31 Mei 2011

3.3 TIPU DAYA JAHILIYYAH

“ Aku telah hidup di bawah bayangan al-Qur’an dan di sana aku melihat jahiliyah berkecamuk di muka bumi ini dan aku melihat minat dan cita-cita penduduk-penduduk dunia ini amat kecil dan kerdil, aku melihat pemuja-pemuja jahiliyah itu berbangga-bangga dengan ilmu pengetahuan yang ada pada mereka, iaitu ilmu pengetahuan kanak-kanak, kefahaman dan pemikiran kanak-kanak, minat dan cita-cita kanak-kanak sama seperti pandangan seorang tua kepada mainan kanak-kanak, percubaan kanak-kanak dan keteloran lidah kanak-kanak. Aku merasa kaget dan hairan mengapa manusia jadi begini, mengapa mereka jatuh ke dalam lumpur yang kotor dan penuh penyakit ini? Mengapa mereka tidak mendengar seruan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar, iaitu seruan yang dapat meluhur, memberkati dan membersihkan usia seorang?” .... Sayyid Qutb

Al-Qur'an memberi tanggapan dan persepsi jahiliyyah sebagai perkara yang patut dibersihkan dari diri seorang mukmin. Unsur jahiliyah hendaklah digantikan dengan ad-din. Satu cara hidup/sistem/peraturan yang hamba Allah patut tunduk sepenuhnya (lihat artikel ad-din)

Perkara yang tidak berasaskan wahyu dan sunnah Rasul, adalah jahiliyah. Jahiliyah tiada nilai disisi Allah. Sayyid Qutb mengumpamakan jahiliyah seperti `permainan kanak-kanak' yang leka dalam dunia fantasinya. Analogi mudah ialah seperti kanak-kanak yang asyik bermain `masak-masak'. Dari sudut pandangan orang dewasa ia hanyalah satu perkara yang tiada nilainya. Benda yang dibuat bukan `real’ tetapi telatah mereka seperti ia benar-benar berlaku. Dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan keseronokan bermain tidak boleh dikacau. Mereka menjadi marah bila keselesaannya diganggu.

Bilamana kita duduk bersama al-Qur'an dan memahami tasawwur al-Qur'an, maka kita merasa hairan dan kesian terhadap manusia yang berlumba-lumba mengejar `jahiliyah'. Perkara yang tiada nilai disisi Allah ini, diusahakan dan dipertahankan sehingga menjadi darah daging yang sukar dipisahkan. Ia melibatkan pelbagai aspek dari masalah dalaman hati hinggalah terhadap aspek luaran individu, masyarakat dan negara.

Bagaimanakah al-Qur'an menjelaskan Jahiliyah

Istilah Jahiliyah dinisbahkan kepada keadaan manusia sebelum datangnya hidayah dan da’wah nabi. Kata dasar ialah al-jahalu yang bererti tidak tahu atau bodoh. Bodoh terhadap Allah, Rasul dan syari’at-syari’at-Nya serta mereka berbangga-bangga dengan keturunan, kebesaran dan sebagainya. Jahiliyah adalah satu `pattern’ bentuk perilaku atau tabiat atau sifat orang Islam hingga ke hari ini yang mempunyai sifat-sifat tersebut. Allah mengecam /menempelak mereka dalam banyak ayat.

Dan ketika Allah menerangkan kisah Nabi Yusuf a.s dalam surah Yusuf, (12: 33) :

قَالَ رَبِّ ٱلسِّجۡنُ أَحَبُّ إِلَىَّ مِمَّا يَدۡعُونَنِىٓ إِلَيۡهِ‌ۖ وَإِلَّا تَصۡرِفۡ عَنِّى كَيۡدَهُنَّ أَصۡبُ إِلَيۡہِنَّ وَأَكُن مِّنَ ٱلۡجَـٰهِلِينَ (٣٣)
“Yusuf berkata: Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika tidak Engkau hindarkan daripadaku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang-orang yang bodoh.”

Dalam ayat ini, cenderung kepada keburukan adalah juga sikap Jahiliyyah. . Nabi Yusuf a.s. rela masuk ke dalam penjara dan berada dalam kesensaraan/kesukaran berbanding dengan menerima tawaran melakukan maksiat. Prinsipnya tegas, dan inilah juga sikap para anbiya yang lain. Bagaimanakah kita ?

Di dalam al-Qur'an istilah Jahiliyah dikaitkan dengan empat perkara iaitu:

1. Ali-Imran (3:154) – ظَنَّ ٱلۡجَـٰهِلِيَّةِۖ ( sangkaan jahiliyah )

2. Al-Maa’idah (5:50) – أَفَحُكۡمَ ٱلۡجَـٰهِلِيَّةِ (hukum/undang-undang jahiliyah)

3. Al-Ahzab (33:33) – تَبَرُّجَ ٱلۡجَـٰهِلِيَّةِ (perhiasan jahiliyah)

4. Al-Fath (48:26) – حَمِيَّةَ ٱلۡجَـٰهِلِيَّةِ (semangat/kesombongan jahiliyah)

Ada dua(2) yang berkait dengan masalah hati iaitu:
1. ظَنَّ
2. حَمِيَّةَ
Dua(2) lagi bersifat amalan luaran iaitu:
1. أَفَحُكۡمَ
2. ‫ تَبَرُّجَ

Sangkaan Jahiliyah : ظَنَّ ٱلۡجَـٰهِلِيَّةِ‌

Surah ali-'Imran (3:154)

وَطَآٮِٕفَةٌ۬ قَدۡ أَهَمَّتۡہُمۡ أَنفُسُہُمۡ يَظُنُّونَ بِٱللَّهِ غَيۡرَ ٱلۡحَقِّ ظَنَّ ٱلۡجَـٰهِلِيَّةِ‌ۖ يَقُولُونَ هَل لَّنَا مِنَ ٱلۡأَمۡرِ مِن شَىۡءٍ۬‌ۗ
“……sedang segolongan yang lain yang hanya mementingkan diri sendiri, menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar, seperti sangkaan orang-orang Jahiliah. Mereka berkata: Adakah bagi kita sesuatu bahagian dari pertolongan kemenangan yang dijanjikan itu?......”

Keterangan ayat (bermula ayat 152-154): Allah menerangkan sebab-sebab kekalahan umat Islam dalam peperangan Uhud. Kesalahan besar unit pemanah adalah satu kisah yang masyur. Namun ketika pertempuran yang amat sengit ini, tentera Islam telah ditenangkan Allah swt. Mereka telah dilelapkan sekejap sebagai petanda memperolehi keamanan dari Allah. Kemudian Allah swt menyebut dalam ayat ke-154 berkenaan peristiwa yang dialami oleh orang munafik selepas tentera Muslim kalah dalam perang Uhud. Mereka tidak dapat menikmati rasa mengantuk seperti rasa mengantuk seperti yang dirasakan oleh orang yang kuat imannya kerana mereka bingung, cemas dan bersangka buruk kepada Allah. Malah mereka yakin kemenangan kaum Musyrik dalam Perang Uhud menunjukkan agama Islam sudah berakhir. Ada yang memikirkan untuk berhubung dengan Abdullah bin Ubai, kepala munafiqqun bertujuan mendapat perlindungan dari serangan Abu Sufian.

Mereka adalah orang yang ragu-ragu. Apabila terjadi peristiwa yang tidak menyenagkan berlaku, muncul sangkaan-sangkaan buruk kepada Allah. Inilah yang dimaksudkan dengan maksud sangkaan jahiliyah



حَمِيَّةَ ٱلۡجَـٰهِلِيَّةِ - hamiyatul jahiliyah (kesombongan jahiliyah)

Ia bermaksud perasaan ego yang tinggi sehingga tidak mahu menerima kebenaran. Sikap seperti inilah yang tertanam kuat di hati orang musyrik Mekah yang `pekat' dengan asobiyah perkauman dan keturunan. Firman Allah - Al-Fath (48:26);

إِذۡ جَعَلَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ فِى قُلُوبِهِمُ ٱلۡحَمِيَّةَ حَمِيَّةَ ٱلۡجَـٰهِلِيَّةِ فَأَنزَلَ ٱللَّهُ سَڪِينَتَهُ ۥ عَلَىٰ رَسُولِهِۦ وَعَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَأَلۡزَمَهُمۡ ڪَلِمَةَ ٱلتَّقۡوَىٰ وَكَانُوٓاْ أَحَقَّ بِہَا وَأَهۡلَهَا‌ۚ وَكَانَ ٱللَّهُ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمً۬ا (٢٦)

“Ketika orang-orang kafir menanamkan dalam hati kesombongan (iaitu) kesombongan jahiliyah lalu Allah menurunkan ketenangan kepada Rasul-Nya, dan kepada orang-orang mu'min dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat taqwa dan adalah mereka berhak dengan kalimat taqwa itu dan patut memilikinya. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. .”

Dalam hadis-hadis Rasulullah saw juga banyak diterangkan bagaimana sikap Jahiliyyah ini. Imam Bukhari dalam Kitab Iman dengan judul Bab “ Kema’siatan merupakan perkara Jahiliyyah”, meriwayatkan Hadis; ketika itu seorang laki-laki dari kalangan Muhajirin mendorong seorang laki-laki dari kaum Ansar, orang Ansar tersebut memanggil golongannya; “Hai orang-orang Ansar dan begitu pula orang Muhajirin tadi, ia juga memanggil kawannya yang Muhajirin; Hai orang-orang Muhajirin, kemudian bersabdalah Rasulullah saw :
Apakah engkau memperhatikan panggilan jahiliyyah itu? Tinggalkanlah olehmu karena itu perbuatan busuk”
- (HR. Ahmad & Baihaqi)

Ketika seseorang mempersiapkan golongan/puak/kaum-nya atas golongan/puak/kaum yang lain, dengan memanggil-manggil golongannya, maka itulah fanatik golongan/perkauman. Hal itu termasuk perbuatan Jahiliyyah.

Bagaimanakah kita ? Allah menjelaskan bahawa kita ini disatukan dengan kesatuan aqidah. Maka tidak sepatutnya kita sombong dengan pangkat, kuasa, darah keturunan, bangsa, semangat kenegerian dan asal usul kita. Ia tiada nilai disisi Allah.


أَفَحُكۡمَ ٱلۡجَـٰهِلِيَّةِ - hukum jahiliyah.

Maksudnya ialah hukum-hukum/peraturan/cara hidup selain yang ditetapkan oleh Allah. Firman Allah - surah al-Ma’idah (5:50)

أَفَحُكۡمَ ٱلۡجَـٰهِلِيَّةِ يَبۡغُونَ‌ۚ وَمَنۡ أَحۡسَنُ مِنَ ٱللَّهِ حُكۡمً۬ا لِّقَوۡمٍ۬ يُوقِنُونَ

“Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin ? ”

Imam Ibnu Kathir menafsirkan bahawa Allah menempelak orang yang tidak mahu mengikuti hukum-Nya. Ini termasuklah mereka yang:

1. Enggan melakukan kebaikan

2. Tidak melarang keburukan.

3. Beralih dan mengikuti pendapat/hukum/undang-undang yang dibuat oleh manusia yang tidak disandarkan kepada syariat Allah (perlulah kita buat checklist agar kita tidak termasuk golongan ini )


تَبَرُّجَ ٱلۡجَـٰهِلِيَّةِ - Perhiasan jahiliyah

Allah melarang isteri-isteri Nabi s.a.w melakukan Tabarruj (berhias berlebih-lebihan) kerana hal itu termasuk perbuatan Jahiliyyah;

وَقَرۡنَ فِى بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجۡنَ تَبَرُّجَ ٱلۡجَـٰهِلِيَّةِ ٱلۡأُولَىٰۖ

“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah zaman dahulu…” – (al-Ahzab 33:33)

Tabarruj Jahiliyah ialah perilaku manusia yang mendedahkan perhiasan dan keindahan tubuhnya diluar syariat Allah (akan dibincangkan dalam artikel lain, insyaAllah)


APAKAH YANG PERLU KITA LAKUKAN ?

Perlulah kita bermuhasabah kepada diri kita sendiri. Adakah kita masih lagi mempunyai unsur-unsur jahiliyah. Iaitu bersangka buruk dengan Allah bila tiba musibah; tidak redha dengan qadar Allah; ego yang tinggi sehingga tidak menerima kebenaran Islam; tidak menjadikan al-Qur'an dan Sunnah sebagai ad-din; dan masih mempunyai sifat tabarruj yang di luar batas syari’at.

Selagi mana unsur-unsur jahiliyah tidak dibuang dari dalam hati kita; Islam dan iman tidak akan hidup subur. Di zaman Nabi saw, ketika mana pertama kali seseorang itu menganut Islam, dia merasakan itulah zaman baru dalam hidupnya, terpisah sejauh-jauhnya dari hidupnya di zaman jahiliyah. Dengan perasaan inilah dia menerima hidayah dan petunjuk. Jika dia tertarik sejenak kepada kebiasaannya yang dahulu, nescaya dia merasa bersalah dan berdosa.

Bukan saja diri perlu dibebaskan daripada unsur jahiliyah, malah hendaklah berlaku pemisahan secara total unsur jahiliyah dari segi perasaan, cara pemikiran dan pandangan, tingkahlaku dan amalan; kebiasaan dan istiadat (cth: istiadat perkahwinan); serta cara hidup.

Jahiliyyah adalah seumpama seperti `chewing gum’ yang melekat di kasut kita. Kita akan terasa `annoyed' sewaktu berjalan. Apabila kita ingin membuangnya dari kasut kita, ia akan meninggalkan kesan yang tidak elok dalam beberapa waktu. Begitulah juga dengan sifat jahiliyyah yang melekat dalam diri kita. Jahiliyah perlu dibuang dalam perjalanan menuju kepada Allah. Proses penyuciannya mengambil masa. Perlu mujahadah sehingga sisa-sisanya tidak tinggal walau seberat zarah.

Kadangkala orang beriman juga leka/alpa dalam perkara jahiliyah. Sebuah Hadis dari Abu Dzar, dia berkata: “sesungguhnya saya mengejek seseorang dengan menghina ibunya (ibu Bilal ra), maka Rasulullah berkata padaku, “Hai Abu Dzar, apakah engkau menghina ibunya? Sesungguhnya engkau adalah orang yang mempunyai sifat Jahiliyyah” (HR.Bukhari-Muslim)

Lalu dengan segera Abu Dzar r.a meletakkan kepalanya di hadapan Bilal di atas tanah dan menyuruh Bilal memijaknya supaya hilang rasa sedih dengan kenyataan Rasulullah saw tersebut.

Suka menghina dan mengejek orang adalah salah satu sifat dari sifat-sifat jahiliyyah.
Setelah datangnya Islam maka seluruh perkara Jahiliyyah dihapuskan dari Jazirah Arab. Rasulullah s.a.w berkhutbah pada hari Fathul-Makkah, “Wahai manusia sesungguh-nya Allah telah menghapus kesombongan Jahiliyyah dan kebanggaannya terhadap Nenek Moyang …” (HR. Ahmad & Abu Daud)

Dan ketika Rasulullah berkhutbah pada haji wada’, beliau bersabda: “Ketahuilah, sesungguhnya segala sesuatu dari perkara-perkara Jahiliyyah telah saya musnahkan”.
Dari nas-nas al-Qur`an dan Sunnah jelaslah bahwa setiap penyimpangan dari petunjuk Allah dan Rasul-Nya, baik yang berkait dengan Aqidah, Ibadah, perilaku, maupun amal adalah perbuatan Jahiliyyah.

Bagaimanakah kita ini?

Maka mintalah perlindungan dari Allah agar dijauhkan dari sifat jahiliyah, dan bersegeralah bertaubat kepada-Nya.

30 Mei 2011

3.2 KENIKMATAN, KEBERKATAN DAN KEHORMATAN DI BAWAH LEMBAYUNG AL-QUR'AN

Hidup di bawah bayangan al-Quran adalah suatu ni'mat. Ni'mat yang tidak dapat diketahui melainkan hanya oleh mereka yang mengecapinya sahaja. Ia adalah suatu keni’matan yang meninggi, memberkati dan membersihkan usia seseorang.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah yang telah mengurniakan kepadaku keni’matan hidup di bawah bayangan al-Qur’an selama beberapa waktu, di mana aku telah mengecapi nimat yang tidak pernah aku kecapi sepanjang hidupku. Aku dapat merasai ni’mat yang meninggi, memberkati dan membersihkan usiaku.

Aku hidup seolah-olah mendengar Allah bercakap kepadaku menerusi al-Quran ini… ya Dia bercakap kepadaku yang hanyalah seorang hamba yang amat kerdil dan amat kecil ini. Manakah penghormatan yang dapat dicapai oleh seseorang lebih tinggi dari penghormatan Ilahi yang amat besar ini? Manakah ketinggian usia yang lebih tinggi dari ketinggian usia yang diangkatkan oleh kitab süci ini? Manakah darjah kemuliaan bagi seseorang yang lebih tinggi dari darjah kemuliaan yang dikurniakan oleh Sang Pencipta Yang Maha Mulia ini? …. Sayyid Qutb

Pengalaman Sayyid Qutb hidup di bawah bayangan Al-Quran bermula di fasa ke-dua kehidupannya; iaitu setelah beliau menyertai da’wah dan Ikwanul Muslimin. Dia seolah-olah tersentak dan bangun dari kealpaannya sebelum ini. Bilamana dia memahami Islam, maka dia merasakan dia mengharungi Islam ini sepertimana Para Sahabat merasainya.

Di bawah bayangan atau naungan mempunyai dua maksud. Maksud pertama ialah dari perspektif fizikal seperti berteduh di bawah pokok; manakala yang ke-dua ialah bersifat maknawi dan tidak dapat dilihat tetapi terasa. Analoginya, jika kita mempunyai kroni yang berkedudukan tinggi, maka kita merasakan diri kita selamat dan dihormati.

Maka hidup `di bawah bayangan Al-Quran’ memberikan makna yang sangat tinggi dan tidak ternilai, yakni bila kita rasakan Pencipta kita, Allah swt bercakap-cakap dengan kita dan berinteraksi dengan kita melalui Al-Quran, kita merasakan Allah sangat dekat dengan kita. Allah melindungi kita. Tiada perlindungan yang lebih baik dari perlindungan dari Allah. Sayyid Qutb merasakan Al-Quran itu adalah untuknya. Satu perasaan dan `feel’ yang tidak tergambar kecuali bagi mereka yang dapat merasainya.

Kenikmatan yang memberkati dan membersihkan usia adalah satu anugerah dari Allah. Usia kita diukur mengikut tahun kita hidup. Namun mereka yang memahami al-Qur’an dan mempunyai fikrah dan pemikiran al-Qur’an akan hidup lebih lama dari usianya. Fikrah yang dibawanya akan terus hidup walaupun dirinya sudah meninggal dunia. Hidupnya akan diberkati dan dia akan terus hidup bersama-sama dengan fikrah dan pemikirannya sehinggalah pemikiran itu berkecai. Dia seolah-olah hidup. Bilamana kita membaca Fi-Zilalil Qur’an, maka ia akan memberkati pengarangnya.

Maka, apalah ada pada usia kita jika tidak diberkati Allah ? Umur kita setakat 60-70 tahun, dan jika dibandingkan dengan usia dunia, usia kita tiada apa-apa. Kita datang, kemudian kita pergi. Dan kemudian diganti dengan yang lain melalui zuriat kita.

Kita ini ibarat seekor semut yang dilahirkan ditepi rumah. Banyak lagi semut-semut lain. Tiada siapa yang ambil peduli. Begitu ramai makhluk yang Allah jadikan di mukabumi dan Allah boleh memberi Hidayah kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Hidayah dan Iman inilah yang kita pohon, kita cari dan kita genggam sekuatnya bila dapat walaupun nyawa menjadi taruhan kerana yang kita inginkan ialah keberkatan hidup dan keredhaan Allah. Begitu jugalah, as-syahid Sayyid Qutb yang membayar dengan nyawanya bagi meneruskan pemikirannya untuk terus hidup.

Istilah berkat tiada pada orang kafir; juga pada muslim yang leka dengan jahiliyahnya. Ia berkait dengan iman. Apabila iman tiada dan hidupnya tidak diberkati Allah, maka tanda-tandanya dapat dilihat. Ini hendaklah dilihat dari matahati kerana iman tidak dapat dilihat tetapi dapat dirasai seolah-olah daun-daun pokok yang ditiup angin.

Keberkatan ialah bilamana Allah memberikan kebaikan dan penambahan terhadap usaha yang dilakukan sehingganya manfaat dan pahalanya berkekalan. Keberkatan dari Allah menjadikan ibadah kita terasa manis, kita merasa tenang dan hampir kepada Allah dan terus beristiqomah di dalam ibadah. Kehidupan yang tak diberkati Allah mempunyai tanda yang sebaliknya.

Lihatlah keberkatan usia Imam An-Nawawi yang meninggal di usia muda (sekitar 45 tahun: 631-676 Hijrah). Hasil tulisannya meninggi langit. Kitab-kitabnya menjadi rujukan sehingga kini. Apalah ada pada kita, sebuah buku pun payah untuk diterbitkan; dan mungkin tak de langsung.

Keberkatan usia perlu kita usahakan. Jika direnungi, masa yang kita lalui adalah sama, iaitu 24 jam sehari, namun keberkatan usia adalah berlainan. Oleh itu, hendaklah kita mengikat hidup kita dengan Allah dan selalu berdoa dengan doa yang diajarkan oleh Rasululluh saw iaitu : Ya Haiyyu, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata” (Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani).

Perasaan seorang yang dapat merasai Allah bercakap dengannya melalui ayat-ayat Al-Quran adalah seolah-seolah seperti dia diberi penghormatan oleh Sang Penciptanya. Begitu ramai lagi manusia yang tidak terpilih mendapat Hidayah; dan jauh dari al-Qur’an. Penghormatan ini hanya diberikan kepada orang mukmin. Manakah penghormatan yang lebih mulia dari penghormatan yang diberikan oleh Allah swt ?. Tidak terbanding dan tidak ternilai dari penghormatan di dunia ini. Penghormatan di dunia (kuasa, pangkat, gelaran dll) bersifat sementara, malah akan dihisab oleh Allah swt.

Renungkanlah sekali lagi kata-kata Sayyid Qutb…

Aku hidup seolah-olah mendengar Allah bercakap kepadaku menerusi al-Quran ini… ya Dia bercakap kepadaku yang hanyalah seorang hamba yang amat kerdil dan amat kecil ini. Manakah penghormatan yang dapat dicapai oleh seseorang lebih tinggi dari penghormatan Ilahi yang amat besar ini? Manakah ketinggian usia yang lebih tinggi dari ketinggian usia yang diangkatkan oleh kitab süci ini? Manakah darjah kemuliaan bagi seseorang yang lebih tinggi dari darjah kemuliaan yang dikurniakan oleh Sang Pencipta Yang Maha Mulia ini? …. Sayyid Qutb

Persoalannya :
1. Adakah kita merasai seolah-olah Allah bercakap dengan kita melalui al-Qur'an?
2. Adakah kita juga merasai kemuliaan, kenikmatan, keberkatan dan penghormatan di bawah naungan al-Qur’an?
3. Apakah usaha kita ke-arah ini semua ?

29 Mei 2011

4.2 An-Nas - سُوۡرَةُ النَّاس

سُوۡرَةُ النَّاس
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ (١) مَلِكِ ٱلنَّاسِ (٢) إِلَـٰهِ ٱلنَّاسِ (٣) مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ (٤) ٱلَّذِى يُوَسۡوِسُ فِى صُدُورِ ٱلنَّاسِ (٥) مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ (٦)
1. Katakanlah: Aku pohon perlindungan pada Rabb yang memelihara manusia
2. Yang menguasai manusia
3. Ilah yang disembah manusia
4. Dari kejahatan (syaitan) pembisik yang datang dan menghilang
5. Yang membisik (kejahatan) di dalam dada manusia
6. Iaitu dari (syaitan) jin dan manusia

Gambaran Keseluruhan Ayat:

Surah ini adalah surah yang ke-114, yakni terakhir dalam susunan surah-surah Al-Qu’ran. Susunan surah ini diletak oleh Allah melalui Jibril. Walaupun surah ini adalah surah Madaniyah, tetapi fikrah ayat-ayatnya adalah mirip kepada surah Makkiyah.

Surah yang terakhir ini memberi tasawwur terhadap Aqidah, yakni tauhid uluhiyah dan rubbubiyah. Manusia hamba Allah yang lemah dan hatinya yang berbolak-balik mudah terdedah kepada gangguan syaitan. Maka perlunya ikatan kepada Allah 100%. Gangguan syaitan yang wujud sejak dari Nabi Adam a.s hinggalah ke hari ini akan terus berlaku. Bisikan manis tipu daya yang mempersonakan akan melekakan kita. Tempat tumpuan gangguan adalah hati; iaitu tempat untuk kita memahamkan ad-din. Ia menjadi titik-titik hitam. Maksiat di anggap baik, bisikan was-was berlaku, bukan sahaja kepada ibadah tetapi juga kepada perkara yang lebih besar lagi iaitu Aqidah. Namun ramai yang tidak menyedari.

Surah an-Nas dan al-Falaq merupakan satu perintah/arahan dari Allah untuk mendapatkan perlindungan dari-Nya. Ada 2 bentuk gangguan kepada iman – dalaman dan luaran. Surah An-nas menceritakan gangguan dalaman dan Al-Falaq menceritakan gangguan luaran.

Pemahaman surah ini menguatkan iman dan iktiqad kita. Jika kita baca hanya sebagai mengambil fadhilatnya tetapi tidak memahaminya, maka larilah dari konsep iman dan Al-Qur’an.

Terdapat beberapa athar mengenai penurunan surah ini. Dari Uqbah ibn `Amir (ra) , Rasulullah saw telah bersabda “ Tidakkah engkau mengetahui ayat-ayat yang telah diturunkan pada malam ini, iaitu ayat-ayat tidak didapati tolok bandingnya iaitu :
قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ dan قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلۡفَلَقِ "

Dari Jabir r.a katanya: Sabda Rasulullah saw “Bacalah, wahai Jabir! Aku menjawab, Demi bapaku dan ibuku, baca apa wahai Rasulullah?” Sabdanya:
Bacalah قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ dan قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلۡفَلَقِ lalu aku pun membaca kedua-duanya, kemudian beliau bersabda “ Bacalah kedua-dua surah ini dan engkau tidak akan dapat membaca surah yang serupa dengan kedua-duanya.”

قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ (١) مَلِكِ ٱلنَّاسِ (٢) إِلَـٰهِ ٱلنَّاسِ (٣)
"Katakanlah: Aku pohon perlindungan pada Rabb yang memelihara manusia (1) Yang menguasai manusia (2) `Ilah’ yang disembah manusia (3)"

Fikrah Ayat

1. قُلۡ - Ia adalah satu arahan. Kita kena ikut, iklankan, ceritakan, dan mengajak
hamba Allah untuk berlindung kepada Allah

2. Pada hakikatnya manusia adalah hamba Allah lemah dan memerlukan perlindungan dari Allah. Hanya hamba Allah yang mukhlis akan selamat dari gangguan syaitan.

3. Dinyatakan nama Allah 3 kali dalam surah ini – Robb, Al-Malik, Ilah. Robb ialah sifat Allah yang memelihara dan melindung. Al-Malik ialah sifat Allah yang memilik, memerintah dan mentadbir. `Ilah’ ialah sifat Allah yang menguasai segala-galanya. Semua sifat-sifat ini berkuasa memberi pertolongan dari kejahatan-kejahatan yang meresap ke dalam hati manusia yang tidak mengetahui bagaimana hendak menolak kejahatan-kejahatan yang tersembunyi itu.(insya-Allah akan dibincangkan tauhid uluhiyah dan rubbubiyah pada artikel yang lain).

4. Allah memerintah manusia mencari perlindungan kepada-Nya. Agar manusia hampir kepada Allah.

مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ (٤) ٱلَّذِى يُوَسۡوِسُ فِى صُدُورِ ٱلنَّاسِ (٥) مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ (٦)
"Dari kejahatan (syaitan) pembisik yang datang dan menghilang (4) Yang membisik (kejahatan) di dalam dada manusia (5) Iaitu dari (syaitan) jin dan manusia (6)"

Fikrah Ayat

1. Allah swt mengingatkan bahawa syaitan ialah musuh kita yang nyata. Ini adalah sumpah mereka sejak dihalau keluar oleh Allah dari syurga. Setiap manusia akan ada syaitannya. Gangguannya berlaku sehingga hari kiamat. Ia berusaha menyesatkan manusia sedaya upaya dengan pelbagai tipu daya, namun mereka tiada mempunyai kuasa. Syaitan hanya berupaya menakluk orang yang lalai dari Allah.

Firman Allah, Surah al-Isra: (61-65)
وَإِذۡ قُلۡنَا لِلۡمَلَـٰٓٮِٕڪَةِ ٱسۡجُدُواْ لِأَدَمَ فَسَجَدُوٓاْ إِلَّآ إِبۡلِيسَ قَالَ ءَأَسۡجُدُ لِمَنۡ خَلَقۡتَ طِينً۬ا (٦١) قَالَ أَرَءَيۡتَكَ هَـٰذَا ٱلَّذِى ڪَرَّمۡتَ عَلَىَّ لَٮِٕنۡ أَخَّرۡتَنِ إِلَىٰ يَوۡمِ ٱلۡقِيَـٰمَةِ لَأَحۡتَنِكَنَّ ذُرِّيَّتَهُ ۥۤ إِلَّا قَلِيلاً۬ (٦٢) قَالَ ٱذۡهَبۡ فَمَن تَبِعَكَ مِنۡهُمۡ فَإِنَّ جَهَنَّمَ جَزَآؤُكُمۡ جَزَآءً۬ مَّوۡفُورً۬ا (٦٣) وَٱسۡتَفۡزِزۡ مَنِ ٱسۡتَطَعۡتَ مِنۡہُم بِصَوۡتِكَ وَأَجۡلِبۡ عَلَيۡہِم بِخَيۡلِكَ وَرَجِلِكَ وَشَارِكۡهُمۡ فِى ٱلۡأَمۡوَٲلِ وَٱلۡأَوۡلَـٰدِ وَعِدۡهُمۡ‌ۚ وَمَا يَعِدُهُمُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ إِلَّا غُرُورًا (٦٤) إِنَّ عِبَادِى لَيۡسَ لَكَ عَلَيۡهِمۡ سُلۡطَـٰنٌ۬‌ۚ وَكَفَىٰ بِرَبِّكَ وَڪِيلاً۬ (٦٥)
“Dan (kenangilah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam. Lalu mereka sekalian pun sujud kecuali iblis, ia berkata: Adakah wajar aku sujud kepada yang telah Engkau ciptakannya dari tanah? (61). Dia berkatan lagi: Terangkanlah ! Inikah orangnya yang telah engkau muliakan lebih dariku? Sesungguhnya jika dapat Engkau memberikan tempoh kepadaku sehingga Hari Qiamat nescaya akan ku sesatkan zuriatnya kecuali sebahagian yang kecil (62). Lalu Allah menjawab: Baiklah pergilah! Sesiapa dari mereka yang mengikut engkau, maka Neraka Jahannamlah balasan yang sungguh padan untuk kamu (63). Dan kejutkan dengan suaramu siapa saja dari mereka yang dapat engkau lakukan, dan kerahkan angkatan berkudamu dan kerahkanlah angkatan jalan kakimu untuk menyerang mereka, dan berkongsilah harta benda dan anak-pinak dengan mereka dan kemukakan janji-janjimu kepada mereka, dan sebenarnya tiada apa yang dijanjikan syaitan kepada mereka melainkan hanya tipu daya sahaja (64). Sesungguhnya engkau tidak mempunyai kuasa untuk menguasai hamba-hamba kesayangan-Ku, dan cukuplah Tuhanmu itu menjadi penjaga (65)”

2. Syaitan akan sentiasa mendampingi kita. Setiap manusia memiliki Qarin (pendamping). Hadis Saiyiditina Aisyah dalam Riwayat Muslim “ Sesungguhnya Rasululluh saw keluar darinya pada suatu malam, kemudian nabi saw datang dan melihat apa yang aku perbuat, maka nabi saw berkata ‘Ada apa denganmu wahai Aisyah? Apakah engkau cemburu ?’ Aisyah berkata: `Bagaimana orang sepertiku tidak cemburu dengan orang seperti kamu’. Maka Rasululluh (saw) berkata: ‘ Apakah syaitan datang kepadamu’ lalu Aisyah berkata: ‘ Wahai Rasululluh, apakah syaitan bersama saya?’ Nabi saw berkata `Ya’, akupun bertanya: `Bersama setiap manusia (juga)’, Nabi saw menjawab `Ya’; Aisyah bertanya: ` Bersama engkau juga ya Rasululluh?’ Nabi saw menjawab `Ya, hanya Allah menolongku sehingga dia memeluk Islam’

3. Was-was yang paling utama ialah was-was aqidah. Perkara ini yang manusia lupa. Masyarakat kita bila membicarakan was-was, maka hal yang dirisaukan ialah berkenaan niat beribadah (masuk ke tak masuk niat).. tapi jarang-jarang was-was aqidah dibincangkan. Itulah tujuan utama syaitan untuk membawa kita bersama-sama ke dalam neraka Jahannam. Firman Allah:

Surah Fathir (22:6)
إِنَّ ٱلشَّيۡطَـٰنَ لَكُمۡ عَدُوٌّ۬ فَٱتَّخِذُوهُ عَدُوًّاۚ إِنَّمَا يَدۡعُواْ حِزۡبَهُ ۥ لِيَكُونُواْ مِنۡ أَصۡحَـٰبِ ٱلسَّعِيرِ (٦)
“Sesungguhnya syaitan itu musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu), kerana sesunnguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannnya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala”

Syaitan akan menjerumuskan manusia ke dalam kesyirikan dan
kekufuran Firman Allah:

Al-Hasyr ( 59:16)

كَمَثَلِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ إِذۡ قَالَ لِلۡإِنسَـٰنِ ٱڪۡفُرۡ فَلَمَّا كَفَرَ قَالَ إِنِّى بَرِىٓءٌ۬ مِّنكَ
“ Seperti (pujukan) syaitan ketika dia berkata kepada manusia ‘Kafirlah kamu’
maka tatkala manusia itu telah kafir ia berkata `Sesungguhnya aku berlepas
dari kamu…….”


Syaitan akan menggoda kita agar tidak yakin kepada Allah (tidak Jazam yang
qat’i). Ada syak, zan atau waham.

4. Bisikan dan tipudaya syaitan adalah licik. Syaitan mengalir di dalam darah dan menggangu Qalb (hati) yang berada di dalam dada (صُدُورِ)

Dari Anas dia berkata: Rasulullah saw bersabda “Sesungguhnya syaitan telah
masuk ke dalam manusia melalui aliran darah”
(HR Bukhari dan Muslim)


5. Cara gangguan syaitan : datang dan menghilang ( ٱلۡخَنَّاسِ ) dan suka menunggu peluang. .Syaitan dapat sampai ke dalam fikiran dan hati manusia dengan cara yang tidak kita ketahui. Hal ini berkait dengan tabi’at khusus penciptaannya. Ibnu Kathir berkata ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ adalah syaitan yang `cokoh’ dalam diri manusia, maka syaitan akan membisikinya, namun jika dia berzikir, maka syaitan akan lari. (`cokoh’ - kalau dalam bahasa Kelantan maknanya; tinggal diam tidak membuat apa-apa, dlm konteks ini ia menunggu-nunggu peluang)

6. Hati yang terpesong akibat gangguan syaitan akan memandang perkara maksiat perkara yang baik, menjerumuskannya dalam dosa berterusan, dan mudah membuat perkara bid’ah.

Surah Al-Hijr (15:39-40).
قَالَ رَبِّ بِمَآ أَغۡوَيۡتَنِى لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَلَأُغۡوِيَنَّہُمۡ أَجۡمَعِينَ (٣٩) إِلَّا عِبَادَكَ مِنۡہُمُ ٱلۡمُخۡلَصِينَ (٤٠)
“ Iblis berkata : ‘ Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma’siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka.”

Sufyan ats-Tsauri berkata “Bid’ah itu lebih disukai iblis dari maksiat; kerana pelaku maksiat dapat diharapkan bertaubat, sedang pelaku bid’ah sukar untuk bertaubat.”

7. Syaitan juga menimbulkan was-was dalam hati agar tidak membuat kebajikan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk merosakkan ibadah:

Dalam sahih Bukhari, dari Abu Hurairah ra “Jika azan solat dikumandangkan, syaitan membelakanginya sambil kentut agar azan tersebut tidak sedap didengar. Jika azan telah selesai dia kembali lagi menghadap ke depan. Ketika solat telah dimulai dia membelakanginya. Lalu dia akan mengganggu seseorang dalam fikirannya, dia katakan : ‘ingat ini, ingat ini, mengapa kamu tidak mengingat ini ‘”. Sehingga orang tersebut lupa berapa rakaat dia telah bersolat” - HR Bukhari dan Muslim.

Dengan bisikan inilah, syaitan menipu daya Nabi Adam dengan memakan pohon yang telah disebut dalam Al-Qu’ran.

Surah Thaaha (20:120)
فَوَسۡوَسَ إِلَيۡهِ ٱلشَّيۡطَـٰنُ قَالَ يَـٰٓـَٔادَمُ هَلۡ أَدُلُّكَ عَلَىٰ شَجَرَةِ ٱلۡخُلۡدِ وَمُلۡكٍ۬ لَّا يَبۡلَىٰ (١٢٠)
“Kemudian syaitan membisikan fikiran jahat kepadanya, dengan berkata ‘Hai Adam, mahukah saya tunjukkah kepada pohon Khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa”

Syaitan juga menipu hati dan pemikiran manusia seolah-olah dia sedang memberi nasihat kepada manusia. Firman Allah :

al-A’raaf (7:21)
وَقَاسَمَهُمَآ إِنِّى لَكُمَا لَمِنَ ٱلنَّـٰصِحِينَ (٢١)
“ Dan dia(syaitan) bersumpah kepada keduanya (Adam dan Hawa), Sesungguhnya saya adalah termasuk orang yang memberi nasihat kepada kamu berdua”.

8. Syaitan membisikkan sehingga seorang hamba Allah lupa kepada perintah Allah. Perkara ini berlaku kepada Nabi Adam dan ia akan berlaku juga kepada kita. Firman Allah:

Surah Thaahaa (20:115)
وَلَقَدۡ عَهِدۡنَآ إِلَىٰٓ ءَادَمَ مِن قَبۡلُ فَنَسِىَ وَلَمۡ نَجِدۡ لَهُ ۥ عَزۡمً۬ا (١١٥)
“Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan perintah itu), dan tidak Kami dapatinya padanya kemahuan yang kuat”.

9. Manusia berperangai syaitan juga wujud. Mereka terdiri dari teman-teman yang jahat, orang-orang berkuasa yang tidak mengikut syariat Allah sehingga bertindak zalim terhadap rakyat jelatanya; tukang-tukang umpat dan penjual-penjual nafsu.

10. Allah mengajar hamba-Nya perisai daripada gangguan syaitan. Hendaklah dia memperingati Allah, memperbanyakkan zikir dan doa. Syaitan menjadi lemah apabila berdepan dengan mereka yang sedar dan siap-siaga mengawal pintu hatinya. “Apabila manusia menyebut nama Allah, ia akan mengundurkan dirinya dan apabila manusia lalai, ia akan membisikkan kejahatan”

3.1 SEBAB MEMBINCANGKAN MUQADDIMAH FI ZILALIL QUR’AN

Setiap orang Islam memiliki sekurang-kurangnya senaskah al-Qur’an. Al-Qur’an dicetak dengan berbagai rupa dan bermacam teknik persembahannya. Sama ada ia dibaca atau tidak, ia menjadi satu persoalan yang lain. Menjadi suatu keganjilan jika tidak tahu apa itu al-Qur’an. Betul ke kita memahami sepenuhnya al-Qur`an itu? Untuk muhasabah diri:

1. Untuk siapakah al-Qur’an diturunkan?

2. Kenapa al-Qur’an diturunkan?

3. Apa isi kandungan al-Qur`an ?

4. Siapakah yang di amanahkan untuk menyampaikannya?

5. Apa sebenarnya nak disampaikan olehnya?

6. Bagaimana kita ingin mengetahui fikrah & tasawwur al-Qur’an?

7. Kenapa musuh Islam ingin kita melupakan al-Qur’an?

Kenapa tidak ada tanda tanya dalam benak kita tentang persoalan-persoalan seperti ini. Sedangkan untuk kitalah al-Quran ini. Seolah-olah tiada keistimewaan atau kepentingan untuk mengetahuinya berbanding dengan kitab-kitab yang ditulis untuk kejayaan duniawi seperti kitab perubatan, kitab kejuruteraan, kitab ekonomi dan banyak lagi kitab-kitab seumpama ini di pasaran

Al-Qur’an Nur Karim dibuat sendiri oleh Penguasa kita iaitu Allah (swt), pemilik A’lam ini. Diturunkan ke Dunia melalui perantaraan malaikat Jibril alaihisalam. Kepunyaan-Nyalah seluruh dunia ini dan semua makhluk yang ada sama ada benda hidup atau benda bukan hidup. Ia Maha Mengetahui kelebihan dan kelemahan makhluk ciptaan-Nya. Maka al-Quran diturunkan sebagai garis panduan bagaimana sepatutnya sistem atau tatacara kehidupan supaya sentiasa berada di dalam keadaan harmoni dan sejahtera. Dalam keadaan berkasih sayang dan aman damai. Bukankah itu yang dicari oleh semua generasi sama ada di Timur maupun di Barat?

Secara umum al-Qur’an mengandungi 30 juzuk, setiap juzuk terbahagi kepada 2 hizb (bahagian) dan terdiri dari 114 surah (sepatutnya kita mengetahui nama-nama setiap surah tersebut). Di dalamnya ada menerangkan bagaimana nak mentauhidkan Allah, bagaimana nak bersyari’at (fekah), bagaimana nak berakhlak dan menceritakan kisah-kisah Nabi sebagai pengajaran.

Rasulullah saw telah dipilih sebagai penyampai wahyu ini. Beliau menempuh pelbagai ranjau dan pahit getir di sepanjang dakwah beliau selama 23 tahun. Kemudian Para Sahabat menyambung perjuangan Baginda selepas kewafatannya. Diikuti pula oleh Para Tabi’in, a’lim ulama dan akhirnya semua ummat Nabi Muhammad saw. Ini bermakna kita-kita ini adalah khalifah yang ditugaskan sebagai penyambai wahyu-Nya.

وَمَنۡ أَحۡسَنُ قَوۡلاً۬ مِّمَّن دَعَآ إِلَى ٱللَّهِ وَعَمِلَ صَـٰلِحً۬ا وَقَالَ إِنَّنِى مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ (٣٣)
“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!” – (al-Fussilat:33)

إِنَّا عَرَضۡنَا ٱلۡأَمَانَةَ عَلَى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱلۡجِبَالِ فَأَبَيۡنَ أَن يَحۡمِلۡنَہَا وَأَشۡفَقۡنَ مِنۡہَا وَحَمَلَهَا ٱلۡإِنسَـٰنُۖ إِنَّهُ ۥ كَانَ ظَلُومً۬ا جَهُولاً۬ (٧٢)إِنَّا عَرَضۡنَا ٱلۡأَمَانَةَ عَلَى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱلۡجِبَالِ فَأَبَيۡنَ أَن يَحۡمِلۡنَہَا وَأَشۡفَقۡنَ مِنۡہَا وَحَمَلَهَا ٱلۡإِنسَـٰنُۖ إِنَّهُ ۥ كَانَ ظَلُومً۬ا جَهُولاً۬ (٧٢)
“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” – (al-Ahzab:72)

Mengimbau kembali sirah, kehidupan sebelum turunnya al-Quran adalah amat menduka-citakan. Kebanyakkan masyarakat mentauhidkan yang lain dari Allah. Ikatan kasih sayang entah ke mana. Kaum bangsawan menghina masyarakat bawahan. Zina, judi, dan arak berleluasa disana sini.

Kemunculan al-Quran mempunyai motif utama iaitu untuk mengubah minda (mindset) yakni cara berfikir dan pandangan (tasawwur) sesuatu benda atau situasi itu dengan pandangan Allah. Ia bukan sekadar untuk memperelokkan bacaan dari segi tajwid sahaja atau mengambil beberapa ayat yang tertentu sebagai ayat penyembuh atau doa amalan(murah rezeki, halau jin dan syaitan dll). Sememangnya al-Quran ini bagaikan seorang yang dermawan. Kita boleh dapati darinya apa saja yang kita kehendaki. Nak tahu bab sains pun ada. Tapi adakah itu yang hendak disampaikan. Sains muncul 300 tahun selepas zaman Rasulluluh saw; iaitu di zaman Abasiyah. Persoalannya, adakah sahabat generasi Al-Qur’an ini menjadi saintis ? Adakah majoriti kaum Quraisy yang buta huruf itu mendapat manfaat ilmu sains dari al-Qur’an? Tumpuan al-Quran ini adalah kepada hati-hati mereka.

Jadi, al-Qur’an diturunkan kerana nak beri pada masyarakat Jahiliyyah dan kita semua kesedaran, hidayah dan ‘rasa’ yang dengan itu kita akan terkesan untuk mengubah diri kita dengan izin Allah.

Kenapa perlunya kita memahami muqaddimah tafsir Al-Quran ini?

Secara analogi mudah, jika kita taburkan `jigsaw puzzles’ dan mengambil satu keeping `jigsaw puzzle’ dari ratusan keping; yang kita lihat adalah satu objek yang mempunyai pelbagai tafsiran. Pandangan si-A, si-B dan si-C akan berbeza.

Begitu juga Al-Quran, apa yang perlu ialah memahami keseluruhan fikrah Al-Quran ataupun dalam bahasa mudah mempunyai `helicopter view’ tentang Al-Quran. Muqaddimah/intisari Al-Quran membantu kita mendapat kefahaman yang sempurna. Bagaikan abstrak sesuatu tesis. (Walaupun nilai muqaddimah ini adalah jauh tidak ternilai berbanding tesis)

Kenapa menggunakan Muqaddimah Fi Zilalil Qur’an, tidak yang lain?

Fi-Zilalil Quran adalah hasil dari tinta darah syuhada. Dari orang yang mati syahid kerana kalimah syahadah. Beliau bersedia untuk mati bagi meneruskan pemikirannya supaya tetap hidup.. dia memberi makan pemikirannya itu dengan daging dan darahnya….

Ketika diminta meminta maaf kepada kerajaan Mesir.. beliau berkata:

“..Sesungguh jari telunjuk yang mengakui dua kalimah syahadah pada setiap kali solat ini enggan untuk menuliskan walaupun satu huruf mengakui pemerintahan yang tidak mengikut Islam..”


Petikan kata-kata seorang yang telah menyumbangkan seluruh masa, tenaga, fikiran dan nyawanya untuk Islam; AL-SYAHEED SAYYID QUTB.

Inilah yang ditakuti oleh musuh Islam.

27 Mei 2011

4.1 Al-Ikhlas - سُوۡرَةُ الإخلاص

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰن ٱلرَّحِيمِ

قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ (١) ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ (٢) لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ (٣) وَلَمۡ يَكُن لَّهُ ۥ ڪُفُوًا أَحَدٌ (٤)
“Katakanlah : (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. (1) Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. (2) Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan (3) Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya. (4)”

Gambaran Keseluruhan Ayat

Ramai dikalangan kita membaca surah ini setiap hari, tetapi adakah telah memahami fikrahnya dan menjadi sebati di dalam diri? Surah Al-Ikhlas sangat tinggi nilainya. Ia membersihkan aqidah kita 100% dan fadhilatnya menyamai 1/3 Al-Quran.

Orang yang beriman dikehendaki patuh sepenuhnya kepada Allah. Iktiqadnya, Fikrahnya, cara-hidupnya, niatnya dan amalannya hanyalah untuk Allah swt. Allah-lah yang paling utama dalam hidup mereka. Bukan keluarga, bukan kerjaya, dan juga bukan harta-benda. Kekayaan yang ada hanyalah sebagai alat yang digunakan untuk mendapat keredhaan Allah iaitu menyeru kepada Islam (dakwah). Sanggup berkorban dan mengenepikan perkara yang dicintai jika ia tidak selari dengan kehendak Allah.

Surah Al-Ikhlas, juga dikenali sebagai Surah al-Tauhid. Konsep Tauhid dijelaskan dalam surah ini, yakni memisahkan perkara-perkara syirik dari Allah.

Kenapakah surah ini dinamakan sebagai Al-Ikhlas ?

Kalau diperhatikan, di dalam setiap ayat dalam surah ini tiada perkataan ikhlas. Dalam surah an-Nas, ada perkataan ٱلنَّاسِ . Dalam surah al-al-Falaq ada perkataan ٱلۡفَلَقِ .
Kata dasar perkataan ikhlas dalam bahasa arab ialah kh-l-s yang bermaksud ` to be purified’. ` Ikhlas ‘ membawa maksud “the purity”, yakni ketulenan yang tiada percampuran apa-apa. Tiada percampuran sekecil manapun terhadap aqidah Islam. Aqidah hendaklah 100% tulen (pure).

Surah ini membersihkan Allah dari segala perkara-perkara yang disyirikkan. Firman Allah. Al-Bayyinah 98:5 … مُخۡلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ mengikhlaskan ibadat dan tunduk sepenuhnya kepada Allah.

Aqidah yang bercampur dengan sesuatu yang lain tidak diterima oleh Allah. Lawan kepada “ikhlas” ialah `syirik’. Syirik membawa maksud `kongsi’, yakni bercampur dengan benda lain (note: orang melayu gunakan perkataan syarikat, kata dasar ialah syirik. Ia merujuk kepada `ramai’). Maksudnya tidak boleh sedikitpun niat, perasaan, amalan dan tindakan bukan kerana Allah. Apatah lagi dalam hal aqidah.…. (perlu muhasabah dan mujahadah ni).

Syirik pula dibahagikan kepada dua iaitu syirik kabir / Jali dan syirik soghir/khofi (tersembunyi). Syirik Jali ialah syirik pada zat dan sifat Allah dan jelas kelihatan menduakan atau mensyarikatkan Allah. Syirik khofi ialah syirik yang paling ditakuti kerana secara tidak sedar kita telah mensyirikkan Allah sama ada dengan perkataan maupun perbuatan. (….. Perlu penghuraian dan perlu membaca bab ini)

Asbabun nuzul dan mulabasat Surah Al-Ikhlas

Terdapat perbahasan di antara ulama sama ada surah ini adalah surah Makiyyah atau surah Madaniyah. Pendapat surah Makiyyah adalah dari riwayat Ubay bin Kaab (rah); yang mana meriwayatkan apabila Nabi di tanya oleh kaum musyrikin : “Jelaskanlah kepada kami sifat-sifat Tuhanmu”, maka turunlah surah ini.
Begitu juga tentang peristiwa penyeksaan terhadap sahabat Baginda, Bilal bin Rabbah(rah) yang menyebut nama `Ahad…..Ahad’ ketika disiksa.. Maka dapatlah difahami bahwa ia turun dalam fasa ke-2 dakwah Nabi, iaitu fasa dakwah secara terang-terangan (jahr). Lihatlah bagaimana fiqh Bilal terhadap tauhid uluhiyah, rasa bergementar jiwa ….

Dalam riwayat lain, kaum yahudi (Madinah) datang mengadap Rasululullah saw dan mereka berkata “ Hai Muhammad, ceritakanlah kepada kami sifat-sifat Tuhan yang mengutusmu”. Maka penurunan surah ini adalah disebabkan peristiwa tersebut (Ibnu Abi Hatim dari Ibnu Abbas). Menurut as-Sayuthi perkataan `al-musyrikin” dalam hadis dari Ubay bin Kaab ialah musyrikin dari kaum Ahzab sehingga dapat dipastikan bahawa surah ini adalah Madaniyah.

Apakah kaitan nama al-Ikhlas dengan kandungannya ?

Surah ini adalah surah tauhid, membersihkan Allah dari segala perkara-perkara yang disyirikkan. Pada zat dan sifat-Nya.
1. Bersih dari segi `kepelbagaian tuhan dan perantaraan’ (Allah itu أَحَدٌ yakni Maha Esa).
2. Bersih dari segi kebergantungan kepada selain Allah (Allah الصَّمَدُ yakni tempat bergantung, tumpuan dan diminta pertolongan)
3. Bersih dari segi kelemahan, yakni Allah tidak lemah seperti makhluk
(لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ )- Tiada pernah beranak dan tiada pula pernah diperanakkan)
4. Bersih dari perkara-perkara yang seumpama/setara dengan Allah
أَحَدٌ ڪُفُوًا لَّهُ يَكُن وَلَمۡ

Ayat 1:
قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ
“Katakanlah : (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.”

Fikrah Ayat:
قُلۡ- adalah ayat perintah . Memerintah untuk kita bercakap. Allah mahu kita mengatakan (declare) bahawa Allah ialah Maha Esa. Bukan setakat Islam dan duduk diam. Sesungguhnya iman dan amal tidak boleh dipisahnya.

Secara amalinya:
(a) Kita mengesakan Allah; hidup untuk dan kerana-Nya
(b) Kita mengajak orang kepada Allah (Dakwah)
(c) Kita berjihad menegakkan syariat Allah. Allah adalah perkara tertinggi dalam individu, keluarga, masyarakat dan Negara. Salah satu sifat Allah adalah al- Hakim. Maka seluruh dunia ini hendaklah mendaulatkan hukum Allah.

Surah Yusuf 12:40

إِنِ ٱلۡحُكۡمُ إِلَّا لِلَّهِ‌ۚ
"sesungguhnya kuasa penentuan hukum itu hanya dimiliki oleh Allah sahaja."

Dalam ayat ini Allah menerangkan tentang diri-Nya; iaitu yakni Allah menyatakan bahawa

(a) Dia-lah ٱللَّهُ (Allah)

(b) Dia-lah أَحَدٌ (Maha Esa). Maksud أَحَدٌ bukanlah bermaksud `satu’ tapi ia adalah `esa dan unik’. Tiada yang sebanding, setara dan seumpama dengan-Nya.

Tiada Qadar (ukuran) bagi Allah. Selain Allah adalah makhluk (perkara baru) dan tidak perlu disembah. Ayat ini menafikan agama-agama lain.

(c) Allah ialah `the Ilah’. Ilah bermaksud
i. Dia-lah satu-satunya yang berhak disembah dan diberi penghormatan.
ii. `which one’s heart is attached’. Yakni, sesuatu yang sentiasa diingat; memenuhi fikiran dan perasaan; dan sebati dengan hati. Segala tindakan/amalan adalah kerana-Nya. Dia-lah sebab utama untuk kita hidup.
iii. Kesempurnaan (The Perfect One). Kesempurnaan untuk segalanya. Ilmu, kekuatan dsb. Tiada yang setanding dengan-Nya.

(Sila rujuk perbahasan maksud `ilah’ dengan lebih mendalam dalam `Four Basic Qur’anic Term’ oleh Maulana Syed Abul-Ala Maududi)

Ayat 2:

ٱللَّهُ ٱلصَّمُ
“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.”

Fikrah ayat:
1. Dua istilah yang perlu difahami ialah ibadah dan istia’nah. Kadang kala, semasa beribadah, hati seseorang itu tidak disertai dengan meminta pertolongan dari Allah. Ini sama ada tidak perasan, leka ataupun tidak tahu.

2. Allah adalah satu-satunya tempat minta pertolongan. Tiada yang dapat menolong selain dari Allah.

3. Permintaan yang paling besar kepada Allah ialah agar kita diberikan hidayah dan tidak sesat seperti Yahudi dan Nasrani.

4. Diperbolehkan meminta tolong dari manusia tetapi hendaklah berkeyakinan:
(a) Allah yang mengabulkan permintaan
(b) Allah yang menggerakkan keinginan untuk makhluk menolong kita (bila berdoa … Ya Allah, gerakkan hati orang ini untuk menolong aku)
(c) Makhluk tiada kuasa memberi pertolongan


Kesalahfahaman perkara di atas akan merosakkan aqidah. Seringkali kita melihat perkara ini berlaku dalam kehidupan seharian…

Yang salah: “Ubat yang doctor bagi tu baguslah, penyakit saya dah sembuh.”
Sepatutnya: “Alhamdulillah(segala puji bagi Allah), dengan izin Allah penyakit saya sembuh dengan ubat ini.”

Kata-kata akan merosakkan aqidah jika meletakkan sesuatu yang lain berkuasa melebihi kuasa Allah. Aqidah kita mestilah `ikhlas – tulen / pure 100%’ untuk Allah. Ia mengikat kita dalam amalan yang dilakukan.


Ayat 3:
لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ
“Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan”

Fikrah ayat:
1. Allah menafikan sifat lemah, sifat kekurangan dan perlu kepada yang lain. Konsep anak, isteri dan keluarga, beranak dan diperanakkan adalah bukan sifat Allah. Allah bersifat kesempurnaan - He (swt) is the Perfect Being.

2. Untuk mendapat anak, makhluk memerlukan pasangan (isteri), kemudian mengandung dan menjadi lemah, seterusnya beranak dengan susah payah. Anak yang lahir juga lemah dari segi fizikal dan mental. Bayi itu kemudiannya membesar sedikit demi sedikit hinggalah dewasa. Kesemua ini menunjukkan sifat lemah/tidak sempurna. Mustahil Allah bersifat sedemikian.

3. Allah juga bebas dari sifat kekurangan. Di dalam banyak peradaban, termasuklah ketika tamadun Arab di zaman Rasulullah saw, anak di anggap sebagai sumber kekuatan. Anak lelaki boleh menjadi pahlawan, melindungi keluarga dan mengembangkan perniagaan. Anak perempuan pula boleh menolong di dapur dan menjaga adik. Dari sini dapatlah difahami bahawa salah satu sebab keluarga mempunyai anak adalah kerana mereka `mempunyai sifat kekurangan’ dan mengharap pertolongan dari anak-anak mereka.

Ayat 4:
وَلَمۡ يَكُن لَّهُ ۥ ڪُفُوًا أَحَدٌ
“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”

Fikrah ayat:
1. Allah menjelaskan lagi bahawa Allah adalah Maha Esa (He (swt) is one and only) dan tiada apa-apa yang setanding/sekufu(ڪُفُوًا) dengan-Nya. Perkataan لَمۡ menunjukkan bahawa `ia tidak pernah’ dan `tidak akan’.

2. Perlunya memahami`tauhid’. Ia perkara teras dalam Islam dan Iman. Ia hendaklah 100% pure; yang natijahnya semua amalan diterima oleh Allah. Iman akan terasa manis dan konsep ihsan akan timbul.

3.0 SIAPAKAH SAYYID QUTB ?

Al-Maqhfurulahu al-‘Arif billah as-Syahid Sayyid ibn Qutb Ibrahim telah dilahirkan pada tahun 1906 di Kampung Musyah, daerah Asyut, Egypt dalam satu keluarga yang kuat mematuhi ajaran agama dan mempunyai kedudukan yang terhormat di kampung itu.

Bapanya Haji Qutb Ibrahim seorang yang disegani umum dan banyak berbakti kepada orang-orang miskin. Setiap tahun beliau menghidupkan hari-hari kebesaran Islam dengan mengadakan majlis-majlis jamuan dan tilawah al-Quran di rumahnya terutama di bulan Ramadhan. Ibunya juga seorang yang bertaqwa dan menyintai al-Quran. Ketika majlis-majlis tilawah al-Quran diadakan di rumahnya, ia mendengar dengan penuh khusyu’, dengan seluruh perasaan dan jiwanya. Pemandangan ini begitu melekat dalam ingatan anaknya Sayyid Qutb yang masih kecil di waktu itu dan menjadi kenangan yang manis dalam usia selanjutnya sehingga beliau pernah berangan-angan mempunyai suara yang merdu dan lunak seperti para qari untuk memperdengarkan tilawah al-Qur’an kepada ibunya yang menyintai al-Qur’an, tetapi beliau tidak sedar bahawa takdir ilahi tidak melahirkannya untuk menjadi seorang qari yang bersuara emas, malah untuk menjadi seorang muffasir yang agung di zamannya.

Beliau telah menghafal al-Qur’an sejak dalam usianya yang belum mencecah sepuluh tahun dan dengan itu beliau telah merealisasikan cita-cita dan impian ayah dan ibu yang dikasihi dan beliau telah merakamkan hutang budi keduanya yang telah menanam benih-benih kecintaan kepada al-Qur’an di dalam kata persembahan dua buku karya sulungnya yang terkenal di
dalam pengajian al-Qur’an.

Di sepanjang zaman kanak-kanak dan remajanya beliau telah memperlihatkan petanda-petanda kecerdasan yang tinggi dan bakat-bakat yang cemerlang yang menarik perhatian para guru dan pendidiknya, di samping memperlihatkan kegemaran membaca yang lahap, keberanian mengemukakan pertanyaan-pertanyaan dan mengeluarkan pendapatpendapat yang bernas.

Beliau sentiasa mendampingi al-Quran sehingga beliau memasukiKuliah Darul ‘Ulum sebuah institusi pengajian tinggi Islam sastera Arab yang terkenal di seluruh dunia Islam, di mana kefahaman al-Qur’aniyah dan pemikiran Islamiyah beliau semakin subur dan terserlah. Setelah menamatkan pengajian tingginya, beliau menceburkan diri di bidang dan penulisan dan akhirnya dipindah ke bahagian Pentadbiran Kementerian Pelajaran di Qahirah.

Kini nama beliau begitu terkenal selaku seorang penulis yang prolifik yang bukan sahaja menulis dalam akhbar-akhbar dan majalah-majalah ilmiyah yang terkemuka, malah menerbitkan majalah-majalah yang lebih berwawasan dari majalah-majalah yang wujud masa itu hingga menggugatkan pihak-pihak yang tertentu. Penulisan-penulisan beliau diminati ramai terutama generasi muda. Mereka tertarik dengan penjelasanpenjelasan yang tajam, pendedahannya yang berani dan analisisnya yang mendalam. Setelah merasa cukup matang, maka pada tahun 1945 beliau memutuskan untuk memulakan penulisan buku-buku. Ketika itu beliau menghampiri empat puluh tahun. Dan sejak tahun itu hingga ke tahun 1950 beliau telah berjaya menghasilkan dua puluh enam buah buku yang bermutu dalam berbagai-bagai bidang penulisan sastera Islamiyah.

Pada tahun 1948 beliau dihantar ke Amerika untuk mempelajari sistem pengajian dan pembelajaran di negeri yang termaju itu dan selama hampir dua tahun berada di sana beliau telah membuat kajian yang lebih mendalam dalam bidang yang menyangkut pendidikan dan pelajaran di negeri itu, iaitu beliau telah melakukan pengamatan-pengamatan yang luas mengenai
kehidupan Amerika yang banyak mengecewakannya. Kini beliau telah melihat dan mengenal tamadun Amerika dari dekat. Kemudian dalam suratnya kepada pujangga Taufiq al-Hakim beliau menulis: “Amerika mempunyai segala sesuatu kecuali roh.”

Sekembalinya dari Amerika beliau memutuskan untuk menumpukan seluruh hayatnya kepada pengajian lslamiyah dan harakat Islamiyah dan meninggalkan gelanggang sastera yang menjadi gelanggang peminatannya di zaman silam. Sewaktu merakam titik peralihan ini beliau menulis: “Orang yang menulis kajian ini ialah seorang yang hidup membaca selama empat puluh tahun genap". Kegiatannya di peringkat pertama ialah membaca dan menelaah kebanyakan hasil-hasil pengajian dalam berbagaibagai bidang pengetahuan manusia termasuk kajian yang menjadi bidang ikhtisasnya dan kajian-kajian yang menjadi bidang kegemarannya. Dan pada akhirnya ia pulang ke pangkal jalan iaitu pulang kepada sumber ‘aqidah (al-Qur’an), pandangan dan kefahamannya.

Dan di sana ia dapati bahawa seluruh apa yang dibacanya itu amat kerdil jika dibandingkan dengan potensi-potensi ‘aqidah Islam yang agung itu dan akan terus dengan sifat agungnya. Walau bagaimanapun ia tidak menyesal atas kehabisan umurnya selama empat puluh tahun itu kerana dengan usianya yang selama itu ia berjaya mengenal hakikat jahiliyah, mengenal penyelewengnya, kekerdilannya, kekosongannya, kesongsangannya, kesesiaannya dan dakwaan-dakwaannya yang karut.

Sejak itu ia sedar dengan penuh keyakinan bahawa seorang Muslim tidak boleh menyatukan dua sumber ilmu pengetahuan yang berlainan itu untuk diterima olehnya. Tahun 1951 - 1964 merupakan masa peralihan beliau kepada penulisan-penulisan Islamiyah yang serius dan cemerlang di samping merupakan tahun-tahun yang amat produktif di mana lahirnya karya-karya
agung yang menjadi buku-buku warisan Islamiyah yang penting di zaman ini dan di zaman-zaman mendatang. Dan karya yang menjadi mercu tanda daya penghasilan intelektualnya ialah tafsir “Fi Zilalil-Qur’an” dan juzu’ pertama dari tafsir ini muncul pada tahun 1952 dan beliau telah menyelesaikan penulisan tafsir ini sebanyak tiga puluh juzu’ pada akhir tahun lima puluhan,
iaitu mengambil masa kira-kira hampir lapan tahun.

Tafsir Fi Zilalil-Qur’an adalah ditulis dengan bersandarkan kepada kajian-kajian beliau yang mendalam, yang ditimba secara langsung dari al-Qur’an dan as-Sunnah, di samping bersumberkan kepada kitab-kitab tafsir yang mu’tabar. Beliau memasuki ke dalam penulisan tafsir ini setelah melengkapkan dirinya dengan pengalaman-pengalaman dan kajian-kajian yang kaya di bidang penulisan, keguruan, pendidikan dan pengamatannya yang luas dan tajam dalam perkembangan-perkembangan sosial dan politik dunia semasa. Beliau telah menghabiskan lebih dari separuh usianya dalam pembacaan dan penela’ahan yang mendalam terhadap hasil-hasil intelektual manusia di dalam berbagai-bagai bidang pengajian dan teori-teori, berbagai bagai aliran pemikiran semasa dan berbagai-bagai kajian mengenai agama-agama yang lain.

Di samping itu tafsir Fi Zilalil-Qur’an adalah ditulis dengan tinta derita dan sengsara yang begitu pahit akibat penindasan dan permainan politik gila kuasa yang zalim di zaman itu. Beliau telah menjalani penyeksaan fizikal yang kejam dan tidak berperi kemanusiaan dan seluruh kesengsaraan ini telah membuat seluruh entiti beliau tertumpu kepada Allah dan kepada penghayatan al-Qur’an, di mana beliau hidup di bawah bayangan al-Qur’an dengan seluruh jiwa dan perasaannya dan hidup sebagai seorang penda’wah yang ‘arifbillah, sabar, gigih, redha, tenang, tenteram, berserah bulat kepada Allah, tidak mengenal kalah dan putus asa. Semuanya itu merupakan faktor-faktor penting yang melahirkan tafsir “Fi Zilalil-Qur’an” di dalam bentuknya yang unik yang mengatasi tafsir-tafsir yang lain.

Sebelum memasuki ke dalam pentafsiran isi kandungan al-Qur’an beliau telah membuat kajian yang mendalam selama beberapa tahun untuk mencungkil rahsia-rahsia struktur pengungkapan al-Qur’an dan uslub penyampaiannya yang indah dan mu’jizat. Hasil kajian Qur’aniyahnya yang ulung itu telah dibukukan dengan jodol “ “التصويرالفنى في القرأن (Penggambaran Yang Seni Di Dalam Al-Qur’an) diterbitkan pada tahun 1945 kemudian diiringi pula dengan buku ” مشاهدالقيامةفي القرأن ”(Pemandangan pemandangan Qiamat di Dalam Al-Quran) diterbitkan pada tahun 1947 sebagai huraian dan pelengkap kepada bukunya yang pertama. Hasil kajian yang gemilang ini telah disifatkan oleh para pengkaji sebagai anak kunci yang dikurniakan Allah kepada beliau untuk membongkar-kan rahsia-rahsia keindahan al-Qur’an yang unik itu. Dan buku-buku inilah yang banyak dirujukkan oleh beliau dalam tafsirnya, yang lahir kira-kira tujuh tahun selepas lahirnya bukunya yang pertama itu.

Tafsir Fi Zilalil-Qur’an berbeza dari tafsir-tafsir yang lain apabila beliau menggunakan satu methodologi pentafsiran yang membersihkan pentafsiran al-Quran dari pembicaraan-pembicaraan sampingan dan selingan yang tidak disarankan oleh nas-nas al-Quran. Justeru itu beliau menjauhkan tafsirnya dari perbahasan-perbahasan bahasa dan tata bahasa, perbahasan perbahasan ilmu al-kalam dan ilmu fiqah dan dari cerita-cerita dongeng israeliyat yang lumrah dalam kebanyakan tafsir termasuk tafsir-tafsir yang terkenal sebagai sumber-sumber rujukan.

Di samping itu beliau juga menjauhkan tafsirnya dari menundukkan nas-nas al-Qur’an kepada penemuan-penemuan dan pendapat-pendapat sains yang sering dilakukan oleh orang-orang yang terlalu ghairah untuk mendampingkan pentafsiran al-Qur’an dengan pentafsiran sains, sedangkan sumber kedua-dua tafsir itu adalah berlainan iaitu al-Qur’an bersumberkan wahyu dari Allah pencipta yang mengetahui segala sesuatu sementara sains bersumberkan intelektual manusia yang tidak syumul, tidak mantap dan sering berubah-ubah. Beliau telah menyifatkan perbahasan perbahasan sampingan itu sebagai campuraduk yang merosakkan jalan penyampaian al-Qur’an yang indah, lurus dan jelas dan seterusnya menyifatkan perbahasan perbahasan itu sebagai halangan-halangan “yang melindungkan al-Qur’an dari jiwa saya dan melindungkan jiwa saya dari al-Qur’an.”

Walaupun tafsir Fi Zilalil-Qur’an telah selesai ditulis dan walaupun masih meringkuk di dalam penjara, namun beliau masih belum puas menimba lautan kalamullah. Ufuk-ufuk pemikirannya yang meluas, gagasan gagasan yang segar dan baru, pandangan-pandangan dan perasaan-perasaan kesedarannya yang lebih halus merangsangkan hati dan jiwanya, justeru itu pada awal tahun 1960 beliau sekali lagi tampil dengan penuh dedikasi mengemaskinikan tafsir Fi Zilalil-Qur’an dengan
menokokkan huraian-huraian tambahan yang baru dan penghalusan-penghalusan yang perlu untuk menjadikan tafsir it sebuah tafsir haraki yang sempurna. Usaha ke arah itu menjadi lebih lancar apabila beliau dibebaskan dari penjara dengan campurtangan Presiden Republik Iraq Abdul Salam ‘Arif pada masa itu. Dalam kesempatan ini beliau telah berjaya membuat
pembaharuan tafsir itu hingga ke juzu’ yang ketiga belas di mana tamatnya Surah Ibrahim, tetapi beliau tidak sempat mengemaskinikan juzu yang baki, kerana beliau tiba-tiba ditangkap kembali atas tuduhan-tuduhan yang palsu dan zalim.

Setelah diundang ke alam para syuhada’ tafsir Fi Zilalil-Qur’an merupakan satu-satunya tafsir yang paling luas tersebar di seluruh dunia Islam di zaman ini, di samping menjadi bahan-bahan kajian dan rujukan utama para ulama’ dan para mufassirin. Ujar Dr. Hasan Farahat: “Tafsir Fi Zilalil-Quran” telah menjadi begitu terkenal dengan sebab Sayyid Qutb (Rahimahullah) telah menulis tafsir ini sebanyak dua kali; kali pertama ia menulis dengan tinta seorang alim dan kali kedua dia menulis dengan darah syuhada’. Ujar Yusof al-‘Azym” “Tafsir Fi Zilalil-Qur’an” adalah wajar dianggap sebagai suatu pembukaan Rabbani yang diilhamkan Allah kepada penulisnya. Beliau telah dianugerahkan matahati yang peka yang mampu menanggap pengertian-pengertian, gagasan-gagasan dan fikiran yang halus yang belum dicapai oleh mana-mana penulis tafsir yang lain.

Adalah jelas sekali bahawa keimanan beliau yang tulen, pembacaan beliau yang luas, pengalamannya yang mendalam dan bakat-bakat semulajadinya yang gemilang telah menjadikan tafsir Fi Zilalil Qur’an sebuah tafsir yang unik dan secara adil dapat diletakkan di kemuncak tafsir-tafsir yang lama dan yang baru, di mana terkumpul penjelasan-penjelasan yang syumul, himpunan ilmu pengetahuan, huraian yang citarasa dan da’wah yang lantang ke arah mengulangi semula hayat Islamiyah”, sementara Dr. Saleh Abdul Fatah al- Khalidi pengkaji karya-karya Sayyid Qutb dan penulis biografinya yang terkenal telah berkata: “Sayyid Qutb dalam tafsir “Fi Zilalil-Quran” adalah dianggap sebagai mujaddid di dalam dunia tafsir, kerana beliau telah menambahkan berbagai-bagai pengertian dan fikiran haraki, dan berbagai-bagai pandangan tarbiyah yang melebihi tafsir-tafsir yang lalu, juga dianggap sebagai pengasas pengajian baru dalam ilmu tafsir, di mana beliau telah memperkenalkan aliran tafsir haraki.”

Itulah liku-liku hidup yang penuh bersejarah yang dilalui oleh al-alim ar-Rabbani Sayyid Qutb dalam perjalanan menamatkan pengembaraannya yang jauh di bawah bayangan al-Qur’anul-Karim dan meninggalkan hasil pengembaraannya yang kekal abadi kepada umat Muslimin.

Kemudian di waktu fajar hari Isnin 13 Jamadil Awal 1386 bersamaan 29 Ogos 1966 beliau telah menemui syahadatnya di tiang gantung setelah didapati bersalah oleh “Mahkamah Tentera” yang telah ditubuhkan oleh kerajaan revolusi di zaman itu. Mahkamah ini mempunyai sejarah pengadilan yang hitam dan banyak mengorbankan orang-orang yang tidak berdosa. Hukuman gantung itu telah dilaksanakan secara mendadak ke atas al-Marhum tanpa menghiraukan bantahan dunia Islam dan secara tidak sopan telegram rayuan peribadi dari Raja Saudi Al-Marhum Faisal ibn Abdul Aziz di mana baginda merayu supaya dibebaskan dari hukuman gantung dan baginda bersedia memberi apa sahaja yang dituntut oleh Kerajaan Mesir.

AL-FATIHAH.

25 Mei 2011

4.0 JANGAN JADI SEPERTI ORANG AL-A'RAB

Di dalam Al-Quran, al-a’rab digambarkan sebagai golongan masyarakat (bedoins) yang kasar dan sulit untuk MEMAHAMI dan MEMATUHI aturan.
Namun begitu, sifat orang Al-A’rab bukanlah semata-mata merujuk kepada sifat masyarakat `bedoins’ sahaja , tetapi ia adalah satu `pattern’ bentuk perilaku atau tabiat atau sifat orang Islam hingga ke hari ini yang mempunyai sifat-sifat tersebut.
Ada 10 tempat di dalam Al-Quran menceritakan tentang sifat-sifat orang al-a’rab ini. Berikut ialah beberapa contoh ayat tersebut:

Surah Al-Hujuraat (49:14-18)
قَالَتِ ٱلۡأَعۡرَابُ ءَامَنَّا‌ۖ قُل لَّمۡ تُؤۡمِنُواْ وَلَـٰكِن قُولُوٓاْ أَسۡلَمۡنَا وَلَمَّا يَدۡخُلِ ٱلۡإِيمَـٰنُ فِى قُلُوبِكُمۡ‌ۖ وَإِن تُطِيعُواْ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ لَا يَلِتۡكُم مِّنۡ أَعۡمَـٰلِكُمۡ شَيۡـًٔا‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ (١٤)
“Orang-orang "A`raab" berkata: Kami telah beriman. Katakanlah (wahai Muhammad): Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: Kami telah Islam dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”

1. Orang Al-A’rab mengatakan mereka telah beriman. Tetapi Allah menempelak mereka bahawa mereka belum beriman lagi tetapi cuma telah Islam.

Ayat ini adalah bukti bahawa IMAN adalah lebih tinggi daripada ISLAM. Orang Islam tidak semestinya beriman. Rujuk Hadis Jibril (Hadis ke-2 Imam Nawawi) yang bertanya kepada nabi maksud ISLAM, kemudian IMAN dan seterusnya IHSAN. Daripada soalan berbentuk umum kepada spesifik dan seterusnya kepada yang lebih spesifik. Ada perbezaan ketara antara ketiga-tiga perkara ini.

Orang Al-A’rab belum lagi mencapai tahap IMAN. Mereka baru Islam kerana IMAN belum masuk ke dalam hati mereka.

Islam orang Al-A’rab adalah Islam ikutan. Ketua suku masuk Islam, anak buah pun masuk Islam. Iman orang Al-A’rab adalah iman yang masuk dan keluar. Tidak terkecuali masyarakat zaman kini.

Iman juga bukanlah boleh diwarisi. Sudahkah kita ini telah beriman ? Jawapannya ya jika memenuhi syarat orang beriman seperti ayat ke 49:15.

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ ثُمَّ لَمۡ يَرۡتَابُواْ وَجَـٰهَدُواْ بِأَمۡوَٲلِهِمۡ وَأَنفُسِهِمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلصَّـٰدِقُونَ (١٥)
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman HANYALAH (1) orang-orang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian (2) mereka tidak ragu-ragu dan (3) mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orag yang benar”.

Bagi Allah, orang-orang yang beriman itu hanyalah apabila ia:

i. Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya
Tidak syirik(menduakan atau mensyarikatkan Allah)dan melaksanakan hak-hak Nya. Mengikut seruan atau risalah yang dibawa oleh Rasul-Nya dan menyambung perjuangan mereka.

ii. Tidak ragu-ragu
Mengamalkan ‘Saya taat dan saya patuh’ pada setiap yang disyari’atkan dan setiap tetapan atau qadar Allah dengan tanpa banyak soal. Ini kerana setiap tetapan dan qadar Allah itu adalah baik ke atas dirinya.

iii. Berjihad dengan harta dan jiwa pada jalan AllahSanggup menginfakkan (mendermakan atau memberi) harta dan jiwa nya seratus peratus kerana Allah, tiada bercampur satu peratus pun kerana yang lain. Bukan untuk pujian atau inginkan balasan lebih daripada yang diinfakkan.

2. Orang-orang Al-A’rab mendakwa bahawa nabi beruntung dan mendapat nikmat kerana mereka telah masuk Islam. Allah menempelak sifat angkuh mereka dalam ayat ke 49:17.
يَمُنُّونَ عَلَيۡكَ أَنۡ أَسۡلَمُواْ‌ۖ قُل لَّا تَمُنُّواْ عَلَىَّ إِسۡلَـٰمَكُم‌ۖ بَلِ ٱللَّهُ يَمُنُّ عَلَيۡكُمۡ أَنۡ هَدَٮٰكُمۡ لِلۡإِيمَـٰنِ إِن كُنتُمۡ صَـٰدِقِينَ (١٧)
“Mereka merasa telah memberi nikmat kepadamu dengan keIslaman mereka. Katakanlah “Janganlah kamu merasa telah memberi ni’mat kepadaku dengan keIslamanmu, sebenarnya Allah Dialah yang melimpahkan ni’mat kepadamu dengan menunjuki kamu kepada keimanan jika kamu adalah orang-orang yang benar”.

Kekadang ada terdengar ungkapan berikut;

“Berbanggalah! Orang-orang yang awak dakwah tempoh hari semuanya dah jadi baik-baik belaka…”
“Taniah! Awak berjaya menarik kumpulan kami menyertai kumpulan awak yang unik ini.”

Sepatutnya kita bersyukur dan jangan bongkak kerana Allahlah yang memberi nikmat Iman dan Islam kepada kita. Jangan kita lupa bahawa asbab kita dapat Islam dan iman bukan semata-mata usaha kita tetapi Allahlah yang memberi taufik dan hidayah-Nya.

Bagaimanakah untuk menunjukkan kita telah bersyukur kepada Allah ?

Surah al-Fath (48: 11-17)
سَيَقُولُ لَكَ ٱلۡمُخَلَّفُونَ مِنَ ٱلۡأَعۡرَابِ شَغَلَتۡنَآ أَمۡوَٲلُنَا وَأَهۡلُونَا فَٱسۡتَغۡفِرۡ لَنَا‌ۚ يَقُولُونَ بِأَلۡسِنَتِهِم مَّا لَيۡسَ فِى قُلُوبِهِمۡ‌ۚ قُلۡ فَمَن يَمۡلِكُ لَكُم مِّنَ ٱللَّهِ شَيۡـًٔا إِنۡ أَرَادَ بِكُمۡ ضَرًّا أَوۡ أَرَادَ بِكُمۡ نَفۡعَۢا‌ۚ بَلۡ كَانَ ٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرَۢا (١١) بَلۡ ظَنَنتُمۡ أَن لَّن يَنقَلِبَ ٱلرَّسُولُ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِلَىٰٓ أَهۡلِيهِمۡ أَبَدً۬ا وَزُيِّنَ ذَٲلِكَ فِى قُلُوبِكُمۡ وَظَنَنتُمۡ ظَنَّ ٱلسَّوۡءِ وَڪُنتُمۡ قَوۡمَۢا بُورً۬ا (١٢) وَمَن لَّمۡ يُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ فَإِنَّآ أَعۡتَدۡنَا لِلۡكَـٰفِرِينَ سَعِيرً۬ا (١٣) وَلِلَّهِ مُلۡكُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۚ يَغۡفِرُ لِمَن يَشَآءُ وَيُعَذِّبُ مَن يَشَآءُ‌ۚ وَڪَانَ ٱللَّهُ غَفُورً۬ا رَّحِيمً۬ا (١٤) سَيَقُولُ ٱلۡمُخَلَّفُونَ إِذَا ٱنطَلَقۡتُمۡ إِلَىٰ مَغَانِمَ لِتَأۡخُذُوهَا ذَرُونَا نَتَّبِعۡكُمۡ‌ۖ يُرِيدُونَ أَن يُبَدِّلُواْ كَلَـٰمَ ٱللَّهِ‌ۚ قُل لَّن تَتَّبِعُونَا ڪَذَٲلِكُمۡ قَالَ ٱللَّهُ مِن قَبۡلُ‌ۖ فَسَيَقُولُونَ بَلۡ تَحۡسُدُونَنَا‌ۚ بَلۡ كَانُواْ لَا يَفۡقَهُونَ إِلَّا قَلِيلاً۬ (١٥) قُل لِّلۡمُخَلَّفِينَ مِنَ ٱلۡأَعۡرَابِ سَتُدۡعَوۡنَ إِلَىٰ قَوۡمٍ أُوْلِى بَأۡسٍ۬ شَدِيدٍ۬ تُقَـٰتِلُونَہُمۡ أَوۡ يُسۡلِمُونَ‌ۖ فَإِن تُطِيعُواْ يُؤۡتِكُمُ ٱللَّهُ أَجۡرًا حَسَنً۬ا‌ۖ وَإِن تَتَوَلَّوۡاْ كَمَا تَوَلَّيۡتُم مِّن قَبۡلُ يُعَذِّبۡكُمۡ عَذَابًا أَلِيمً۬ا (١٦) لَّيۡسَ عَلَى ٱلۡأَعۡمَىٰ حَرَجٌ۬ وَلَا عَلَى ٱلۡأَعۡرَجِ حَرَجٌ۬ وَلَا عَلَى ٱلۡمَرِيضِ حَرَجٌ۬‌ۗ وَمَن يُطِعِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ يُدۡخِلۡهُ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡہَـٰرُ‌ۖ وَمَن يَتَوَلَّ يُعَذِّبۡهُ عَذَابًا أَلِيمً۬ا (١٧)

“Orang-orang "A`raab" (kaum Arab Badwi) yang ketinggalan tidak turut (bersama-sama denganmu ke Hudaibiyah), akan berkata kepadamu (wahai Muhammad): Kami telah dihalangi oleh urusan menjaga keselamatan harta benda dan anak isteri kami; oleh itu, pohonkanlah ampun kepada Allah untuk kami. Mereka berkata dengan lidahnya apa yang tidak ada dalam hatinya. Katakanlah (wahai Muhammad: Jika demikian sebab ketinggalan kamu) maka adakah sesiapa yang berkuasa mempertahankan kamu daripada terkena atau menerima sesuatu ketetapan dari Allah jika Dia tetapkan kamu ditimpa bahaya atau beroleh manfaat? (Tidak ada sesiapapun dan apa yang kamu katakan itu bukanlah menjadi sebab) bahkan Allah adalah Maha Mendalam pengetahuanNya tentang sebab ketinggalan yang kamu lakukan itu (dan Dia akan membalasnya). (11) (Itu bukanlah sebabnya) bahkan sebabnya kamu telah menyangka bahawa Rasulullah dan orang-orang yang beriman (yang pergi berperang akan binasa semuanya dan) tidak akan kembali lagi kepada anak isteri dan keluarga masing-masing selama-lamanya dan sangkaan yang demikian itu diperelokkan (oleh Syaitan) di dalam hati kamu (serta menerimanya) dan lagi kamu telah menyangka berbagai-bagai sangkaan yang buruk (terhadap agama Allah yang dibawa oleh RasulNya) dan (dengan itu) menjadilah kamu kaum yang rosak binasa. (12) Dan (ingatlah bahawa) sesiapa yang tidak beriman kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya Kami sediakan bagi orang-orang kafir itu api Neraka yang menjulang-julang. (13) Dan (ingatlah juga bahawa) kuasa pemerintahan langit dan bumi adalah hak kepunyaan Allah, Dia berkuasa mengampunkan sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia juga berkuasa menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (14) Orang-orang (munafik) yang tidak turut berjuang (bersama-sama kamu) akan berkata semasa kamu pergi (mengepong musuh serta) mendapat harta rampasan perang: Biarkanlah kami turut serta dengan kamu! Mereka (dengan itu) hendak mengubah janji Allah (yang menentukan hanya orang-orang yang turut hadir di Hudaibiyah sahaja yang berhak mendapat harta rampasan perang itu). Katakanlah (wahai Muhammad): Kamu tidak dibenarkan sama sekali turut serta dengan kami; demikianlah Allah menegaskan (larangan itu) semenjak dahulu lagi. Mereka akan berkata pula: (Bukan Tuhan yang melarang) bahkan kamu dengki kepada kami, (apa yang mereka katakan itu tidaklah benar), bahkan mereka tidak faham kecuali sedikit sahaja; (mereka hanya faham tentang kehidupan dan kesenangan dunia semata-mata). (15) Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tidak turut berjuang (bersama-samamu) dari kalangan kaum-kaum Arab Badwi: Kamu akan diajak menentang satu kaum (penceroboh) yang sangat kuat gagah supaya kamu memeranginya atau mereka menurut perintah Islam (secara damai). Jika kamu taat (menjalankan perintah Allah ini), Allah akan mengurniakan kamu dengan balasan yang baik (di dunia dan akhirat) dan kalau kamu berpaling ingkar seperti keingkaran dahulu, nescaya Allah akan menyeksa kamu dengan azab yang tidak terperi sakitnya. (16) Tidaklah menjadi salah kepada orang buta dan tidaklah menjadi salah kepada orang tempang dan tidaklah menjadi salah kepada orang sakit (tidak turut berperang, kerana masing-masing ada uzurnya) dan (ingatlah), sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai dan sesiapa yang berpaling ingkar, akan diseksanya dengan azab yang tidak terperi sakitnya.” (17)

1. Orang Al-A’rab suka memberikan dalih untuk tidak berjihad atau berperang maupun berdakwah. Berdalih mengatakan mereka SIBUK dengan urusan harta, keluarga dan mencari rezeki.
Keutamaan diberikan kepada urusan dunia mereka. Sedangkan urusan agamalah patut diberi prioriti(usaha Ad-din).

2. Orang Al-A’rab adalah orang yang berpura-pura beriman dan menunjuk-nunjuk bahawa mereka beriman. Dengan alasan-alasan yang dibuat-buat (fabricated excuse). Orang Al-A’rab tidak malu meminta Nabi untuk memohon kepada Allah mengampunkan kesalahan mereka kerana tidak pergi berperang. Bukannya mereka beriman tetapi hanya untuk `show-off’ and `pretend’. Allah berfirman:

“Orang-orang Al-A’rab yang tertinggal (tidak turut ke Hudaibiyah) akan mengatakan “Harta dan keluarga kami telah merintangi kami, maka mohonkanlah ampunan untuk kami”. Mereka mengucapkan dengan lidahnya apa yang tidak ada dalam hatinya. Katakanlah “Maka siapakah yang dapat menghalang-halangi kehendak Allah jika Dia menghendaki kemudharatan bagimu atau jika Dia menghendaki manfa’at bagimu. Sebenarnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan (48:11)

Dalam ayat di-atas, Allah mengatakan orang Al-A’rab adalah orang yang hipokrit. Orang yang manis di mulut tetapi hatinya lain. Allah mengetahui segala rahsia di dalam hati walaupun `pretend’ menjadi orang beriman.

Sering juga terdengar perbualan seperti ini;

A: “Esok datanglah tadabbur al-Quran kat rumah saya.”
B: “InsyaAllah.” (sebenarnya dalam hati menyatakan ; “alamak, malasnya…”)

B mempunyai sikap seperti sikap orang al-A’rab. Allah mengetahui segala isi hatinya. Sedangkan majlis tadabbur sangat banyak manfaatnya. Selain meningkatkan kefahaman dalam Ad-din, ia juga mendapat keredhaan Allah swt.

3. Orang-orang Al-A’rab juga bersifat `materialistik’, nampak kebendaan fizikal , tak rasa bersalah, tidak memahami dan ada `secondary motive’ untuk pergi berperang; iaitu mendapatkan harta rampasan.
Muhasabah untuk kita juga untuk segala amal kebaikan dilakukan kerana Allah semata-mata. Firman Allah:


.”Orang-orang Al-A’rab yang tertinggal itu berkata apabila kamu berangkat untuk mengambil barang rampasan (berangkat berperang) “ Benarkanlah kami mengikuti kamu” Mereka hendak merubah kata-kata / janji Allah. Katakanlah “ kamu sekali-kali tidak boleh ikut, demikian Allah telah menetapkan sebelumnya”; mereka mengatakan “ Sebenarnya kamu dengki kepada kami”. Bahkan mereka tidak mengerti melainkan sedikit. (48:15)

Bagaimana dengan keadaan berikut;

A: “Esok datanglah tadabbur al-Quran kat rumah saya.”
B: “InsyaAllah, ramai ke yang hadir?”
A: “ Mungkin ramai juga.”
B: “ OK, insyaAllah saya cuba datang.”( sebenarnya dalam hati berkata: “boleh bawa catalog cosway sekali, malu juga kalau tak datang,”)

B ada ‘secondary motive’ untuk ke tadabbur. Ingin menambah rezeki(sedangkan rezeki Allah yang tentukan) dan malu kalau tidak dikatakan a’lim. Sepatutnya B bertadabbur kerana fardu A’in ke atas dirinya menuntut ilmu Tauhid, Fekah dan Tasawuf. Pembelajaran ini dapat mendekatkan dirinya pada Allah swt dan wajib baginya menyebarkan ilmu tersebut kerana menunaikan hak Allah. Manusia dijadikan semata-mata untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang khalifah di atas muka Bumi ini.

24 Mei 2011

2.4 SALAH FAHAM

Apabila berlaku salah faham terhadap istilah-istilah asas seperti Ilah, Robb, Din dan Toghut yang terdapat di dalam al-Qur’an, maka kesan atau natijahnya akan berlaku;
1. Isi al-Quran belum dimengerti sebagaimana sepatutnya.
2. Tiada merasai Al-Quran untuk kita dan pedoman kita.
3. Gagal memahami tauhid dan syirik
4. Gagal melaksanakan ibadah semata-mata untuk Allah.
5. Amalan tidak mengikut apa yang Al-Quran minta (tidak mengikut syaria’at Allah).

Terbukti sekarang berlaku guru agama tidak pakai tudung di luar bilik darjah, tiada sekatan penjualan arak oleh pemerintah, pagi hari beriman tetapi di malam hari kufur atau siangnya kufur tetapi di malam hari beriman. Keadaan bercampur aduk diantara yang hak dan yang batil.

Para sahabat Nabi memahami Ad-din secara menyeluruh dan mendalam. Bagi mereka Islam, Iman dan Ihsan itu adalah satu. Pengamalan mereka merangkumi semua sekali gus dan sebati dalam diri mereka. Sebab itulah mereka seolah-olah mendapat pengajaran baru apabila dinyatakan Hadith Jibril (Hadith ke 2 dalam Hadith 40 Imam Nawawi)

Berbeza dengan kita, pembelajaran di sekolah maupun di pusat pengajian tinggi telah memisah-misahkan kefahaman ini. Sebagai contoh;

Kat sekolah, dalam pelajaran matematik……ada soalan berbunyi,
Cerakinkan nombor 2580.(expanded form)

2580 = 2000 + 500 + 80
(Nombor yang telah dicerakinkan)


Sama juga dengan;
Ad-Din = Islam + Iman + Ihsan

Kita telah belajar benda yang telah dicerakinkan. Jadi……sekarang kita kena belajar macam mana nak satu kan balik Islam, Iman dan Ihsan menjadi satu di dalam diri kita dan dalam pengamalan kita. Adun(mix) ia sehingga sebati, barulah amalan kita berkualiti disisi Allah swt.

Jelasnya sekarang, walaupun sistem pendidikan kita sekarang mempunyai mata pelajaran agama yang mengajar tentang solat, ia lebih kepada kaedah atau cara menunaikan solat (fekah). Tidak menyelami hakikat solat. Konsep Ad-din tidak wujud. Sebagai hamba yang lemah, suruhan solat patut segera ditunaikan kerana seruan bertemu dengan Penciptanya telah tiba. Kepada-Nya kita memohon apa jua permintaan dan mengadu permasalahan. Kepada-Nya kita tunduk dan patuh. Merasai Allah melihat dan memantau. Allah menjawab setiap ayat al-Fatihah yang dilafazkan. Wujud rasa takut dan bimbang solatnya tidak diterima serta berharap mendapat keredhaan-Nya.

Malangnya bila ditanya kenapa perlu bersolat? Ada yang menjawab; “Aku orang Islam, memang kena solat. Datuk nenek kita dulu pun bersolat. Mak ayah kita pun marah kalau anak-anaknya tak bersolat. Kat sekolah pun ada ajar cara nak solat. Itu pun nak tanya?” Dari jawapan ini, tertanya…….dimanakah konsep Ad-din itu.

Inilah hasil pemisahan ilmu yang ada sekarang. Pembelajaran Tauhid(aqidah/usulluddin), Fekah(syari'at) dan Tasawuf(akhlak) tidak disatukan. Begitu juga diperingkat Pusat Pengajian Tinggi. Tidak ada lagi individu seperti Saidina Abu Bakr al-Siddiq r.a, Saidina Umar r.a, Sayyidah Khadijah r.anha, Bilal bin Rabbah, Zaid bin Harithah dan yang lain hasil dari sekolah Rasulullah saw.

Jadi…………..bagaimana kita nak memperbetulkan semua ini mengikut landasan yang betul, yakni mengikut kehendak Allah swt?
Jawapannya ialah ……….kita kena kembali kepada al-Qur’an dan Sunnah Nabi saw sebagaimana yang diterima oleh para sahabat. Kita kena berinteraksi dengan al-Quran sehingga menjadi ‘sibghatullah’.

صِبۡغَةَ ٱللَّهِ‌ۖ وَمَنۡ أَحۡسَنُ مِنَ ٱللَّهِ صِبۡغَةً۬‌ۖ وَنَحۡنُ لَهُ ۥ عَـٰبِدُونَ (١٣٨)
“Sibghah (celupan budaya) Allah; dan siapakah yang lebih baik pencorakkan budaya daripada Allah dan hanya kepada-Nyalah kami menyembah.” – (al-Baqarah:138)

2.3 AD-DIN

Rata-rata kalau kita bertanyakan apakah itu Ad-din? Kita akan mendapat jawapan: Ad-din itu ialah satu cara hidup. Ya, memang benar Ad-din itu ialah satu cara hidup. Tetapi ia hanyalah subset kepada Ad-din yang sebenarnya.

Di dalam buku `Four Basic Qur’anic Terms’, karangan oleh Maulana Syed Abul-Ala Maududi ada menjelaskan pemahaman sebenar Ad-Din di dalam al-Qur’an.

Secara keseluruhannya Ad-din boleh difahami dengan gambarajah Venn di bawah:


Ad-din = { Penguasa, Sistem, Pembalasan, Hamba }

Ad-din merangkumi: Penguasa yang mempunyai kekuasaan mutlak; Sistem atau cara hidup yang wajib dipatuhi dan sentiasa di pantau; Pembalasan bagi setiap amalan baik atau buruk dan ; Hamba yang sentiasa wajib tunduk dan patuh.

Penguasa
Allah mempunyai kuasa mutlak ke atas semua benda dan keadaan. Dia sebagai Pemerintah dan Pentadbir Alam Buana dan kehidupan di dalamnya termasuk urusan setiap individu manusia. Sifat Asma ul Husna yang menerangkan siapakah Allah yang sebenar. Dia Maha Pencipta, Maha Pemurah, Maha Penyayang, Maha Bijaksana, Maha Halus/Teliti dan Maha-Maha yang lain. Tiada yang boleh menandingi-Nya kerana Allah itu Esa.

Sistem
Sebagai Penguasa, layak bagi Allah menentukan sistem-Nya sendiri untuk diikuti. Semua sistem telah termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Hadith. Di dalamnya tercatat undang-undang yang sepatutnya dibentuk dan bagaimana untuk melaksanakan cara hidup yang aman dan mulia di antara satu sama lain.

Pembalasan
Allah swt telah menetapkan pembalasan bagi setiap amalan dan cara hidup yang kita pilih. Terpulanglah kepada-Nya apakah bentuk pembalasan itu. Rezeki yang banyak, kesusahan, dosa dan pahala juga termasuk dalam pembalasan. Himpunan dosa yang banyak, pembalasannya ialah neraka. Himpunan yang pahala yang banyak, pembalasannya ialah syurga. Pembalasan yang paling diidam-idamkan ialah dapat bertemu dengan Junjungan Besar Rasulullah saw dan melihat wajah Pencipta-Nya.

Hamba
Selayak taraf sebagai seorang hamba, setiap makhluk ciptaan Allah wajib tunduk dan patuh pada setiap yang ditentukan-Nya. Tidak boleh tidak manusia mesti patuh kepada sistem yang telah digubal oleh Nya. Syari’at Allah adalah untuk kebaikan semua yang di bawah pengawasan-Nya. Mana-mana yang ingkar maupun yang patuh pasti mendapat pembalasan yang ditetapkan mengikut kehendak-Nya. Segala sesuatu yang dilakukan bergantung kepada keizinan-Nya.

Di bawah adalah contoh-contoh penggunaan Ad-din di dalam al-Qur’an:

A). Din pada ayat-ayat di bawah berkisar kepada kekuasaan dan kepemimpinan Allah swt. Sebagai makhluk kita mesti membuat penyerahan dan perhambaan kepada Allah swt. Keikhlasan pada Din Allah itu ialah mengindahkan dan mematuhi seluruh ketentuan dan hukum-hukum Allah.

Surah Al-Mu'min 40:64-65 :
ٱللَّهُ ٱلَّذِى جَعَلَ لَڪُمُ ٱلۡأَرۡضَ قَرَارً۬ا وَٱلسَّمَآءَ بِنَآءً۬ وَصَوَّرَڪُمۡ فَأَحۡسَنَ صُوَرَڪُمۡ وَرَزَقَكُم مِّنَ ٱلطَّيِّبَـٰتِۚ ذَٲلِكُمُ ٱللَّهُ رَبُّڪُمۡۖ فَتَبَارَكَ ٱللَّهُ رَبُّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٦٤) هُوَ ٱلۡحَىُّ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ فَٱدۡعُوهُ مُخۡلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَۗ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٦٥)
“Allah-lah yang menjadikan bumi bagi kamu tempat menetap dan langit sebagai atap, dan membentuk kamu, lalu membaguskan rupamu serta memberi kamu rezeki dengan sebahagian yang baik-baik. Yang demikian itu adalah Allah Tuhan-mu. Maha Agung Allah, Tuhan semesta alam. Dialah Yang hidup kekal, tiada Tuhan melainkan Dia, dengan memurnikan (tunduk sepenuhnya) ibadat kepada-Nya. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.”

Az-zumar 39:11-l2.
قُلۡ إِنِّىٓ أُمِرۡتُ أَنۡ أَعۡبُدَ ٱللَّهَ مُخۡلِصً۬ا لَّهُ ٱلدِّينَ (١١) وَأُمِرۡتُ لِأَنۡ أَكُونَ أَوَّلَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ (١٢)
“Katakanlah: Sungguh, aku diperintahkan menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama. Dan aku diperintahkan menjadi orang yang pertama-tama berserah diri”.

An-Nahl 16:52.
وَلَهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَلَهُ ٱلدِّينُ وَاصِبًا‌ۚ أَفَغَيۡرَ ٱللَّهِ تَتَّقُونَ (٥٢)
“Dan kepunyaan-Nya-lah segala apa yang ada di langit dan di bumi, dan untuk-Nya-lah ketaatan itu selama-lamanya. Maka mengapa kamu bertaqwa kepada selain Allah?”

B). Din dalam ayat-ayat berikut merujuk kepada undang-undang, cara hidup, peraturan. Pemeluk Din Allah wajib mengambil apa-apa yang datang dari Allah sepenuhnya;

Yunus 10:104-105
قُلۡ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِن كُنتُمۡ فِى شَكٍّ۬ مِّن دِينِى فَلَآ أَعۡبُدُ ٱلَّذِينَ تَعۡبُدُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ وَلَـٰكِنۡ أَعۡبُدُ ٱللَّهَ ٱلَّذِى يَتَوَفَّٮٰكُمۡ‌ۖ وَأُمِرۡتُ أَنۡ أَكُونَ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ (١٠٤) وَأَنۡ أَقِمۡ وَجۡهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفً۬ا وَلَا تَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ (١٠٥)
“Katakanlah Wahai manusia, jika kamu meragukan agamaku, maka (ketahuilah) aku tidak menyembah apa yang kamu sembah selain Allah. Aku hanya menyembah Allah yang mematikan kamu dan aku telah diperintah supaya termasuk orang-orang yang beriman (beragama). Dan (aku telah diperintah) menghayati Din (agama) sepenuhnya dan jangan menjadi musyrik”.

Ar-Ruum 30:30
فَأَقِمۡ وَجۡهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفً۬ا‌ۚ فِطۡرَتَ ٱللَّهِ ٱلَّتِى فَطَرَ ٱلنَّاسَ عَلَيۡہَا‌ۚ لَا تَبۡدِيلَ لِخَلۡقِ ٱللَّهِ‌ۚ ذَٲلِكَ ٱلدِّينُ ٱلۡقَيِّمُ وَلَـٰكِنَّ أَڪۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعۡلَمُونَ (٣٠)
“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada din (agama); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”.

At-Taubah 9:36
إِنَّ عِدَّةَ ٱلشُّہُورِ عِندَ ٱللَّهِ ٱثۡنَا عَشَرَ شَہۡرً۬ا فِى ڪِتَـٰبِ ٱللَّهِ يَوۡمَ خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ مِنۡہَآ أَرۡبَعَةٌ حُرُمٌ۬‌ۚ ذَٲلِكَ ٱلدِّينُ ٱلۡقَيِّمُ‌ۚ فَلَا تَظۡلِمُواْ فِيہِنَّ أَنفُسَڪُمۡ‌ۚ وَقَـٰتِلُواْ ٱلۡمُشۡرِڪِينَ كَآفَّةً۬ ڪَمَا يُقَـٰتِلُونَكُمۡ ڪَآفَّةً۬‌ۚ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلۡمُتَّقِينَ (٣٦)
“Bilangan bulan telah ditetapkan Allah sebanyak dua belas sejak Ia menciptakan langit dan bumi. Empat di antaranya suci. Itulah din (agama) yang benar....”.

Asy syuura 42: 21
أَمۡ لَهُمۡ شُرَڪَـٰٓؤُاْ شَرَعُواْ لَهُم مِّنَ ٱلدِّينِ مَا لَمۡ يَأۡذَنۢ بِهِ ٱللَّهُ‌ۚ وَلَوۡلَا ڪَلِمَةُ ٱلۡفَصۡلِ لَقُضِىَ بَيۡنَہُمۡ‌ۗ وَإِنَّ ٱلظَّـٰلِمِينَ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٌ۬ (٢١)
“Apakah pemimpin-pemimpin mereka berwenang untuk membuat suatu din (agama) bagi mereka tanpa izin Allah?....”

Al-Kaafirun 109:6
لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِىَ دِينِ (٦)
“Untukmulah agamamu, dan untukkulah agamaku”.

C). Din pada ayat-ayat berikut berkisar kepada Pertanggungjawaban, Pengadilan dan Pembalasan .

Adz Dzaariyat 51:5-6
إِنَّمَا تُوعَدُونَ لَصَادِقٌ۬ (٥) وَإِنَّ ٱلدِّينَ لَوَٲقِعٌ۬ (٦)
“Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepadamu itu, pasti benar. Dan bahwa Din (hari pembalasan) itu pasti terjadi”.

Al Maa'uun 107: 1-3
أَرَءَيۡتَ ٱلَّذِى يُكَذِّبُ بِٱلدِّينِ (١) فَذَٲلِكَ ٱلَّذِى يَدُعُّ ٱلۡيَتِيمَ (٢) وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ ٱلۡمِسۡكِينِ (٣)
“Tahukah kamu (orang) yang mendustakan Din (hari pembalasan) itu? Itulah orang yang mengherdik anak yatim. dan tiada menganjurkan memberi makan orang miskin”.

Al Infithaar 82:17-19
وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا يَوۡمُ ٱلدِّينِ (١٧) ثُمَّ مَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا يَوۡمُ ٱلدِّينِ (١٨) يَوۡمَ لَا تَمۡلِكُ نَفۡسٌ۬ لِّنَفۡسٍ۬ شَيۡـًٔ۬ا‌ۖ وَٱلۡأَمۡرُ يَوۡمَٮِٕذٍ۬ لِّلَّهِ (١٩)
“Tahukah kamu akan hari Din (hari pembalasan) itu? Sekali lagi tahukah kamu akan hari Din itu? (Iaitu) hari seseorang tidak berdaya untuk menolong orang lain. Dan segala urusan pada hari itu dalam kekuasaan Allah”.

Maksud Din secara keseluruhannya (penguasa, sistem, hari pembalasan, dan tunduk) dijelaskan dalam surah At-Taubah 9:29
قَـٰتِلُواْ ٱلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَلَا بِٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ وَلَا يُحَرِّمُونَ مَا حَرَّمَ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُ ۥ وَلَا يَدِينُونَ دِينَ ٱلۡحَقِّ مِنَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡڪِتَـٰبَ حَتَّىٰ يُعۡطُواْ ٱلۡجِزۡيَةَ عَن يَدٍ۬ وَهُمۡ صَـٰغِرُونَ (٢٩
“Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula) kepada Hari Kemudian dan mereka tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya, dan tidak beragama dengan Din yang sebenarnya, (iaitu orang-orang) yang diberikan Al Kitab kepada mereka, sampai mereka membayar jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk”.

Dinul-haq atau dinullah adalah suatu istilah yang telah dijelaskan Allah pada ayat itu sendiri dengan tiga patah kata:
 Iman kepada Allah sebagai yang mutlak kekuasaanNya, dimana
kita menyerah bulat bulat kepada kekuasaanNya yang mutlak
itu .
 kepada Hari Kemudian dan hari pembalasan .
 Mengamalkan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya . Tunduk dan
patuh
.

Al Mu'min 40:26
وَقَالَ فِرۡعَوۡنُ ذَرُونِىٓ أَقۡتُلۡ مُوسَىٰ وَلۡيَدۡعُ رَبَّهُ ۥۤ‌ۖ إِنِّىٓ أَخَافُ أَن يُبَدِّلَ دِينَڪُمۡ أَوۡ أَن يُظۡهِرَ فِى ٱلۡأَرۡضِ ٱلۡفَسَادَ (٢٦)
“Dan berkata Fir’aun (kepada pembesar-pembesarnya): Biarkanlah aku membunuh Musa dan hendaklah dia memohon kepada Tuhannya, kerana sesungguhnya aku khuatir dia akan menggantikan Din (agama) kamu atau menimbulkan kerusuhan di muka bumi ini”.

Fikrah ayat : Din tidak hanya bererti agama (religion), melainkan juga struktur dan politik negara, undang-undang dan peraturan. Fir’aun bimbang jika Musa berhasil dalam perjuangannya, maka akan jatuhlah kekuasaannya dan lenyapnya undang-undang, peraturan dan falsafah hidup serta adat-istiadat nenek-moyang bangsa itu, atau terjadi perang saudara.

Maksud Ad-din juga dijelaskan dalam hadis ke-2; hadis 40 imam an-nawawi “
عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَيْضاً قَالَ : بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوْسٌ عِنْدَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيْدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِيْدُ سَوَادِ الشَّعْرِ، لاَ يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ السَّفَرِ، وَلاَ يَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ، حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَأَسْنَدَ رُكْبَتَيْهِ إِلَى رُكْبَتَيْهِ وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَيْهِ وَقَالَ: يَا مُحَمَّد أَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِسْلاَمِ، فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : اْلإِسِلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ وَتُقِيْمَ الصَّلاَةَ وَتُؤْتِيَ الزَّكاَةَ وَتَصُوْمَ رَمَضَانَ وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيْلاً قَالَ : صَدَقْتَ، فَعَجِبْنَا لَهُ يَسْأَلُهُ وَيُصَدِّقُهُ، قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِيْمَانِ قَالَ : أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ وَمَلاَئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ. قَالَ صَدَقْتَ، قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِحْسَانِ، قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ . قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ السَّاعَةِ، قَالَ: مَا الْمَسْؤُوْلُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ. قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنْ أَمَارَاتِهَا، قَالَ أَنْ تَلِدَ اْلأَمَةُ رَبَّتَهَا وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُوْنَ فِي الْبُنْيَانِ، ثُمَّ انْطَلَقَ فَلَبِثْتُ مَلِيًّا، ثُمَّ قَالَ : يَا عُمَرَ أَتَدْرِي مَنِ السَّائِلِ ؟ قُلْتُ : اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَعْلَمَ . قَالَ فَإِنَّهُ جِبْرِيْلُ أَتـَاكُمْ يُعَلِّمُكُمْ دِيْنَكُمْ . [رواه مسلم]


Erti hadith / ترجمة الحديث :
Dari Umar radhiallahuanhu juga dia berkata : Ketika kami duduk-duduk di sisi Rasulullah saw suatu hari tiba-tiba datanglah seorang laki-laki yang mengenakan baju yang sangat putih dan berambut sangat hitam, tidak nampak padanya bekas-bekas perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun diantara kami yang mengenalnya. Hingga kemudian dia duduk dihadapan Nabi lalu menempelkan kedua lututnya kepada kepada lututnya (Rasulullah saw) seraya berkata: “Ya Muhammad, beritahukan aku tentang Islam?”, maka bersabda Rasulullah saw: “ Islam adalah engkau bersaksi bahwa tidak ada ilah (tuhan yang disembah) selain Allah, dan bahwa Nabi Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi haji jika mampu“. Kemudian dia berkata: “anda benar“. Kami semua hairan, dia yang bertanya dia pula yang membenarkan. Kemudian dia bertanya lagi: “Beritahukan aku tentang Iman“. Lalu beliau bersabda: “Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari akhir dan engkau beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk“, kemudian dia berkata: “anda benar“. Kemudian dia berkata lagi: “Beritahukan aku tentang ihsan “. Lalu beliau bersabda: “Ihsan adalah engkau mengabdikan diri kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau”. Kemudian dia berkata: “Beritahukan aku tentang hari kiamat (bila kejadiannya)”. Beliau bersabda: “Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya “. Dia berkata: “Beritahukan aku tentang tanda-tandanya“. Beliau bersabda: “Bila seorang hamba melahirkan tuannya dan bila engkau melihat seorang yang berkaki ayam kaki dan tidak berbaju, miskin dan penggembala kambing, (kemudian) berlumba-lumba meninggikan bangunannya“.
Kemudian orang itu berlalu dan aku berdiam beberapa lama. Kemudian beliau (Rasulullah saw) bertanya: “Wahai Omar, tahukah engkau siapa yang bertanya?”. Aku menjawab: “Allah dan Rasul-Nya saja yang lebih mengetahui“. Beliau bersabda: “Itu adalah Jibril yang datang kepada kalian (bermaksud) mengajarkan deen kamu semua“.
- (Riwayat Muslim)

Hadith ini hadir saat akhir sebelum kematian Rasulullah saw. Seolah-olah Jibril datang membuat kesimpulan apa itu Ad-Din.

Ad-Din merangkumi Islam, Iman dan Ihsan. Ia tidak lari daripada konsep Penguasa, Sistem, Pembalasan dan Hamba tadi. Di dalam Islam dan Iman wujud Penguasa, Sistem dan Pembalasan. Jelas sekali konsep Ihsan akan melahirkan hamba yang benar-benar tunduk dan patuh kerana ia merasakan ia setiap saat dipantau oleh Penguasanya.

Persoalannya, kenapa hadith ini muncul saat-saat akhir kewafatan Nabi? Para Sahabat Nabi tidak tahu ke, apa dia Islam, Iman dan Ihsan itu?

23 Mei 2011

2.2 FIQH AD-DIN

Perubahan akan berlaku kepada seseorang itu jika mereka Fiqh Ad-din atau berlaku anjakan paradikma ke atas dirinya setelah mereka memahami apa itu Ad-din.

Ramai dikalangan kita menyempitkan kefahaman berkenaan dengan Fiqh. Bila menyebut perkataan Fiqh, tergambar di kotak fikiran bahawa orang itu mahir dalam bidang fekah yang berkait dengan hukum hakam dalam agama. Seperti bab puasa, zakat, solat dan sebagainya.

Marilah kita fahami fiqh dari neraca Al-Quran. Dalam surah Al-A'raaf, ayat 179 (7:179)

وَلَقَدۡ ذَرَأۡنَا لِجَهَنَّمَ ڪَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِ‌ۖ لَهُمۡ قُلُوبٌ۬ لَّا يَفۡقَهُونَ بِہَا وَلَهُمۡ أَعۡيُنٌ۬ لَّا يُبۡصِرُونَ بِہَا وَلَهُمۡ ءَاذَانٌ۬ لَّا يَسۡمَعُونَ بِہَآ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ كَٱلۡأَنۡعَـٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡغَـٰفِلُونَ (١٧٩)

“ Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka jahannam kebanyakannya dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) .. (Qalbu La yafaqqohu) …dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat( tanda-tanda kekuasaan Allah) … (A’yun la yubsiru) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah)… (Aazan la yasma’u) . Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.”

Fiqh mengikut pemahaman Al-Quran ialah isyarat bagi hati (Qalbu) yang mana ilmu yang diperolehi berjaya di fahami, menusuk dan menyentuh hati, seterusnya memberi kesan kepada perasaan dan menjana kepada amalan. Al-Quran diturunkan untuk hati (Qalb) dan untuk dilaksanakan.

Ayat al-A'raaf ini juga membawa persoalan kepada kita; Adakah kita ni tergolong dalam orang-orang yang lalai?......

Ciri-ciri orang yang masuk ke dalam neraka jahanam ialah mereka yang menggunakan pancaindera untuk maksiat dan bukannya untuk memahami, mendengar ayat-ayat Allah dan melihat tanda-tanda kekuasaan Allah.

Orang-orang yang lalai dari memerhati dan memikirkan tanda-tanda kekuasaan Allah, kebesaran Allah, pentadbiran Allah di alam semesta ini, …..mereka adalah sama dengan haiwan ternakan, malah lebih sesat lagi. Ini kerana haiwan mempunyai panduan tersendiri yang Allah sediakan, tetapi manusia dan jin diberi kuasa memilih dengan dibekalkan mata, telinga dan matahati untuk berfikir dan memahami. Jika kita lalai, Neraka Jahannamlah kesudahan kita.

Jelas disini, bagaimana kita nak fiqh dengan ilmu kita …..? kita mestilah menggunakan hati(Qolbu). Al-Quran itu diturunkan untuk hati (membaiki hati). Dalil-dalil Al-Quran diturunkan untuk hati adalah:

Surah Yunus (10:57)

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ قَدۡ جَآءَتۡكُم مَّوۡعِظَةٌ۬ مِّن رَّبِّڪُمۡ وَشِفَآءٌ۬ لِّمَا فِى ٱلصُّدُورِ وَهُدً۬ى وَرَحۡمَةٌ۬ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ (٥٧)
Maksudnya “ Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman”

Allah mengunakan kalimah ٱلصُّدُور iaitu dada. Dan yang berada dalam dada ialah hati.

Kemudian dalam Surah Al-Hajj (22:46)
أَفَلَمۡ يَسِيرُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ فَتَكُونَ لَهُمۡ قُلُوبٌ۬ يَعۡقِلُونَ بِہَآ أَوۡ ءَاذَانٌ۬ يَسۡمَعُونَ بِہَا‌ۖ فَإِنَّہَا لَا تَعۡمَى ٱلۡأَبۡصَـٰرُ وَلَـٰكِن تَعۡمَى ٱلۡقُلُوبُ ٱلَّتِى فِى ٱلصُّدُورِ (٤٦)

“ Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada”.

Begitu juga dalam Hadith Qalb (sebahagian dari hadis ke-6 dalam Hadis 40 Imam An-Nawawi).
أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلاَ وَهِيَ الْقَلْب - رواه البخاري ومسلم “……….….. Ketahuilah bahwa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik, maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahwa itu adalah hati “. (Riwayat Bukhori dan Muslim)


Baiknya amal perbuatan anggota badan merupakan petanda baiknya hati.

Kita kena Fiqh dengan ilmu kita, tetapi ilmu yang macamana?

Surah At-Taubah ayat 122 (9:122)

وَمَا كَانَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ لِيَنفِرُواْ ڪَآفَّةً۬‌ۚ فَلَوۡلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرۡقَةٍ۬ مِّنۡہُمۡ طَآٮِٕفَةٌ۬ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِى ٱلدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوۡمَهُمۡ إِذَا رَجَعُوٓاْ إِلَيۡہِمۡ لَعَلَّهُمۡ يَحۡذَرُونَ (١٢٢)
“ Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mukmin itu pergi semuanya (ke medan peperangan). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama … (Liyatafaqqohu fi Ad-din) dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga hatinya”.

Imam Ibnu Razi menyatakan sahabat nabi terbahagi kepada 2 golongan:
(1) Sahabat yang berangkat ke medan peperangan (jihad)
(2) Sahabat yang bermukim bersama nabi yakni mereka menjadi pengganti kepada sahabat yang pergi berperang dalam hal tafaqqahu fid-din.
Ini bermaksud setiap mukmin kena ada kedua-duanya (jihad & tafaqqahu fid-din) .

Nufrah fi sabililah (Berangkat pergi ke medan perang) tidak semestinya khusus untuk perang tetapi segala bentuk amalan yang seumpama dengannya seperti dakwah, ceramah, planning,.. menyediakan tempat, infaq harta, masa dan tenaga; malah termasuk kepada menyediakan makanan.
• Orang bermukim bertanggungjawab memperdalamkan fiqh ad-din, membangunkan tamadun Islam dsb.
• Masalahnya orang bermukim kadangkala lupa urusan jihad dan jadi lemah dan penakut (cth: peristiwa penaklukan kota bahgdad oleh bangsa Moghul).

Fiqh yang ditekankan dalam ayat di atas ialah fiqh di dalam Ad-din.

Diriwayatkan dari Mu’awiyah rah, dia berkata “ Aku pernah mendengar Rasululullah saw bersabda, “ Barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya, maka Dia memberikan kefahaman agama untuknya ……… “ - HR Bukhori