Cuba perhatikan ayat pertama Surah Al-Ikhlas قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ yang maksudnya, Katakanlah (wahai Muhammad), Dialah Allah, Yang Maha Esa “
Banyak al-Quran terjemahan menulis “Katalah( wahai Muhammad)”, cara pentejemahan dari bahasa Arab ke bahasa Melayu bergantung kepada penterjemah. Hakikatnya……..walaupun dikala itu untuk Nabi Muhammad saw, ia adalah untuk kita. Sepatutnya, dikala kita baca surah ini kita sepatutnya berfahaman; “Katakanlah(wahai norazati)” atau “katakanlah(wahai Hayuti)”) atau “Katakanlah(wahai Haliza)” atau “Katakalah (wahai si pembaca)”, Katakanlah bahawa Dialah Allah, Yang Maha Esa.
Al-Quran diturunkan untuk Nabi Muhammad dan juga untuk KITA.
Terdapat perbezaan perasaan(feel) ketika membaca orang punya berbanding kita punya…
Contohnya membaca surat cinta;
Membaca surat cinta kepunyaan orang lain tidak memberi kesan mendalam dalam hati kita berbanding membaca surat cinta yang memang kepada kita sendiri. Bila je baca “ Yang dikasihi dan yang dicintai adinda disana, semoga sihat sejahtera. Senyumlah selalu , semoga hati kekanda gembira. Bila kita dapat berjumpa? Rasa rindu tidak terkira. Kalau adinda menyayangi kekanda, tunggulah buat setahun dua ini. Pasti rombongan datang ke rumah.”
Berbunga-bunga hati si adinda, apapun rintangan akan tetap menunggu kekanda walaupun melebihi setahun dua…..
Perasaan seperti ini tidak akan wujud dalam hati kita jika surat itu kawan kita punya. Tidak perlu menunggu, tidak terasa bangga, hatipun tidak berbunga.
Begitulah juga Al-Quran, Jika kita merasai ia diturunkan hanya kepada Nabi, payahlah kita nak merasai apa-apa. Melainkan kita beranggapan ia diturunkan untuk kita. Allah swt berkata-kata dengan kita. Menasihati kita. Menunjuk
jalan terbaik yang patut kita ikuti. Jika kita terasa kita dengan Allah ada hubungan tertentu (Kekasih….Tuan….Raja…Menyayangi kita….Memelihara kita….Penyelamat…Pemberi rezeki yang selama ini kita hidup senang….tak terkira,melebihi segala-galanya…) maka, kita dengan senang hati menuruti segala kata-kataNya. Jika kita tidak terasa kita ada hubungan Allah, maka…..kita akan acuh-tak acuh (tidak mengambil berat) setiap kata-kataNya.
Hadis surah Fatihah
Bila kita membaca Al-Quran, sebenarnya Allah sedang berinteraksi dengan kita. Allah menjawab bacaan kita. Dalam Surah Al-Fatihah, dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim..
”….. apabila hamba itu berkata , ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) Allah menjawab `hamba-Ku memuji akan daku’; apabila hamba itu berkata ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) Allah menjawab `hamba-Ku memberi sanjungan kepadaKu’; apabila hamba itu berkata مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) , Allah menjawab hamba-Ku telah mengagungkan aku dan firmanNya lagi, hambaKu telah menyerahkan kepada-Ku, apabila hamba itu berkata إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) , Allah menjawab ‘Ini di antara hamba-Ku dengan-Ku, untuk hamba-Ku apa sahaja yang dipohonkannya kepada-Ku, apabila hamba itu berkata ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧) , Allah menjawab ‘ini untuk hamba-Ku, untuk hamba-Ku, apa sahaja yang dipohonkannya kepada-Ku’ (Hadith Sahih Muslim)
Itulah rahsia surah Al-Fatihah di dalam solat yang merupakan dialog di antara Allah dengan hamba-Nya; sesuai dengan pengertian solat yang bermakna doa (permohonan).
Begitu juga dalam bacaan ayat-ayat sajadah (ada 14 temapat di dalam Al-Quran kita di minta berinteraksi dengan Allah dengan sujud kepada-Nya. Jadi perlu ada penghayatan dan kefahaman dalam bacaan Al-Quran, agar ia masuk ke dalam hati dan terkesan dalam hati; apatah lagi bila dalam solat, kita sebenarnya berkata-kata, bermunajat, memohon dan merayu kepada Allah.
Dalam ayat lain juga, seperti dalam surah Al A’Laa (Yang Paling Tinggi)
bila dibacakan سَبِّحِ ٱسۡمَ رَبِّكَ ٱلۡأَعۡلَى (١ kita dikehendaki menjawab “subhanaribiyal a’Laa” (seperti bacaan dalam sujud)… Kalau kita tak baca, maknanya kita tak faham ayat tersebut. Seperti kita tidak berinteraksi dengan al-Quran.
Bagaimana nak tahu bahawa ayat-ayat dalam Al-Quran itu untuk kita?
Kita kena faham “Dhamir”(ganti nama). Dalam bahasa Arab ada katanama pertama (ana, nahnu); katanama ke-dua (Ka, kuma, kum atau Ki, kuma, kunna); Katanama ke-tiga (hua, huma, hum atau hia, huma dan hunna)
Jadinya bila disebut `Ka’ atau kamu dalam Al-Quran sebenarnya dituju untuk siapa sebenarnya. Jawapannya ada tiga;
(1) `Ka’ pertama ialah khusus untuk Allah seperti إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥)
(2) `Ka’ yang ke-dua ialah khusus untuk nabi Muhammad saw, tak banyak sangat dalam Al-Quran;
(3) `Ka’ yang ke-3 ditujukan kepada kita semua. Majoriti dalam Al-Quran adalah `ka’ untuk kita.
contohnya.
Toha:2
مَآ أَنزَلۡنَا عَلَيۡكَ ٱلۡقُرۡءَانَ لِتَشۡقَىٰٓ (٢)
“Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu supaya engkau menanggung kesusahan (2); “
An-Nasr:3
فَسَبِّحۡ بِحَمۡدِ رَبِّكَ وَٱسۡتَغۡفِرۡهُۚ إِنَّهُ ۥ ڪَانَ تَوَّابَۢا (٣)
“ Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat “
Kena mengetahui dan menyedari bahawa al-Quran itu adalah untuk diri kita. Kata-kata didalam al-Quran itu dilontarkan kepada kita melalui Rasulullah saw. Demi penyampaian ini…….Rasulullah saw menghadapi pelbagai cabaran dan penghinaan. Namun tidak diendahkan, semata-mata untuk umatnya. Oleh itu, bacalah al-Quran untuk mengetahui isi kandungannya. Memahami, menghayati dan mengamalkannya…..kemudian sampaikanlah kepada yang lain. Kita perlu merasai ingin menyambung perjuangan Rasulullah saw.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan