MUTIARA KATA

"Dunia pergi sambil berpaling, dan akhirat datang sambil mengadap. Setiap satu dari keduanya mempunyai anak. Jadilah engkau anak akhirat, dan jangan menjadi salah satu anak dunia. Sebab, hari ini adalah hari untuk beramal; tidak ada hisab (perhitungan amal di akhirat). Sedangkan hari esok adalah hisab; tidak ada hari untuk beramal."


"Ilmu umpama hujan, yang tidak memberikan manfaat kecuali bagi tanah yang subur dan suci. Begitulah juga ilmu tidak memberi manfaat kecuali bagi jiwa yang suci, hati yang sedar dan naluri yang peka."

FIKRAH ISLAM





27 Mei 2011

4.1 Al-Ikhlas - سُوۡرَةُ الإخلاص

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰن ٱلرَّحِيمِ

قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ (١) ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ (٢) لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ (٣) وَلَمۡ يَكُن لَّهُ ۥ ڪُفُوًا أَحَدٌ (٤)
“Katakanlah : (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. (1) Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. (2) Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan (3) Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya. (4)”

Gambaran Keseluruhan Ayat

Ramai dikalangan kita membaca surah ini setiap hari, tetapi adakah telah memahami fikrahnya dan menjadi sebati di dalam diri? Surah Al-Ikhlas sangat tinggi nilainya. Ia membersihkan aqidah kita 100% dan fadhilatnya menyamai 1/3 Al-Quran.

Orang yang beriman dikehendaki patuh sepenuhnya kepada Allah. Iktiqadnya, Fikrahnya, cara-hidupnya, niatnya dan amalannya hanyalah untuk Allah swt. Allah-lah yang paling utama dalam hidup mereka. Bukan keluarga, bukan kerjaya, dan juga bukan harta-benda. Kekayaan yang ada hanyalah sebagai alat yang digunakan untuk mendapat keredhaan Allah iaitu menyeru kepada Islam (dakwah). Sanggup berkorban dan mengenepikan perkara yang dicintai jika ia tidak selari dengan kehendak Allah.

Surah Al-Ikhlas, juga dikenali sebagai Surah al-Tauhid. Konsep Tauhid dijelaskan dalam surah ini, yakni memisahkan perkara-perkara syirik dari Allah.

Kenapakah surah ini dinamakan sebagai Al-Ikhlas ?

Kalau diperhatikan, di dalam setiap ayat dalam surah ini tiada perkataan ikhlas. Dalam surah an-Nas, ada perkataan ٱلنَّاسِ . Dalam surah al-al-Falaq ada perkataan ٱلۡفَلَقِ .
Kata dasar perkataan ikhlas dalam bahasa arab ialah kh-l-s yang bermaksud ` to be purified’. ` Ikhlas ‘ membawa maksud “the purity”, yakni ketulenan yang tiada percampuran apa-apa. Tiada percampuran sekecil manapun terhadap aqidah Islam. Aqidah hendaklah 100% tulen (pure).

Surah ini membersihkan Allah dari segala perkara-perkara yang disyirikkan. Firman Allah. Al-Bayyinah 98:5 … مُخۡلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ mengikhlaskan ibadat dan tunduk sepenuhnya kepada Allah.

Aqidah yang bercampur dengan sesuatu yang lain tidak diterima oleh Allah. Lawan kepada “ikhlas” ialah `syirik’. Syirik membawa maksud `kongsi’, yakni bercampur dengan benda lain (note: orang melayu gunakan perkataan syarikat, kata dasar ialah syirik. Ia merujuk kepada `ramai’). Maksudnya tidak boleh sedikitpun niat, perasaan, amalan dan tindakan bukan kerana Allah. Apatah lagi dalam hal aqidah.…. (perlu muhasabah dan mujahadah ni).

Syirik pula dibahagikan kepada dua iaitu syirik kabir / Jali dan syirik soghir/khofi (tersembunyi). Syirik Jali ialah syirik pada zat dan sifat Allah dan jelas kelihatan menduakan atau mensyarikatkan Allah. Syirik khofi ialah syirik yang paling ditakuti kerana secara tidak sedar kita telah mensyirikkan Allah sama ada dengan perkataan maupun perbuatan. (….. Perlu penghuraian dan perlu membaca bab ini)

Asbabun nuzul dan mulabasat Surah Al-Ikhlas

Terdapat perbahasan di antara ulama sama ada surah ini adalah surah Makiyyah atau surah Madaniyah. Pendapat surah Makiyyah adalah dari riwayat Ubay bin Kaab (rah); yang mana meriwayatkan apabila Nabi di tanya oleh kaum musyrikin : “Jelaskanlah kepada kami sifat-sifat Tuhanmu”, maka turunlah surah ini.
Begitu juga tentang peristiwa penyeksaan terhadap sahabat Baginda, Bilal bin Rabbah(rah) yang menyebut nama `Ahad…..Ahad’ ketika disiksa.. Maka dapatlah difahami bahwa ia turun dalam fasa ke-2 dakwah Nabi, iaitu fasa dakwah secara terang-terangan (jahr). Lihatlah bagaimana fiqh Bilal terhadap tauhid uluhiyah, rasa bergementar jiwa ….

Dalam riwayat lain, kaum yahudi (Madinah) datang mengadap Rasululullah saw dan mereka berkata “ Hai Muhammad, ceritakanlah kepada kami sifat-sifat Tuhan yang mengutusmu”. Maka penurunan surah ini adalah disebabkan peristiwa tersebut (Ibnu Abi Hatim dari Ibnu Abbas). Menurut as-Sayuthi perkataan `al-musyrikin” dalam hadis dari Ubay bin Kaab ialah musyrikin dari kaum Ahzab sehingga dapat dipastikan bahawa surah ini adalah Madaniyah.

Apakah kaitan nama al-Ikhlas dengan kandungannya ?

Surah ini adalah surah tauhid, membersihkan Allah dari segala perkara-perkara yang disyirikkan. Pada zat dan sifat-Nya.
1. Bersih dari segi `kepelbagaian tuhan dan perantaraan’ (Allah itu أَحَدٌ yakni Maha Esa).
2. Bersih dari segi kebergantungan kepada selain Allah (Allah الصَّمَدُ yakni tempat bergantung, tumpuan dan diminta pertolongan)
3. Bersih dari segi kelemahan, yakni Allah tidak lemah seperti makhluk
(لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ )- Tiada pernah beranak dan tiada pula pernah diperanakkan)
4. Bersih dari perkara-perkara yang seumpama/setara dengan Allah
أَحَدٌ ڪُفُوًا لَّهُ يَكُن وَلَمۡ

Ayat 1:
قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ
“Katakanlah : (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.”

Fikrah Ayat:
قُلۡ- adalah ayat perintah . Memerintah untuk kita bercakap. Allah mahu kita mengatakan (declare) bahawa Allah ialah Maha Esa. Bukan setakat Islam dan duduk diam. Sesungguhnya iman dan amal tidak boleh dipisahnya.

Secara amalinya:
(a) Kita mengesakan Allah; hidup untuk dan kerana-Nya
(b) Kita mengajak orang kepada Allah (Dakwah)
(c) Kita berjihad menegakkan syariat Allah. Allah adalah perkara tertinggi dalam individu, keluarga, masyarakat dan Negara. Salah satu sifat Allah adalah al- Hakim. Maka seluruh dunia ini hendaklah mendaulatkan hukum Allah.

Surah Yusuf 12:40

إِنِ ٱلۡحُكۡمُ إِلَّا لِلَّهِ‌ۚ
"sesungguhnya kuasa penentuan hukum itu hanya dimiliki oleh Allah sahaja."

Dalam ayat ini Allah menerangkan tentang diri-Nya; iaitu yakni Allah menyatakan bahawa

(a) Dia-lah ٱللَّهُ (Allah)

(b) Dia-lah أَحَدٌ (Maha Esa). Maksud أَحَدٌ bukanlah bermaksud `satu’ tapi ia adalah `esa dan unik’. Tiada yang sebanding, setara dan seumpama dengan-Nya.

Tiada Qadar (ukuran) bagi Allah. Selain Allah adalah makhluk (perkara baru) dan tidak perlu disembah. Ayat ini menafikan agama-agama lain.

(c) Allah ialah `the Ilah’. Ilah bermaksud
i. Dia-lah satu-satunya yang berhak disembah dan diberi penghormatan.
ii. `which one’s heart is attached’. Yakni, sesuatu yang sentiasa diingat; memenuhi fikiran dan perasaan; dan sebati dengan hati. Segala tindakan/amalan adalah kerana-Nya. Dia-lah sebab utama untuk kita hidup.
iii. Kesempurnaan (The Perfect One). Kesempurnaan untuk segalanya. Ilmu, kekuatan dsb. Tiada yang setanding dengan-Nya.

(Sila rujuk perbahasan maksud `ilah’ dengan lebih mendalam dalam `Four Basic Qur’anic Term’ oleh Maulana Syed Abul-Ala Maududi)

Ayat 2:

ٱللَّهُ ٱلصَّمُ
“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.”

Fikrah ayat:
1. Dua istilah yang perlu difahami ialah ibadah dan istia’nah. Kadang kala, semasa beribadah, hati seseorang itu tidak disertai dengan meminta pertolongan dari Allah. Ini sama ada tidak perasan, leka ataupun tidak tahu.

2. Allah adalah satu-satunya tempat minta pertolongan. Tiada yang dapat menolong selain dari Allah.

3. Permintaan yang paling besar kepada Allah ialah agar kita diberikan hidayah dan tidak sesat seperti Yahudi dan Nasrani.

4. Diperbolehkan meminta tolong dari manusia tetapi hendaklah berkeyakinan:
(a) Allah yang mengabulkan permintaan
(b) Allah yang menggerakkan keinginan untuk makhluk menolong kita (bila berdoa … Ya Allah, gerakkan hati orang ini untuk menolong aku)
(c) Makhluk tiada kuasa memberi pertolongan


Kesalahfahaman perkara di atas akan merosakkan aqidah. Seringkali kita melihat perkara ini berlaku dalam kehidupan seharian…

Yang salah: “Ubat yang doctor bagi tu baguslah, penyakit saya dah sembuh.”
Sepatutnya: “Alhamdulillah(segala puji bagi Allah), dengan izin Allah penyakit saya sembuh dengan ubat ini.”

Kata-kata akan merosakkan aqidah jika meletakkan sesuatu yang lain berkuasa melebihi kuasa Allah. Aqidah kita mestilah `ikhlas – tulen / pure 100%’ untuk Allah. Ia mengikat kita dalam amalan yang dilakukan.


Ayat 3:
لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ
“Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan”

Fikrah ayat:
1. Allah menafikan sifat lemah, sifat kekurangan dan perlu kepada yang lain. Konsep anak, isteri dan keluarga, beranak dan diperanakkan adalah bukan sifat Allah. Allah bersifat kesempurnaan - He (swt) is the Perfect Being.

2. Untuk mendapat anak, makhluk memerlukan pasangan (isteri), kemudian mengandung dan menjadi lemah, seterusnya beranak dengan susah payah. Anak yang lahir juga lemah dari segi fizikal dan mental. Bayi itu kemudiannya membesar sedikit demi sedikit hinggalah dewasa. Kesemua ini menunjukkan sifat lemah/tidak sempurna. Mustahil Allah bersifat sedemikian.

3. Allah juga bebas dari sifat kekurangan. Di dalam banyak peradaban, termasuklah ketika tamadun Arab di zaman Rasulullah saw, anak di anggap sebagai sumber kekuatan. Anak lelaki boleh menjadi pahlawan, melindungi keluarga dan mengembangkan perniagaan. Anak perempuan pula boleh menolong di dapur dan menjaga adik. Dari sini dapatlah difahami bahawa salah satu sebab keluarga mempunyai anak adalah kerana mereka `mempunyai sifat kekurangan’ dan mengharap pertolongan dari anak-anak mereka.

Ayat 4:
وَلَمۡ يَكُن لَّهُ ۥ ڪُفُوًا أَحَدٌ
“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”

Fikrah ayat:
1. Allah menjelaskan lagi bahawa Allah adalah Maha Esa (He (swt) is one and only) dan tiada apa-apa yang setanding/sekufu(ڪُفُوًا) dengan-Nya. Perkataan لَمۡ menunjukkan bahawa `ia tidak pernah’ dan `tidak akan’.

2. Perlunya memahami`tauhid’. Ia perkara teras dalam Islam dan Iman. Ia hendaklah 100% pure; yang natijahnya semua amalan diterima oleh Allah. Iman akan terasa manis dan konsep ihsan akan timbul.

5 ulasan:

  1. Allah tiada bilangan, bukan 1, bukan 2 dan tiada sebarang bandingan.

    Allah bukan tuhan...tiada tuhan semata-mata Allah. Allah Maha Ulung...Maha Esa.

    Jangan samakan Allah dengan sampah...TUHAN ITU SAMPAH...

    BalasPadam
  2. Allah cannot be measured with numbers. Not 1 not 2 and definately NO NUMBERS!!!

    Allah is ABSOLUTE...NO COMPARISON...NO EQUIVELENCE...

    Lord and god mean nothing to Islam!!! Nonsense! Useless! Not more than just RUBBISH!!!

    BalasPadam
  3. Risalah di atas berunsur MEMFITNAHKAN ALLAH dan NYATA SYIRIK!!! Meletakkan Allah SWT dalam bilangan...dlm konteks Allah...AHAD bukan bermaksud 1...ianya lebih kepada MAHA ULUNG.

    Di dalam Syahadah TAUHID kita menafikan TIADA TUHAN...SEMATA-MATA ALLAH...bermaksud TUHAN ITU TIDAK WUJUD SAMA SEKALI...kenapa pula dikatakan (tuhan) menyamai Allah???

    BalasPadam
  4. Risalah di atas berunsur MEMFITNAHKAN ALLAH dan NYATA SYIRIK!!! Meletakkan Allah SWT dalam bilangan...dlm konteks Allah...AHAD bukan bermaksud 1...ianya lebih kepada MAHA ULUNG.

    Di dalam Syahadah TAUHID kita menafikan TIADA TUHAN...SEMATA-MATA ALLAH...bermaksud TUHAN ITU TIDAK WUJUD SAMA SEKALI...kenapa pula dikatakan (tuhan) menyamai Allah???

    BalasPadam
  5. Allah cannot be measured with numbers. Not 1 not 2 and definately NO NUMBERS!!!

    Allah is ABSOLUTE...NO COMPARISON...NO EQUIVELENCE...

    Lord and god mean nothing to Islam!!! Nonsense! Useless! Not more than just RUBBISH!!!

    BalasPadam