalladhah ialah qubul dan dubur, manakala aurat mukhaffafah ialah paha. Maka tidak ada pertentangan pada perintah menundukkan pandangan kerana paha juga aurat dan melarang membukanya. Wallahu a’lam.”


Dalam hal ini terdapat rukhshah(keringanan) bagi para olahragawan, para pemandu dan pencinta alam dan sebagainya yang biasa memakai seluar pendek, termasuk penontonnya. Namun demikian, kaum muslim wajib menunjukkan ciri-ciri pakaian umat Islam dan apa yang dituntut oleh nilai-nilai agama semampu mungkin kepada masyarakat international.


Perlu diingat bahawa aurat lelaki itu haram dilihat oleh perempuan dan sesama lelaki. Ini adalah masalah yang sangat jelas.

Bahagian tubuh lelaki yang tidak menjadi aurat ialah wajah, rambut, lengan , bahu, betis dan sebagainya selama tidak disertai dengan syahwat atau dikhuatiri terjadinya fitnah. Ini adalah pendapat jumhur fuqaha, dan ia dipraktikkan sejak zaman Nabi saw dan generasi sesudahnya. Ia juga diperkuatkan dengan hadith sharih(jelas) dan tidak tercela.


Sebahagian fuqaha lagi, berpendapat wanita tidak boleh memandang lelaki secara umum dengan alasan sebagaimana yang dikemukakan oleh penyoal soalan ini.

Adapun hadith Fatimah r.a di atas tidak ada nilai disisi ilmu. Saya tidak melihat satupun kitab dari kitab-kitab dalil hukum yang memuatkan hadith tersebut dan tidak ada seorangpun ahli fiqih yang menggunakannya sebagai dalil. Orang yang sangat ketat melarang wanita melihat lelaki pun tidak menyebut hadith tersebut. Ia hanya dikemukakan oleh Imam al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin.


Dalam mentakhrij hadith ini, Imam al-Ilraqi berkata; “Diriwayatkan oleh al-Bazzar dan ad-Daruquthni dalam kitab al-Afrad dari hadith Ali dengan sanad yang dhai’f.” (Ihya Ulumuddin, kitab an-Nikah, Bab Adab al-Mu’asyarah. Dan disebutkan oleh al-Haitsami dalam Majma’uz Zawaid 2:202 dan beliau berkata, “Diriwayatkan oleh al-Bazzar, dan dalam sanadnya terdapat orang yang tidak saya kenal.”

Adapun hadith yang satu lagi(hadith Ummu Salamah) kami menemui penolakannya sebagaimana disebutkan oleh Ibnu Qudamah di dalam kitab al-Mughni yang ringkasannya seperti berikut; “ Masalah wanita melihat lelaki , terdapat dua riwayat. Pertama ia boleh melihat lelaki asal bukan pada auratnya. Kedua, ia tidak boleh melihat lelaki melainkan bahagian tubuh yang hanya lelaki boleh melihatnya." Pendapat ini yang dipilih oleh Abu Bakar dan merupakan salah satu pendapat di antara dua pendapat Imam Syafi’i.


Hal ini berdasarkan riwayat az-Zuhri dari Ummu Salamah berkata; “Aku pernah duduk disebelah Nabi saw, tiba-tiba Ibnu Ummi Maktum meminta izin masuk. Kemudian Nabi saw bersabda, ‘Berhijablah kamu daripadanya.’ Aku berkata; ‘Wahai Rasulullah, dia itu buta.’ Baginda menjawab dengan nada bertanya; “Apakah kamu berdua(Ummu Salamah dan Maimunah) juga buta dan tidak melihatnya?” – HR Abu Daud dan lain-lain.

Larangan wanita untuk melihat aurat lelaki berdasarkan pada hipotesis bahawa Allah menyuruh wanita menundukkan pandangannya sebagaimana Dia menyuruh lelaki berbuat demikian. Juga berdasarkan pada hipotesis bahawa wanita itu adalah salah satu dari dua jenis anak Adam(manusia) sehingga mereka haram melihat aurat lawan jenisnya. Haramnya bagi wanita ini dikiaskan pada lelaki(diharamkan melihat wanita).


Alasan utama diharamkan melihat itu kerana dikhawatirkan terjadinya fitnah. Bahkan kekhawatiran ini pada wanita lebih besar lagi kerana wanita lebih besar syahwatnya dan sedikit (pertimbangan) akalnya.

Rasulullah saw bersabda kepada Fatimah binti Qais; “Beriddahlah engkau di rumah Ibnu Ummi Maktum, kerana dia seorang yang buta, engkau dapat melepaskan pakaianmu sedangkan dia tidak melihatmu.” (Muttafaq alaih) Dalam riwayat Muslim dikatakan; “Kerana aku (Nabi saw) tidak suka tudungmu jatuh dari tubuhmu atau tersingkap betismu, lantas ada sebahagian tubuhmu yang dilihat orang lain, yang engkau tidak menyukainya.” Ini dimaksudkan bahawa Rasulullah saw bersikap lemah lembut kepadanya dan hendak memberinya kemudahan sehingga ia sepanjang hari tidak perlu menutup seluruh tubuhnya terus menerus kalau bertempat tinggal di rumah ummu Syuraik yang banyak tamunya. Sedangkan Ibnu Ummi Maktum yang buta itu tidak mungkin dapat melihatnya, sehingga dengan demikian dia mendapat sedikit keringanan.

Aishah berkata;
“Adalah rasulullah saw melindungiku dengan selendangnya ketika aku melihat orang-orang Habsyi sedang bermain-main(olahraga) dalam masjid.” (Muttafaq alaih)


Dalam riwayat lain disebutkan pada waktu Rasulullah saw selesai berkhutbah solat Id, Beliau menuju kepada kaum wanita dengan disertai Bilal untuk memberi peringatan kepada mereka, lalu beliau menyuruh mereka bersedekah.


Seandainya wanita dilarang melihat lelaki, nescaya lelaki juga wajib memakai hijab sebagaimana wanita diwajibkan berhijab, supaya mereka tidak dapat melihat lelaki. Kalau dimaksudkan dengan ‘hijab’, di sini ialah memakai cadar(niqab) dan menutup wajah, maka hal ini perlu dikaji dan kami telah memberi penolakkan secara terperinci dalam fatwa kami tentang “Apakah cadar itu wajib?”

Mengenai hadith Nabhan(hadith kedua yang ditanyakan oleh penanya soalan), Imam Ahmad berkata; “Nabhan meriwayatkan dua buah hadith aneh(janggal), yakni hadith ini dan hadith “Apabila salah seorang di antara kamu mempunyai mukatab(budak suruhan yang mempunyai perjanjian dengan tuannya untuk menebus dirinya), maka hendaklah ia berhijab daripadanya.” Dari penyataan ini seakan-akan Imam Ahmad menisyaratkan kelemahan hadith Nabhan tersebut kerana tidak meriwayatkan selain dua hadith yang bertentangan dengan usul ini.


Ibnu Abdil Barr berkata; “Nabhan itu majhul, ia tidak dikenali melainkan melalui riwayat az-Zuhri terhadap hadith ini, sedangkan hadith Fatimah itu sahih, maka berhujjah dengannya adalah suatu keharusan.”

Kemudian Ibnu Abdil Barr memberikan kemungkinan hadith Nabhan itu khusus untuk isteri-isteri Nabi saw. Demikianlah yang dinyatakan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud.


Al-Atsram berkata, “Aku bertanya kepada Abi Abdillah, ‘Hadith Nabhan ini nampaknya khusus untuk isteri-isteri Nabi, sedangkan hadith Fatimah untuk semua manusia? Beliau menjawab , ‘Benar.’ “ Setelah meriwayatkan hadith ini Abu Daud berkata, “Ini adalah unuk isteri-isteri Nabi saw secara khusus, apakah tidak anda perhatikan ber’inddahnya Fatimah binti Qais di sisi Ibnu Ummi Maktum?” Lihat Sunnan Abi Daud, hadith nombor 4115.

“Kalaupun hadith-hadith ini dianggap bertentangan, maka mendahulukan hadith yang sahih itu lebih utama daripada mengambil hadith mufrad(diriwayatkan oleh perseorangan) yang dalam isnadnya terdapat pembincangan.” – (Ibnu Qudamah, al-Mughni 6:563-564)


Oleh itu, memandang kepada bukan sejenis itu hukumnya boleh tetapi dengan syarat tidak diiringi dengan nikmat dan syahwat. Jika ada nikmat dan syahwat, maka hukumnya haram. Sebab itulah Allah swt menyuruh menundukkan pandangan sebagaimana firman Allah swt; “ Katakanlah kepada lelaki beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya.” – (an-Nur 24:30-31)

Memang benar bahawa wanita dapat membangkitkan syahwat lelaki lebih banyak daripada
lelaki membangkitkan syahwat wanita. Memang benar wanitalah lebih banyak menarik lelaki
dan wanitalah biasanya dicari lelaki. Namun semua ini tidak menutup kemungkinan lelaki ada
yang menarik pandangan dan hati wanita kerana kegagahan, ketampanan , keperkasaan dan kelelakiannya atau kerana faktor-faktor lain yang menarik pandangan dan hati wanita.


Al-Qur’an telah menceritakan kepada kita kisah isteri pembesar Mesir dengan pemuda pembantunya Yusuf yang telah menjadikannya mabuk cinta. Lihatlah bagaimana wanita itu mengejar-ngejar Yusuf bukan sebaliknya. Bagaimana dia menggoda Yusuf seraya berkata; “Marilah ke sini.” Yusuf berkata; “Aku berlindung kepada Allah.” – (Yusuf 12:23)

Al-Qur’an juga menceritakan kepada kita sikap wanita-wanita kota ketika pertama kali mereka melihat ketampanan dan keperkasaan Yusuf; “Maka tatkala wanita itu(isteri pembesar Aziz) mendengar cercaan mereka, diundangnya wanita-wanita itu dan disediakannya bagi mereka tempat duduk dan diberikannya pisau(untuk memotong jamuan) kemudian dia berkata kepada Yusuf, ‘keluarlah kepada mereka’. Maka tatkala wanita-wanita itu melihatnya, mereka kagum kepada keelokkan rupanya, dan mereka melukai jari tangannya dan berkata, ‘Maha sempurna Allah, ini bukanlah manusia. Sesungguhnya ini hanyalah malaikat yang mulia.’ Wanita(isteri pembesar Aziz) itu berkata, ‘Itulah orang yang kamu cela aku kerana tertarik kepadanya. Dan sesungguhnya aku telah menggoda dia untuk menundukkan diri kepada ku, akan tetapi dia menolak. Dan sesungguhnya jika dia tidak mentaati apa yang aku perintahkan kepada ku, niscaya dia akan dipenjarakan dan dia akan termasuk golongan orang-orang yang hina.”

Apabila seorang wanita melihat lelaki lantas timbul hasrat kewanitaannya, hendaklah ia menundukkan pandangannya. Janganlah ia terus memandangnya, demi menjauhi timbulnya fitnah dan bahaya itu akan bertambah besar lagi jika si lelaki juga memandang kepadanya dengan rasa cinta dan syahwat. Pandangan seperti inilah yang dinamakan dengan ‘ pengantar zina’ dan disifati sebagai ‘ panah iblis yang beracun.’


Seorang penyair berkata; “ Semua peristiwa(penzinaan) itu bermula dari pandangan. Dan api yang besar itu berasal dari percikan api yang kecil.”


Akhirnya, untuk mendapat keselamatan, lebih baik kita menjauhi tempat-tempat dan hal-hal yang mendatangkan keburukkan dan bahaya. Kita memohon kepada Allah keselamatan dalam urusan agama dan dunia. Amin.

*********************************************************************************
PERANAN HAWA DALAM PENGUSIRAN ADAM DARI SYURGA
Dr.Yusuf Qardhawi
PERTANYAAN:
Ada pendapat yang mengatakan bahawa Hawa adalah penyebab Nabi Adam terusir dari syurga. Hawalah yang mempengaruhi Nabi Adam memakan buah terlarang sehingga mereka terusir dari syurga dan menyebabkan kita, cucunya turut menderita di Dunia.

Pendapat ini menjadi sandaran untuk merendahkan kedudukan wanita. Wanitalah penyebab musibah yang terjadi di Dunia dari dahulu hingga sekarang. Adakah benar kenyataan diatas? Ada tak dalil membenarkan atau menyangkal pendapat ini?

JAWAPAN
Tidak diragukan lagi, kenyataan diatas adalah pendapat yang tidak Islami.

Sumber pendapat ini ialah Kitab Taurat dengan segala bahagian dan tambahannya. Ia diimani oleh kaum Yahudi dan Nasrani, serta sering menjadi bahan rujukan para pemikir, penyair, dan penulis mereka. Malangnya ramai juga penulis Islam yang bertaklid (berpegang) secara membuta tuli dengan pendapat tersebut.

Sekiranya membaca kisah Nabi Adam a.s dalam al-Qur’an, terdapat beberapa ayat yang menerang hal ini. Maka tidak akan berlaku taklid dengan pendapat seperti ini. Fakta-fakta yang boleh diambil ialah:

1. Taklif Ilahi untuk tidak memakan buah terlarang itu ditujukan kepada Nabi Adam dan Hawa(bukan Nabi Adam saja). Allah berfirman:

وَقُلۡنَا يَـٰٓـَٔادَمُ ٱسۡكُنۡ أَنتَ وَزَوۡجُكَ ٱلۡجَنَّةَ وَكُلَا مِنۡهَا رَغَدًا حَيۡثُ شِئۡتُمَا وَلَا تَقۡرَبَا هَـٰذِهِ ٱلشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ ٱلظَّـٰلِمِينَ (٣٥)
“Dan kami berfirman: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam Syurga dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim.” – (al-Baqarah: 35)

2. Syaitanlah yang mendorong keduanya dan menyesatkan keduanya dengan tipu daya, pujuk rayu, dan sumpah palsu. Firman Allah swt:

فَأَزَلَّهُمَا ٱلشَّيۡطَـٰنُ عَنۡہَا فَأَخۡرَجَهُمَا مِمَّا كَانَا فِيهِ‌ۖ وَقُلۡنَا ٱهۡبِطُواْ بَعۡضُكُمۡ لِبَعۡضٍ عَدُوٌّ۬‌ۖ وَلَكُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ مُسۡتَقَرٌّ۬ وَمَتَـٰعٌ إِلَىٰ حِينٍ۬ (٣٦)

“Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari Syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati).” – (al-Baqarah:36)

Dalam surah berikut terdapat penerangan yang lebih terperinci mengenai tipu daya dan pujuk rayu syaitan:

فَوَسۡوَسَ لَهُمَا ٱلشَّيۡطَـٰنُ لِيُبۡدِىَ لَهُمَا مَا وُ ۥرِىَ عَنۡہُمَا مِن سَوۡءَٲتِهِمَا وَقَالَ مَا نَہَٮٰكُمَا رَبُّكُمَا عَنۡ هَـٰذِهِ ٱلشَّجَرَةِ إِلَّآ أَن تَكُونَا مَلَكَيۡنِ أَوۡ تَكُونَا مِنَ ٱلۡخَـٰلِدِينَ (٢٠) وَقَاسَمَهُمَآ إِنِّى لَكُمَا لَمِنَ ٱلنَّـٰصِحِينَ (٢١) فَدَلَّٮٰهُمَا بِغُرُورٍ۬‌ۚ فَلَمَّا ذَاقَا ٱلشَّجَرَةَ بَدَتۡ لَهُمَا سَوۡءَٲتُہُمَا وَطَفِقَا يَخۡصِفَانِ عَلَيۡہِمَا مِن وَرَقِ ٱلۡجَنَّةِ‌ۖ وَنَادَٮٰهُمَا رَبُّہُمَآ أَلَمۡ أَنۡہَكُمَا عَن تِلۡكُمَا ٱلشَّجَرَةِ وَأَقُل لَّكُمَآ إِنَّ ٱلشَّيۡطَـٰنَ لَكُمَا عَدُوٌّ۬ مُّبِينٌ۬ (٢٢) قَالَا رَبَّنَا ظَلَمۡنَآ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمۡ تَغۡفِرۡ لَنَا وَتَرۡحَمۡنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِينَ (٢٣)

“Maka syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya apa yang tertutup bagi mereka yaitu auratnya, dan syaitan berkata; ‘Tuhan kamu tidak melarangmu dari mendekati pohon ini, melainkan supaya kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang yang kekal (dalam syurga).’ Dan dia syaitan bersumpah kepada keduanya; ‘Sesungguhnya saya termasuk orang yang member nasihat kepada kamu berdua.’ Maka syaitan memujuk keduanya(untuk memakan buah itu) dengan tipu daya. Tatkala keduanya telah merasa buah kayu itu, nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya,dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun syurga. Kemudian Tuhan mereka menyeru mereka, ‘Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu berdua?’ Keduanya berkata;’Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika engkau tidak mengampuni kami dan member rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk orang-orang yang rugi.” – al-A’raf:20-23)

Dalam surah Thaha menceritakan Nabi Adam a.s lah yang pertama dipertanggungjawabkan dalam kesalahan ini, bukannya Hawa. Peringatan Allah ditujukan kepada Nabi Adam secara khusus. Kesilapan ini dinisbatkan kepada Nabi Adam meskipun isterinya bersama-sama dengannya melakukannya. Daripada ayat-ayat itu menunjukkan peranan Hawa tidak sama dengan peranan Nabi Adam. Hawa seakan-akan mengikut Nabi Adam makan dan melanggar larangan Allah swt.

Allah berfirman:
وَلَقَدۡ عَهِدۡنَآ إِلَىٰٓ ءَادَمَ مِن قَبۡلُ فَنَسِىَ وَلَمۡ نَجِدۡ لَهُ ۥ عَزۡمً۬ا (١١٥) وَإِذۡ قُلۡنَا لِلۡمَلَـٰٓٮِٕڪَةِ ٱسۡجُدُواْ لِأَدَمَ فَسَجَدُوٓاْ إِلَّآ إِبۡلِيسَ أَبَىٰ (١١٦) فَقُلۡنَا يَـٰٓـَٔادَمُ إِنَّ هَـٰذَا عَدُوٌّ۬ لَّكَ وَلِزَوۡجِكَ فَلَا يُخۡرِجَنَّكُمَا مِنَ ٱلۡجَنَّةِ فَتَشۡقَىٰٓ (١١٧) إِنَّ لَكَ أَلَّا تَجُوعَ فِيہَا وَلَا تَعۡرَىٰ (١١٨) وَأَنَّكَ لَا تَظۡمَؤُاْ فِيہَا وَلَا تَضۡحَىٰ (١١٩) فَوَسۡوَسَ إِلَيۡهِ ٱلشَّيۡطَـٰنُ قَالَ يَـٰٓـَٔادَمُ هَلۡ أَدُلُّكَ عَلَىٰ شَجَرَةِ ٱلۡخُلۡدِ وَمُلۡكٍ۬ لَّا يَبۡلَىٰ (١٢٠) فَأَڪَلَا مِنۡہَا فَبَدَتۡ لَهُمَا سَوۡءَٲتُهُمَا وَطَفِقَا يَخۡصِفَانِ عَلَيۡہِمَا مِن وَرَقِ ٱلۡجَنَّةِ‌ۚ وَعَصَىٰٓ ءَادَمُ رَبَّهُ ۥ فَغَوَىٰ (١٢١) ثُمَّ ٱجۡتَبَـٰهُ رَبُّهُ ۥ فَتَابَ عَلَيۡهِ وَهَدَىٰ (١٢٢)

“Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa(akan perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya kemauan yang kuat. Dan (ingatlah) ketika Kami berkata kepada malaikat, ‘Sujudlah kamu kepada Adam.’ Maka mereka sujud kecuali iblis. Ia membangkang. Maka Kami berkata; ‘ Hai Adam, sesungguhnya ini (iblis) adalah musuh bagi kamu dan bagi isterimu, maka sekali-kali janganlah sampai ia mengeluarkan kamu berdua dari syurga yang menyebabkan kamu celaka. Sesungguhnya kamu tidak akan kelaparan didalamnya dan tidak akan telanjang, dan sesungguhnya kamu tidak akan merasa dahaga dan tidak (pula) akan ditimpa panas Matahari didalamnya. Kemudian syaitan membisikkan fikiran jahat kepadanya (Adam) dengan berkata; ‘Hai Adam, maukah saya tunjukkan kepadamu pohon khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa? ‘ Maka keduanya memakan dari buah pohon itu, lalu tampaklah bagi keduanya aurat-aurat (yang ada di) syurga, dan durhakalah Adam kepada Tuhan dan lalu tersalah jalan(dari mencapai hajatnya). Kemudian Tuhannya memilihnya. Maka dia menerima taubatnya dan memberinya petunjuk.” – ( Thaha:115-122)

3. Al-Qur’an telah menegaskan bahawa nabi Adam diciptakan oleh Allah untuk suatu tugas yang telah ditentukan sebelum ia diciptakan lagi. Para malaikat ketika itu ingin sangat mengetahui tugas tersebut. Mereka ingat merekalah lebih layak untuk tugas itu daripada Nabi Adam. Hal ini telah disebutkan dalam beberapa ayat dalam surah al-Baqarah;

Firman Allah:

وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةً۬‌ۖ قَالُوٓاْ أَتَجۡعَلُ فِيہَا مَن يُفۡسِدُ فِيہَا وَيَسۡفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ‌ۖ قَالَ إِنِّىٓ أَعۡلَمُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ (٣٠) وَعَلَّمَ ءَادَمَ ٱلۡأَسۡمَآءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَہُمۡ عَلَى ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ فَقَالَ أَنۢبِـُٔونِى بِأَسۡمَآءِ هَـٰٓؤُلَآءِ إِن كُنتُمۡ صَـٰدِقِينَ (٣١) قَالُواْ سُبۡحَـٰنَكَ لَا عِلۡمَ لَنَآ إِلَّا مَا عَلَّمۡتَنَآ‌ۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡعَلِيمُ ٱلۡحَكِيمُ (٣٢) قَالَ يَـٰٓـَٔادَمُ أَنۢبِئۡهُم بِأَسۡمَآٮِٕہِمۡ‌ۖ فَلَمَّآ أَنۢبَأَهُم بِأَسۡمَآٮِٕہِمۡ قَالَ أَلَمۡ أَقُل لَّكُمۡ إِنِّىٓ أَعۡلَمُ غَيۡبَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَأَعۡلَمُ مَا تُبۡدُونَ وَمَا كُنتُمۡ تَكۡتُمُونَ (٣٣)

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. (30) Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar. (31) Malaikat itu menjawab: Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (32) Allah berfirman: Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?.” – (al-Baqarah:30-33)

Dalam hadith sahih ada menyebut Nabi Adam dan Nabi Musa a.s ada bertemu di Alam Ghaib. Nabi Musa a.s menyalahkan Nabi Adam yang telah memakan buah terlarang menyebabkan manusia keseluruhannya turut menerima akibat. Tetapi Nabi Adam telah membantah tuduhan itu dan menyatakan segala yang telah terjadi adalah ketentuan Allah swt sebelum ia Diciptakan lagi. Ia dicipta untuk memakmurkan Bumi. Nabi Musa a.s mendapati kenyataan itu terdapat di dalam Kitab Taurat.

Hadith ini memberi dua pengertian:
a. Nabi Musa a.s tujukan kesalahan itu kepada Nabi Adam a.s. Bukan kepada Hawa. Ini menunjukkan Kitab Taurat sekarang yang menyatakan Hawalah merayu Nabi Adam a.s untuk memakan buah terlarang itu adalah tidak benar. Ini adalah perubahan yang dimasukkan orang ke dalam Taurat.

b. Turunnya Nabi Adam a.s dan anak cucunya ke Bumi sudah menjadi ketentuan Allah dalam takdir-Nya. Segalanya telah tertulis di Lauh al-Mahfuzh. Segala tugasan yang ditetapkan adalah kehendak Allah swt. Apa yang dikehendaki Allah pasti terjadi.

4. Para Ulama berbeza pendapat mengenai ‘syurga’ yang diduduki oleh Nabi Adam a.s ini. Apakah syurga itu merupakan syurga yang dijanjikan Allah kepada orang-orang mukmin sebagai pahala mereka atau ia sebuah ‘Jannah’ (taman/kebun) dari kebun-kebun dunia sebagaimana dalam firman Allah ; (al-Qalam:17)?

إِنَّا بَلَوۡنَـٰهُمۡ كَمَا بَلَوۡنَآ أَصۡحَـٰبَ ٱلۡجَنَّةِ إِذۡ أَقۡسَمُواْ لَيَصۡرِمُنَّہَا مُصۡبِحِينَ (١٧)

“Sesungguhnya Kami telah timpakan mereka dengan bala bencana, sebagaimana Kami timpakan tuan-tuan punya kebun (dari kaum yang telah lalu), ketika orang-orang itu bersumpah (bahawa) mereka akan memetik buah-buah kebun itu pada esok pagi.”
Dan juga seperti firman Allah dalam surah al-Kahfi:(32-33)

۞ وَٱضۡرِبۡ لَهُم مَّثَلاً۬ رَّجُلَيۡنِ جَعَلۡنَا لِأَحَدِهِمَا جَنَّتَيۡنِ مِنۡ أَعۡنَـٰبٍ۬ وَحَفَفۡنَـٰهُمَا بِنَخۡلٍ۬ وَجَعَلۡنَا بَيۡنَہُمَا زَرۡعً۬ا (٣٢) كِلۡتَا ٱلۡجَنَّتَيۡنِ ءَاتَتۡ أُكُلَهَا وَلَمۡ تَظۡلِم مِّنۡهُ شَيۡـًٔ۬ا‌ۚ وَفَجَّرۡنَا خِلَـٰلَهُمَا نَہَرً۬ا (٣٣)
“Dan berikanlah kepada mereka satu contoh: Dua orang lelaki, Kami adakan bagi salah seorang di antaranya, dua buah kebun anggur dan Kami kelilingi kebun-kebun itu dengan pohon-pohon tamar, serta Kami jadikan di antara keduanya, jenis-jenis tanaman yang lain. (32) Kedua-dua kebun itu mengeluarkan hasilnya dan tiada mengurangi sedikitpun dari hasil itu dan kami juga mengalirkan di antara keduanya sebatang sungai.”

Ibnu Qayyim menyebut kedua pendapat ini dengan dalil-dalilnya dalam Kitabnya ‘Miftahu Daaris Sa’adah’ . Jika ingin mengetahui lebih lanjut mengenai ini, bacalah Kitab ini. Wallahu a’lam.

*********************************************************************************
WANITA ZAMAN JAHILLIYAH

Kehidupan masyarakat Jahiliyah kebanyakannya tidak berakhlak. Yang kaya dan berpangkat adalah yang berkuasa dan menjadi ketua(Zaman kita ni juga ada yang mengamalkan kaedah ini). Penzinaan atau pelacuran adalah perkara biasa, hingga menjadi suatu yang tidak mengaibkan lagi.( Zaman kita seperti menghampiri semula zaman Jahiliyah ini)

Perkahwinan di Zaman Jahiliyah
Abu Daud meriwayatkan hadith dari Aishah r.a: “Perkahwinan di zaman Jahiliyah melalui 4 cara, salah satu darinya adalah seperti perkahwinan di hari ini, dimana seorang lelaki akan meminang calon isterinya dari walinya, dengan mahar kemudian dilakukan proses perkahwinan.”

“Sejenis lagi di mana seorang lelaki akan berkata kepada isterinya, apabila suci dari haidnya: Ayuh pergilah kepada si polan itu, ambillah benih darinya, di dalam tempoh ini si lelaki akan mengasingkan dirinya dari isterinya hinggalah si isteri jelas mengandung hasil persetubuhan dengan lelaki yang dikehendaki oleh suaminya dahulu, sekiranya jelas dan berhasil persetubuhan tadi, barulah si suami akan berseketiduran dengan tujuan untuk mendapat anak baka baik. Perkahwinan ini dikenali dengan istibda’(perkahwinan memperolehi baka)” – Kita sekarang ada istilah IBU TUMPANG, maka ibu tumpang ini hukumnya haram. Ini menyebabkan masalah nasab.

“Yang ketiga, di mana beberapa orang lelaki kurang dari sepuluh orang, akan bersetubuh dengan seorang perempuan dan bila mana perempuan ini mengandung dan seterusnya bersalin dan selepas beberapa malam beliau akan menjemput kesemua lelaki tadi ke rumahnya, dan tidak seorang pun akan menguzurkan diri atau menolak jemputannya tadi, di dalam majlis itu beliau berkata dengan mereka semua dengan ucapan: “kamu semua masih ingat kerja-kerja kamu semua dan kini aku sudah melahirkan anak , dan ianya anak kamu wahai si polan.” Maka di masa itu si perempuan tadi akan menasabkan kepada orang yang beliau pilih, maka dengan itu si anak tadi akan menjadi keturunannya.”

“Manakala jenis yang keempat ialah sebilangan yang ramai akan mendatangi seorang perempuan dan beliau tidak boleh menolak sesiapa yang mendatanginya. Perempuan ini adalah sundalan, mereka memasang bendera-bendera di muka pintu rumah sebagai isyarat untuk pelanggannya, sekiranya perempuan ini mengandung dan melahirkan anak, pelanggan-pelanggannya akan berkumpul di hadapan tukang tilik, setelah itu maka si anak kecil itu pun diserahkan kepada si bapa yang dipersetujui, maka dibinkan atau disandarkan kepada si bapa yang dipilih itu. Si bapa yang terpilih itu tidak boleh menolaknya. Selepas diutuskan Rasulullah saw maka baginda membatalkan kesemua jenis perkahwinan itu kecuali perkahwinan cara Islam.”

Pada zaman Jahiliyah juga, perempuan diperolehi hasil dari tawanan perang. Mereka harus untuk ditiduri. Masalahnya, anaknya mengalami keaiban disepanjang hidup.

Firman Allah swt; “Dan apabila seseorang di antara mereka dikurniai(kelahiran) anak perempuan, murunglah wajahnya dan ia sangat jengkel penuh kemarahan. Ia menyembunyikan dirinya dari orang banyak, lantaran buruknya apa yang diterimanya. Adakah ia akan memeliharanya dengan menanggung kenistaan, ataukah akan menguburkannya(hidup-hidup) di kalang tanah? Ketahuilah, betapa buruknya apa yang mereka tetapkan itu.” – (An Nahl:58)

Masyarakat sebelum Islam sangat menghina wanita. Allah swt menceritakan kelahiran anak perempuan sangat memalukan sehingga tak sanggup keluar rumah takut dihina dan diejek. Tak sanggup menaggung beban berat perbelanjaan. Sehingga ada yang sanggup menguburkan anak perempuannya hidup-hidup. Kaum wanita dalam keadaan keluh kesah, memandang masa depan yang tidak bermakna, tidak selesa dan tiada tempat untuk mengadu. Tiada yang melayan dengan lembut walaupun suami sendiri.(Bandingkan keadaan kita sekarang).

Wanita di zaman tu tidak layak menerima harta pusaka, walaupun ia berada dalam keluarga yang kaya raya atau pembesar-pembesar. Malah Isteri yang kematian suami boleh diwarisi kepada anak lelaki sulungnya. Anak lelaki sulung inilah yang menentukan nasibnya sama ada hendah dikahwininya atau mengahwinkannya dengan orang lain dan mas kahwin ibunya dengan lelaki itu adalah kepunyaan anak lelaki sulungnya atau melarang ibunya berkahwin lagi.
Diwaktu itu seorang lelaki boleh memiliki seramai mana perempuan yang ia kehendaki.(poligami tiada had bilangan)

Keadaan seperti ini berlarutan sehingga datangnya Islam.

1. Martabat wanita disamaratakan; “Barang siapa yang melakukan amal soleh, baik lelaki maupun perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan mengurniakan kepadanya kehidupan yang baik, dan Kami pun benar-benar akan menganugerahi mereka balasan dengan pahala yang terbaik dari apa yang telah mereka lakukan.” – (An Nahl:97)

2. Kebajikan wanita dipelihara; “Pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik-baik. Makanan(sembelihan) orang-orang yang diberi Al Kitab itu halal bagimu, dan makanan kamu halal pula bagi mereka.(Dan dihalalkan berkahwin) wanita-wanita yang menjaga kehormatan (yang merdeka) di antara wanita-wanita yang beriman dan wanita-wanita yang menjaga kehormatan diantara orang-orang yang diberi Al Kitab sebelum kamu,bila kamu telah membayar mas kahwin mereka dengan maksud menikahinya, tidak dengan maksud berzina dan tidak pula menjadikannya gundik-gundik. Barang siapa yang kafir setelah beriman, (tidak menerima hukum-hukum Islam) maka hapuslah amalannya dan ia di hari akhirat termasuk orang-orang yang merugi.” – (Al Ma’idah:5 )

“Berikan mahar (maskahwin) kepada wanita(yang kamu nikahi) sebagai pemberian wajib. Lalu jika mereka dengan rela hati, merelakan untuk kamu sebahagian dari mahar itu, maka makanlah dari pemberian itu yang ia adalah makanan yang enak lagi baik(sehat).” – (An Nisa’:4)

3. Mendapat bahagian dalam harta pusaka; “Bagi lelaki ada hak bagian dari harta peninggalan ibubapa dan kerabatnya, dan bagi wanita ada hak bagian pula dari harta peninggalan ibubapa dan kerabatnya, baik sedikit maupun banyak menurut hak bagian yang telah ditetapkan.” – (An Nisa’:7)

“Allah mensyari’atkan bagi kamu tentang(pembahagian harta pusaka) anak-anakmu. Yaitu; hak bagian seorang anak lelaki sama dengan hak bagian dua anak perempuan. Jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua, maka bagi mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan. Dan jika anak perempuan itu seorang saja, maka ia memperolehi separuh harta.” – (An Nisa’:11)


4. Seorang lelaki hanya boleh memiliki 4 orang isteri; “maka nikahilah perempuan yang engkau senangi, dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu khuatir tidak akan mampu berlaku adil, maka nikahilah seorang sahaja.” – (An Nisa’:3)
Jadi, kita kena berterima kasih dan menyayangi agama Islam. Agama Islam adalah agama yang membawa keamanan dan kesejahteraan. Rasulullah saw tidak berehat dan sanggup mengharungi kesukaran demi menyampaikan dakwah Islam yang Penciptanya Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Iaitu Allah swt, Tuhan yang satu, tiada Tuhan yang lain selain Dia.

Rasulullah saw bersabda; “ Wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan diminta pertanggungjawabkannya tentang yang dipimpinnya.”Apa yang kita buat akan dipertanggungjawabkan esok(hari pembalasan). Ibu-ibu mesti ingat Hadith ini.

****************************************************************
*************************************

Artikel Dr. Yusuf Qardhawi

PERANAN WANITA DALAM KEBANGKITAN UMMAT ISLAM MASA KINI


Kaum Muslimah mula bangkit berperanan apabila kaum Muslimin kelihatan seolah-olah tidur lena tidak menghiraukan serangan musuh.Bagaikan peristiwa tidurnya pemuda Kahfi. Pemikiran mereka dijajah dan dikuasai sehingga menjatuhkan mereka dari agama Islam, mewujudkan undang-undang baru dalam masalah 
politik maupun sosial.

Alhamdulillah berkat perjuangan ahli-ahli fiqih dan dakwah, berlaku pembaharuan dalam pemikiran sehingga terjadilah kebangkitan ummat Islam. Sesungguhnya Allah swt dalam setiap masa selalu mengangkat seseorang untuk membawa keharuman agama bagi ummat-Nya. Setiap waktu semangat yang menyala dan perasaan yang hidup disuntikkan sehingga membangkitkan semula tidur yang lena. Keadilan dalam undang-undang diperjuangkan.

Kekurangan dan kelemahan gerakan Nasionalisme dan Sosialisme serta lain-lain isme yang bertentangan dengan Islam terbongkar. Sekarang ini mereka sedar akan kebenaran dan kemurnian ajaran Islam. Ia bukan untuk ibadat sahaja tetapi juga berkait dengan akidah, akhlak yang luhur, muamalah(jual-beli) yang baik dan hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah. Amanat dan risalah-Nya ini akan berterusan sehinggalah ke hari Pembalasan(Qiamat).

Generasi pemuda dan pemudi Islam mula mendalami Islam sama ada dari pendidikan rendah sehingga ke pusat pengajian tinggi. Pembekuan fikiran yang dibawa oleh pemikir-pemikir yang terpesong menyatakan;”Harus mengikut peradaban Barat di segala bidang jika inginkan kemajuan.” Dalil-dalil dicari untuk mengukuhkan kenyataan ini seperti dalam masalah talak, riba, poligami dsb. Sayangnya apabila kemajuan diperolehi sehingga mencapai ke Bulan, jiwa masih tidak tenang. Sesungguhnya ketenangan hanya akan diperolehi dengan pelaksaan Islam.

Peradaban Barat tidak dapat menjawab persoalan untuk apakah manusia ini hidup, dari mana dan ke mana mereka pergi? Mereka tidak dapat memberi kebahagiaan dan kesejahteraan kepada manusia. Islamlah yang dapat menjawab dan memecahkan semua permasalahan, baik masalah politik, sosial dan lainnya. Peranan para intelektual diperlukan.

Sebenarnya, usaha kaum wanita cukup luas meliputi berbagai bidang, terutama yang berhubungan dengan dirinya sendiri, yang diselaraskan dengan Islam, dalam segi akidah,
akhlak dan masalah yang tidak menyimpang dari apa yang sudah digariskan atau ditetapkan oleh Islam.

PERANAN WANITA
1. Isteri sebagai teman suaminya. Allah menjadikan Hawa sebagai teman hidup Nabi Adam a.s .
Siti Khadijah binti Khuwailid r.a, wanita pertama yang beriman dan membantu Nabi saw, beliau adalah wanita pertama menguatkan dakwah dan risalah Rasulullah saw dengan katanya; "Demi Allah, Tuhan tidak akan mengecewakan engkau sama sekali. Sesungguhnya engkau bersilaturrahim, menghubungi keluarga dan mengangkat beban berat, memberi kepada orang yang susah, menerima dan memberi (menghormati)kepada tamu, serta menolong orang-orang yang menderita."Begitu juga Siti Aisyah,Ummu Salamah,dan lain-lainnya,dari Ummahaatul Mukmtniin(ibu dari kaum Mukmin), istri-istri Nabi, dan istri-istri para sahabat saw sebagai pembantu Baginda.

2. Ibu Rasulullah saw, Aminah telah memelihara Baginda, kemudian disusui oleh Halimah As-Sa’diyah, diasuh oleh Ummu Aiman r.a dari Habsyah. Rasulullah saw telah bersabda: "Bahwa dia adalah ibuku setelah ibuku sendiri."

3. Isteri Fir’aun, Asiah menahan suaminya dari niat jahatnya. Firman Allah:
وَقَالَتِ ٱمۡرَأَتُ فِرۡعَوۡنَ قُرَّتُ عَيۡنٍ۬ لِّى وَلَكَ‌ۖ لَا تَقۡتُلُوهُ عَسَىٰٓ أَن يَنفَعَنَآ أَوۡ نَتَّخِذَهُ ۥ وَلَدً۬ا وَهُمۡ لَا يَشۡعُرُونَ (٩)
“Dan (ketika melihat kanak-kanak itu) berkatalah isteri Firaun: (Semoga dia menjadi) cahaya mata bagiku dan bagimu; janganlah kamu membunuhnya; mudah-mudahan dia berguna kepada kita atau kita jadikan dia anak. Padahal mereka tidak menyedari (kesudahannya).” – (al-Qashash:9)

4. Saranan dua puteri Kota Madyan kepada bapanya Asy-Syekh Al-Kabir supaya mengambil Nabi Musa a.s bekerja dengan mereka. Firman Allah:
قَالَتۡ إِحۡدَٮٰهُمَا يَـٰٓأَبَتِ ٱسۡتَـٔۡجِرۡهُ‌ۖ إِنَّ خَيۡرَ مَنِ ٱسۡتَـٔۡجَرۡتَ ٱلۡقَوِىُّ ٱلۡأَمِينُ (٢٦)
“Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: Wahai ayah, ambillah dia menjadi orang upahan (menggembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah.” – (al-Qashash:26)

5. Ratu Balqis sebagai pemerintah negeri Yaman yang terkenal dengan keadilan dan berjiwa demokrasi. Beliau telah mendapat surat dari Nabi Sulaiman a.s menyerunya mentauhidkan Allah swt. Beliau telah mengadakan mesyuarat bertanyakan pandangan kaumnya. Firman Allah:
قَالَتۡ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡمَلَؤُاْ أَفۡتُونِى فِىٓ أَمۡرِى مَا ڪُنتُ قَاطِعَةً أَمۡرًا حَتَّىٰ تَشۡہَدُونِ (٣٢) قَالُواْ نَحۡنُ أُوْلُواْ قُوَّةٍ۬ وَأُوْلُواْ بَأۡسٍ۬ شَدِيدٍ۬ وَٱلۡأَمۡرُ إِلَيۡكِ فَٱنظُرِى مَاذَا تَأۡمُرِينَ (٣٣)
“Raja perempuan itu berkata lagi: Wahai ketua-ketua kaum, berilah penjelasan kepadaku mengenai perkara yang aku hadapi ini; aku tidak pernah memutuskan sesuatu perkara sebelum kamu hadir memberi pendapat dan mempersetujuinya. (32) Mereka menjawab: Kita adalah orang-orang yang kuat gagah dan amat berani merempuh peperangan dan perkara itu (walau bagaimanapun) terserahlah kepadamu; oleh itu fikirkanlah apa yang engkau hendak perintahkan. (33)” - (al-Naml:32-33)

قَالَتۡ إِنَّ ٱلۡمُلُوكَ إِذَا دَخَلُواْ قَرۡيَةً أَفۡسَدُوهَا وَجَعَلُوٓاْ أَعِزَّةَ أَهۡلِهَآ أَذِلَّةً۬‌ۖ وَكَذَٲلِكَ يَفۡعَلُونَ (٣٤)
“Raja perempuan itu berkata: Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia hina-dina; dan sedemikian itulah mereka akan lakukan.” – (al-Naml: 34)

6. Berkewajiban untuk memperkuat hubungannya dengan Allah dan menyucikan fikiran serta wataknya dari sisa-sisa pengaruh pemikiran Barat.

7. Mengetahui cara menangkis serangan-serangan kebatilan dan syubahat terhadap Islam.

8. Berilmu dan memahami hakikat syari’at sehingga iman dan Islam sebati dengan dirinya. Tidak terpengaruh dengan pengaruh luar terutama peradaban sosial Barat seperti berpakaian yang tidak sopan, kuku yang panjang dan bebas pergaulan lelaki dan perempuan.

Nabi saw. telah bersabda:
"Janganlah kamu menjadi orang yang tidak mempunyai pendirian dan berkata, 'Aku ikut saja seperti orang-orang itu. Jika mereka baik, aku pun baik; jika mereka jahat,aku pun jadi jahat.' Tetapi teguhkan hatimu dengan keputusan bahwa jika orang-orang melakukan kebaikan, maka aku akan mengerjakannya; dan jika orang-orang melakukan kejahatan, maka aku tidak akan mengerjakan."

9. Mengajak keluarga(ibu bapa, suami dan anak-anak) kepada mentauhidkan dan mensyari’atkan Allah swt. Memantau anak-anak dari kawan-kawan, buku dan filem yang ditontonnya.

10. Boleh keluar mencari rezeki yang halal, bersyukur dan sabar dengan ujian.
Orang pertama yang berperanan sebagai syuhada ialah Ummu Amr binti Yasir Ibnu Amar yang bernama Samiah, dia bersama suaminya disiksa, agar mereka keluar dari agama Islam. Tetapi mereka tetap bertahan dan sabar, sehingga dia mati syahid bersama suaminya. Ketika Rasulullah saw. melintasi mereka, dan melihat mereka dalam keadaan disiksa, lalu Rasulullah saw. berkata kepada mereka, "Sabarlah wahai Al-Yasir, sesungguhnya kita nanti akan bertemu di surga."

**********************************************************************************************************************************************************




APAKAH WANITA ITU JAHAT DALAM SEGALANYA?

Dr.Yusuf Al-Qardhawi

Dalam buku Nahjul Balaghah karangan Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib r.a terdapat suatu keterangan:


“Wanita itu jahat dalam segalanya. Dan yang paling jahat dari dirinya ialah kita tidak dapat terlepas daripadanya,”
Apakah maksud kalimat ini dan adakah ia sesuai dengan pandangan Islam terhadap wanita? Minta penjelasan.

Dr.Yusuf Al-Qardhawi menjelaskan dalam dua pandangan;

1. Pegangan dasar dalam masalah agama ialah firman Allah swt dan Sabda Nabi Muhammad saw sahaja. Selain daripada itu kata-katanya boleh diambil atau ditinggalkan.

2. Para analisis dan cendikiawan Muslim bersepakat bahawa tulisan dalam buku Nahjul Balaghah, baik berupa dalil-dalil atau alasan-alasannya tidak semuanya tepat. Ada yang tidak menggambarkan pemikiran dan keadaan di zaman Ali r.a. Bahkan kata-kata dalam buku itu tidak ditulis oleh Al-Imam Ali r.a.

Dalam penetapan ilmu agama, setiap ucapan atau kata-kata dari seseorang tidak dapat dibenarkan kecuali disertai dalil yang shahih dan sanadnya bersambung, yang bersih dari kekurangan(aib) dan kelemahan kalimat tersebut.

Ungkapan di atas tidak boleh dinyatakan sebagai ucapan Ali r.a kerana tidak shahih dan sanadnya tidak bersambung. Jikalau ungkapan ini mempunyai sanad yang bersambung, shahih, adil dan benar sekalipun, ia patut ditolak kerana bertentangan dengan dalil-dalil dan hukum Islam. Alasan seperti ini diterima pakai dalam segala hal walaupun kepada kata-kata atau fatwa yang mempunyai sanad seterang matahari.

Mustahil bagi Al-Imam Ali r.a mengatakan ucapan ini kerana beliau sering membaca ayat al-Qur’an yang berbunyi:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُواْ رَبَّكُمُ ٱلَّذِى خَلَقَكُم مِّن نَّفۡسٍ۬ وَٲحِدَةٍ۬ وَخَلَقَ مِنۡہَا زَوۡجَهَا وَبَثَّ مِنۡہُمَا رِجَالاً۬ كَثِيرً۬ا وَنِسَآءً۬‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِى تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلۡأَرۡحَامَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَيۡكُمۡ رَقِيبً۬ا (١)
“Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.” – (An-Nisa:1)


فَٱسۡتَجَابَ لَهُمۡ رَبُّهُمۡ أَنِّى لَآ أُضِيعُ عَمَلَ عَـٰمِلٍ۬ مِّنكُم مِّن ذَكَرٍ أَوۡ أُنثَىٰ‌ۖ بَعۡضُكُم مِّنۢ بَعۡضٍ۬‌ۖ فَٱلَّذِينَ هَاجَرُواْ وَأُخۡرِجُواْ مِن دِيَـٰرِهِمۡ وَأُوذُواْ فِى سَبِيلِى وَقَـٰتَلُواْ وَقُتِلُواْ لَأُكَفِّرَنَّ عَنۡہُمۡ سَيِّـَٔاتِہِمۡ وَلَأُدۡخِلَنَّهُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ ثَوَابً۬ا مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِ‌ۗ وَٱللَّهُ عِندَهُ ۥ حُسۡنُ ٱلثَّوَابِ (١٩٥)
“Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, samada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan agamanya) dan yang diusir keluar dari tempat tinggalnya dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan agamaKu dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam) dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil), sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh).” – (Ali-Imran:195)

وَمِنۡ ءَايَـٰتِهِۦۤ أَنۡ خَلَقَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٲجً۬ا لِّتَسۡكُنُوٓاْ إِلَيۡهَا وَجَعَلَ بَيۡنَڪُم مَّوَدَّةً۬ وَرَحۡمَةً‌ۚ إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَأَيَـٰتٍ۬ لِّقَوۡمٍ۬ يَتَفَكَّرُونَ (٢١)
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” – (Ar-Ruum:21)

Masih banyak lagi ayat-ayat al-Qur’an yang mengangkat dan memuji darjat wanita di samping kaum lelaki. Sabda Nabi saw:

“Termasuk tiga sumber kebahagiaan bagi lelaki ialah wanita solehah, kediaman yang baik dan kenderaan yang baik pula.” – HR Muslim, Nasa’I dan Ibnu Majah.

“Di Dunia ini mengandungi kenikmatan, dan sebaik-baik kenikmatan itu ialah wanita yang solehah.” – HR Muslim, Nasa’I dan Ibnu Majah.

“Barangsiapa yang dikurniakan oleh Allah wanita yang solehah, maka dia telah dibantu dalam sebahagian agamanya; maka bertaqwalah pula kepada Alah dalam sisanya yang sebahagian.”
Banyak lagi hadith-hadith dari Nabi saw yang memuji wanita. Maka mustahil Ali r.a berkata sebagaimana ungkapan di atas.

Sifat wanita itu berbeza dengan sifat lelaki dari segi fitrah; kedua-duanya dapat menerima kebaikan, kejahatan, hidayah, kesesatan dan sebagainya. Firman Allah:

وَنَفۡسٍ۬ وَمَا سَوَّٮٰهَا (٧) فَأَلۡهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقۡوَٮٰهَا (٨) قَدۡ أَفۡلَحَ مَن زَكَّٮٰهَا (٩) وَقَدۡ خَابَ مَن دَسَّٮٰهَا (١٠)

“Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); (7) Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa; (8) Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), (9) Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (10)” – (As-Syams: 7-10)

Mengenai fitnah yang ada pada wanita, harta dan anak-anak, haruslah bertindak waspada terhadapnya. Sabda Rasulullah saw:



“Setelah aku tiada, tidak ada fitnah yang paling besar gangguannya bagi lelaki daripada fitnah wanita.” – HR Bukhari


Al-Qur’an juga mengingatkan manusia berkenaan dengan fitnah harta dan anak-anak;
Firman Allah:

إِنَّمَآ أَمۡوَٲلُكُمۡ وَأَوۡلَـٰدُكُمۡ فِتۡنَةٌ۬‌ۚ وَٱللَّهُ عِندَهُ ۥۤ أَجۡرٌ عَظِيمٌ۬ (١٥)

“Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi fitnah(ujian), dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.” – (al-Taghabun:15)

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تُلۡهِكُمۡ أَمۡوَٲلُكُمۡ وَلَآ أَوۡلَـٰدُڪُمۡ عَن ذِڪۡرِ ٱللَّهِ‌ۚ وَمَن يَفۡعَلۡ ذَٲلِكَ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡخَـٰسِرُونَ (٩)
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.” – (Munaafiquun:9)

Harta juga boleh menjadi suatu yang baik. Firman Allah:

وَٱللَّهُ جَعَلَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٲجً۬ا وَجَعَلَ لَكُم مِّنۡ أَزۡوَٲجِڪُم بَنِينَ وَحَفَدَةً۬ وَرَزَقَكُم مِّنَ ٱلطَّيِّبَـٰتِ‌ۚ أَفَبِٱلۡبَـٰطِلِ يُؤۡمِنُونَ وَبِنِعۡمَتِ ٱللَّهِ هُمۡ يَكۡفُرُونَ (٧٢)
“Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: Anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari rezeki yang baik lagi halal; maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala), dan mereka kufur pula akan nikmat Allah?” – (al-Nahl:72)

Ini bermakna wanita bukanlah jahat, tetapi mempunyai pengaruh yang besar kepada manusia. Menjadi kebimbangan jika ia lupa pada tanggungjawab, Allah dan agamanya. Allah swt tidak mungkin menciptakan suatu kejahatan. Malah segala itu menjadi keperluan dan keharusan bagi setiap makhluk-Nya.

Segala bentuk kebaikan dan kejahatan itu berada di dalam kekuasaan Allah swt. Oleh sebab itu Allah memberi bimbingan kepada kaum lelaki dari fitnah dan bahaya yang mempengaruhi. Kaum wanita pula haruslah mempunyai keterampilan wanita solehah. Berwaspada dengan musuk-musuh Islam yang mempengaruhi pemikiran yang luhur. Jadilah wanita yang hakiki, sebagai istri solehah, sebagai ibu teladan bagi rumahtangga, agama dan Negara.