MUTIARA KATA

"Dunia pergi sambil berpaling, dan akhirat datang sambil mengadap. Setiap satu dari keduanya mempunyai anak. Jadilah engkau anak akhirat, dan jangan menjadi salah satu anak dunia. Sebab, hari ini adalah hari untuk beramal; tidak ada hisab (perhitungan amal di akhirat). Sedangkan hari esok adalah hisab; tidak ada hari untuk beramal."


"Ilmu umpama hujan, yang tidak memberikan manfaat kecuali bagi tanah yang subur dan suci. Begitulah juga ilmu tidak memberi manfaat kecuali bagi jiwa yang suci, hati yang sedar dan naluri yang peka."

FIKRAH ISLAM





19 Disember 2013

5.15 KHOWATHIR SURAH MARYAM

(19:1-98)


Pendahuluan

Surah ini diturunkan selepas surah Fathir. Ia tergolong dalam surah Makiyyah kerana hampir keseluruhan ayat diturunkan sebelum Rasulullah saw berhijrah ke Madinah. Malah sebelum sahabat-sahabat Baginda saw berhijrah ke negeri Habsyi. Menurut riwayat Ibnu Mas’ud, Ja’far bin Abi Talib membacakan permulaan surah ini kepada Raja Najasyi dan pengikut-pengikutnya.

Susunan di dalam mushaf adalah selepas surah al-Kahfi.

Nama Surah

Sudah ketetapan Allah swt dan sudah pasti ada perkaitan dengan isi kandungan surah. Maryam adalah satu-satunya nama wanita yang dipilih oleh Allah swt sebagai tajuk surah. Kenapa?

Ia ada perkaitan dengan anak dan pewarisan ad-Din. Maryam sebagai simbol seorang ibu contoh,wanita mukminah (mithali), tahan diuji dan tsabat dengan ad-Din. Mendidik anak mengikut tuntutan Ilahi selain mendapat rahmat Allah swt.

Tema Surah (Suasana Surah)

Ar-Rahmah iaitu rahmat kasihan belas, keredhaan dan hubungan mesra.

Isi Kandungan

Dipaparkan dalam bentuk kisah-kisah dan dibahagikan kepada 3 bahagian. Di dalam penceritaan itu terselit paparan hari Kebangkitan dan akibat perbuatan manusia di dunia yang fana ini.

Bahagian 1 (Ayat 1-40)

Kisah Nabi Zakariya, Yahya, Maryam dan Nabi ‘Isa a.s. Dalam suasana kasihan belas, kasih sayang, keredhaan dan hubungan mesra dengan Allah swt. Bait-bait ayat bernada lembut (berakhir dengan sebutan ‘ya’). Allah swt memenuhi fitrah mereka untuk memiliki anak supaya dapat mewarisi ad-Din disamping dapat memelihara harta sebagai amanah.

Diakhir babak pertama ini, diberi kata pemutus mengenai persoalan Nabi ‘Isa a.s yang telah menimbulkan banyak perdebatan dan perselisihan faham di antara kaum Yahudi dan kaum Nasrani; Nabi ‘Isa a.s adalah seorang Nabi, bukan tuhan atau anak tuhan.

Bahagian 2 (Ayat 41-65)

Kisah Nabi Ibrahim a.s dengan bapa dan kaumnya. Berlemah lembut walaupun dikasari. Mengasingkan diri daripada syirik kepada Allah swt. Dengan rahmat dan kasih sayang Allah ‘Azzawajalla, semua keperitan dan kehilangan diganti dengan zuriat (Nabi Ishaq a.s dan Nabi Ismail a.s) yang akhirnya melahirkan satu umat.

Kemudian menyentuh sedikit kisah para ambiya’ iaitu Nabi Ishaq a.s, Nabi Ya’kub a.s, Nabi Musa a.s, Nabi Harun a.s, Nabi Ismail a.s, Nabi Idris a.s, Nabi Adam a.s dan Nabi Nuh a.s. Dengan rahmat dan kasih sayang Allah swt, mereka mendapat hidayat dan menjalani kehidupan yang diredhai berbanding kaum yang menentang mereka. Allah swt menceritakan akhir kesudahan hidup mereka masing-masing. Barang siapa menjalani kehidupan sebagaimana yang digariskan di dalam al-Qur’an dan sunnah, maka ia terselamat dan beruntung mendapat syurga Allah swt. Sebaliknya, barang siapa yang menentang dan tidak mengikut panduan al-Qur’an dan sunnah akan dihukum dan masuk ke dalam neraka Allah swt.

Sebagai penutup tirai babak kedua ini, Allah swt mengumumkan hakikat ketuhanan Yang Maha Esa yang disembah tanpa sebarang sekutu. 

Bahagian 3 (66-98)

Dimulakan dengan perdebatan berkenaan dengan persoalan kebangkitan. Sedikit gambaran hari Qiamat serta berlaku bantahan alam buana terhadap perbuatan manusia yang menyekutukan Allah swt. Umat yang menentang akan dibinasakan sehingga boleh meninggalkan kesan sebagai pengajaran. Oleh itu selepas ayat ke 75, irama lembut bertukar kepada irama yang agak keras (ayat berakhir dengan ‘da’ atau ‘zza’).

Pengajaran Kehidupan

1.    Allah mendidik kita dengan satu tasawur yang jelas tentang tujuan sebenar mendapatkan anak. Bukan hanya sekadar zuriat; atau rasa seronok atau untuk ketenangan atau menjadi suatu kebanggaan mendapat anak, tetapi ada tujuan yang lebih besar dari itu; iaitu zuriat itu dididik bagi menunaikan perintah Allah dan menyebarkan ad-Din Allah.

Setiap Muslim haruslah berusaha untuk mewarisi zuriat mereka dengan ad-Din sebagai mana firman Allah swt;

 “Mereka itulah sebahagian dari Nabi-nabi yang telah dikurniakan Allah nikmat yang melimpah-limpah kepada mereka dari keturunan Nabi Adam dan dari keturunan orang-orang yang Kami bawa (dalam bahtera) bersama-sama Nabi Nuh dan dari keturunan Nabi Ibrahim dan (dari keturunan) Israil dan mereka itu adalah dari orang-orang yang Kami beri hidayat petunjuk dan Kami pilih. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis.” – QS 19:58

Tidak menjadikan anak-anak seperti mana firman Allah swt;

Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam Neraka).” – QS 19:59 

            Perkahwinan yang dibina seharusnya menghasilkan keluarga Rabbani.

2.    Allah juga mendidik kita menaruh harapan hanya kepada Allah swt. Sentiasa memohon dan berdo'a kepada Allah. Tiada yang mustahil bagi Allah swt. Kelahiran Nabi Yahya a.s ketika usia Nabi Zakaria a.s yang tua dan isterinya mandul adalah bukti kekuasaan Allah swt. Allah swt memperkenankan do'a Nabi Zakariya a.s. Begitu juga dengan kelahiran Nabi 'Isa a.s. Terserlah sifat berserah diri dan tawakal yang tinggi Saiyidatina Maryam.

Jangan ada rasa kecewa pada diri kita ini. Serahkan urusan kita kepada Allah swt.  Abu Hurairah r.a berkata, Nabi saw bersabda:
“ Akan masuk syurga orang-orang yang hatinya mereka seperti hati burung (yakni benar-benar berserah dan percaya kepada jaminan Allah swt pada dirinya)’ – HR Muslim.

3.    Sesuatu perkara itu berlaku mengikut sunnah Allah swt. Namun begitu tidak mustahil perkara ganjil atau ajaib boleh terjadi jika itu adalah kehendak Allah swt. Nabi ‘Isa a.s dilahirkan tanpa bapa, Nabi Zakariya a.s yang telah tua dan isterinya yang mandul dimakbul do'a memperolehi anak. Mengikut ilmu biologinya adalah mustahil boleh berlaku.

4.    Seorang anak mestilah berbuat baik kepada kedua orang tuanya walaupun dia dikasari. Keta’atan kepada dalam semua perkara selagi ia tidak bercanggah dengan syari’at. Keimanan diri perlu diselamatkan dengan apa jua cara walaupun terpaksa berpisah dengan yang disayang. Nabi Ibrahim a.s menjadi contoh yang jelas.

5.    Allah swt Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia meredhai dan memberi rahmat-Nya kepada siapa yang dikehendaki. Segala kesulitan dan kehilangan yang dimiliki akan diganti dengan kesenangan dan sesuatu yang lebih berharga selagi apa yang diperjuangkan adalah semata-mata keredhaan-Nya. Oleh itu perlu diingat setiap nikmat dan kebaikan didalam diri seseorang adalah suatu rahmah Allah swt kepadanya.

6.    Setiap generasi akan ada pemimpin yang menunjuk jalan kebenaran kepada mereka. Mana-mana yang menentang kebenaran, akan menerima akibat buruk sebagaimana yang berlaku kepada umat-umat terdahulu yang ingkar kepada seruan nabi-nabi mereka. Oleh itu masuklah kepada kelompok mereka yang menta’ati perintah Allah swt.

7.    Sesiapa yang menyatakan Nabi ‘Isa a.s sebagai tuhan atau anak tuhan, adalah salah dan disangkal oleh firman Allah swt;

Dia menjawab: Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Dia telah memberikan kepadaku Kitab (Injil) dan Dia telah menjadikan daku seorang Nabi. – QS 19:30

8.    Orang-orang Yahudi dan Nasrani yang bercanggah antara satu sama lain akan menerima balasan neraka di akhirat kelak sebagaimana firman Allah swt;

Kemudian, golongan-golongan (dari kaumnya) itu berselisihan sesama sendiri. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang kafir (yang berselisihan) itu, dari apa yang disaksikan pada hari yang besar huru-haranya.” – QS 19:37

9.    Allah swt memberi penghormatan kepada wanita kerana mereka adalah aset penting dalam mentarbiyah anak-anak menjadi insan yang Rabbani. Ibu-ibu patut mencontohi Saidatina Maryam yang tsabat dengan kebenaran dan khusyuk dalam beribadah.

10.  Allah juga mengajar kita tatacara yang sebenar bagi wanita mukminah. Bersendiri beribadah dan ada hijab yang mengelakkan dirinya dari pandangan lelaki. Ikutilah teladan Saiyidatina Maryam yang berdo'a kepada Allah swt agar dirinya tidak dikenali dan dilupakan orang. Jadikanlah kita wanita yang `low profile’ dan hanya menonjol pada perkara yang dibenarkan oleh syara’.

Pengajaran yang lebih luas dan mendalam dapat diperolehi daripada tafsiran surah ini secara menyeluruh.

Wallahu’alam

5 ulasan:

  1. salam dr, nak tanye, ape hikmah disebalik dr post syarahan surah maryam selepas selesai surah ali imran?
    bukan syarahan surah an-nisa?
    adakah ada hadaf yg lebih besar yg ingin disampaikan kepada pembaca atau kerana maryam anak kepada ali imran? jzkk

    BalasPadam
    Balasan
    1. PAK Ibrahing DI MALAYSIA-SALAM KOMPAK SELALU….dan selamat buat yg JUPE hari ini.
      KALAU ANDA INGIN TAU INFO TOGEL,MALAYSIA 3D 4D 5D 6D 7D 9D-DAN KAMI CUMA BEKERJAAN USAHA KECI-KECI LAH, DAN TUKAN MASAK DI RESTORAN ,SELAMA KAMI KENAL YANG NAMANYA AKI DARMO NASIB KAMI TIDAK SEPERTI YANG DULUH… KAMI SANGAT BERTERIMA KASIH KEPADA AKI DARMO BERKAT ANGKA YANG DI BAGI SAMA BELIAU.DAN ALHAMDULILLAH TEMBUS.DAN KAMI MINTA ANGKA,4D…5D…DAN 6D…
      ANGKA NAIK YAITU,DI.169169
      SPORTS,TOTO 4D,5D, 6D ,
      SIAPA TAU AWA SEMUA MAU SILAH KAN GABUNG SAMA KAMI,DI BOCORAN RAMALAN TOGEL,AKI DARMO…
      DAN KAMI BERSUKUR HASIL PASANG TOGEL MALAYSIA TGL,2-09-2015
      ….
      SEMUA UTANG UTANG DLM KELUARGA KAMI KINI DPT TERLUNASI SEMUA,KAMI PUN BISAH MEMBUKA USAHA KEMBALI,WALAUPUN ITU DGN CARA PASANG TOGEL, ITU MERUPAKAN RESKI BAGI KAMI SE- KELUARGA ,JADI YG SERING KALAH DLM PERMAINAN TOGEL HUBUNGI AKI/SMS KE NMR INI,082-310-142-255—KESUSAHAN ANDA DALAM MAIN
      TOGEL DI,JAMIN [3] KALI PUTARAN…

      ATAU, KUNGJUNGGI, BLOG, AKI DARMO… >>> KLIK DISINI ANGKA TEMBUS 2D,3D,4D,5D,6D,7D,9D-<<<<

      DAN SUKUR ALHANDULILLA MENANG LAGI, …
      Terima kasih yang amat dalam kami ucapkan kepada AKI DARMO yang telah memberikan kebahagian bagi keluarga kami…berkat Beliau kami sekarang udah hidup tenang..sudah tidak di kejar-kejar hutang …Kami di berikan Angka Ritual Ghoib Dari AKI DARMO yang sangat sangat Jitu 100%…hingga kami sekarang merasa tenang lagi…terima kasih KI …Jika Anda ada yang merasa kesulitan masalah Nomer Toto apakaH 2D.3D.4D.5D.6D. 7D .9D-.itu semua terserah anda, silahkan HBG ATAU SMS Aja Pada AKI DARMO…di nmr hpnya [082-310-142-255] pasti anda akan merasakan apa yg selama ini kami rasakan…Salam Bahagia dan Sukses..!!
      DENGAN ANGKA GOIB ,ATAU ANGKA RITUAL// ANGKA MAHLUK HALUS….
      angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/
      angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/
      angka GHOIB; malaysia
      angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/
      angka GHOIB; laos
      angka ritual gaib kuda lari
      TOTO, 2D, 3D, 4D, 5D, 6D…
      SUPREME TOTO 6/58,/MEGA TOTO,6/52,POWER TOTO 6/55…
      MAKNUM 4D,/STS,/88,/DA MA CAI 1+3D,/ DAN LAIN-LAIN parah pencinta togel.
      DAN LAIN-LAIN,ITU SEMUA TERGANTUNG PERMINTAAN KAMI…ATAU SEPESIAL DEROH 4D ANGKA RITUAL ADA PADA AKI DARMO…..
      Di jamin anda pasti menang seperti kami >>>>>>



      Padam
  2. Wa'alaikumussalam wbt Faiq20.
    Minta maaf kerana baru melihat ulasan ini.
    Tiada hadaf yang lebih besar yang hendak disampaikan kepada pembaca. Ia adalah kelemahan penulis dalam pembahagian masa dan mengikut kesempatan yang ada.
    Namun setiap surah ada perkaitan antara satu sama lain. Terdapat juga perkaitan antara ayat dengan ayat yang lain. Itulah kelebihan al-Qur'an. Ia memberi mengikut kehendak pembaca itu sendiri. Al-Qur'an adalah institusi yang dermawan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam... Ummu Alya: Saya mendapat manfaat yang banyak dari blog puan terutama dalam tafsir fi zilal...untuk program2 yang saya kendalikan, blog ini adalah rujukan saya. Saya nak tau...tafsir fi zilal tu...takde sambungan ke? Maksud saya, surah al Baqarah.

      Padam
  3. Satu lagi ... kalau saya nak merujuk tentang sesuatu dalam tafsir fi zilal...siapa yang puan boleh cadangkan kepada saya. Sekian...semoga usaha puan diberkati Allah.

    Zdyn/ TRG.

    BalasPadam