23 Mei 2011

2.2 FIQH AD-DIN

Perubahan akan berlaku kepada seseorang itu jika mereka Fiqh Ad-din atau berlaku anjakan paradikma ke atas dirinya setelah mereka memahami apa itu Ad-din.

Ramai dikalangan kita menyempitkan kefahaman berkenaan dengan Fiqh. Bila menyebut perkataan Fiqh, tergambar di kotak fikiran bahawa orang itu mahir dalam bidang fekah yang berkait dengan hukum hakam dalam agama. Seperti bab puasa, zakat, solat dan sebagainya.

Marilah kita fahami fiqh dari neraca Al-Quran. Dalam surah Al-A'raaf, ayat 179 (7:179)

وَلَقَدۡ ذَرَأۡنَا لِجَهَنَّمَ ڪَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِ‌ۖ لَهُمۡ قُلُوبٌ۬ لَّا يَفۡقَهُونَ بِہَا وَلَهُمۡ أَعۡيُنٌ۬ لَّا يُبۡصِرُونَ بِہَا وَلَهُمۡ ءَاذَانٌ۬ لَّا يَسۡمَعُونَ بِہَآ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ كَٱلۡأَنۡعَـٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡغَـٰفِلُونَ (١٧٩)

“ Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka jahannam kebanyakannya dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) .. (Qalbu La yafaqqohu) …dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat( tanda-tanda kekuasaan Allah) … (A’yun la yubsiru) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah)… (Aazan la yasma’u) . Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.”

Fiqh mengikut pemahaman Al-Quran ialah isyarat bagi hati (Qalbu) yang mana ilmu yang diperolehi berjaya di fahami, menusuk dan menyentuh hati, seterusnya memberi kesan kepada perasaan dan menjana kepada amalan. Al-Quran diturunkan untuk hati (Qalb) dan untuk dilaksanakan.

Ayat al-A'raaf ini juga membawa persoalan kepada kita; Adakah kita ni tergolong dalam orang-orang yang lalai?......

Ciri-ciri orang yang masuk ke dalam neraka jahanam ialah mereka yang menggunakan pancaindera untuk maksiat dan bukannya untuk memahami, mendengar ayat-ayat Allah dan melihat tanda-tanda kekuasaan Allah.

Orang-orang yang lalai dari memerhati dan memikirkan tanda-tanda kekuasaan Allah, kebesaran Allah, pentadbiran Allah di alam semesta ini, …..mereka adalah sama dengan haiwan ternakan, malah lebih sesat lagi. Ini kerana haiwan mempunyai panduan tersendiri yang Allah sediakan, tetapi manusia dan jin diberi kuasa memilih dengan dibekalkan mata, telinga dan matahati untuk berfikir dan memahami. Jika kita lalai, Neraka Jahannamlah kesudahan kita.

Jelas disini, bagaimana kita nak fiqh dengan ilmu kita …..? kita mestilah menggunakan hati(Qolbu). Al-Quran itu diturunkan untuk hati (membaiki hati). Dalil-dalil Al-Quran diturunkan untuk hati adalah:

Surah Yunus (10:57)

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ قَدۡ جَآءَتۡكُم مَّوۡعِظَةٌ۬ مِّن رَّبِّڪُمۡ وَشِفَآءٌ۬ لِّمَا فِى ٱلصُّدُورِ وَهُدً۬ى وَرَحۡمَةٌ۬ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ (٥٧)
Maksudnya “ Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman”

Allah mengunakan kalimah ٱلصُّدُور iaitu dada. Dan yang berada dalam dada ialah hati.

Kemudian dalam Surah Al-Hajj (22:46)
أَفَلَمۡ يَسِيرُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ فَتَكُونَ لَهُمۡ قُلُوبٌ۬ يَعۡقِلُونَ بِہَآ أَوۡ ءَاذَانٌ۬ يَسۡمَعُونَ بِہَا‌ۖ فَإِنَّہَا لَا تَعۡمَى ٱلۡأَبۡصَـٰرُ وَلَـٰكِن تَعۡمَى ٱلۡقُلُوبُ ٱلَّتِى فِى ٱلصُّدُورِ (٤٦)

“ Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada”.

Begitu juga dalam Hadith Qalb (sebahagian dari hadis ke-6 dalam Hadis 40 Imam An-Nawawi).
أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلاَ وَهِيَ الْقَلْب - رواه البخاري ومسلم “……….….. Ketahuilah bahwa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik, maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahwa itu adalah hati “. (Riwayat Bukhori dan Muslim)


Baiknya amal perbuatan anggota badan merupakan petanda baiknya hati.

Kita kena Fiqh dengan ilmu kita, tetapi ilmu yang macamana?

Surah At-Taubah ayat 122 (9:122)

وَمَا كَانَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ لِيَنفِرُواْ ڪَآفَّةً۬‌ۚ فَلَوۡلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرۡقَةٍ۬ مِّنۡہُمۡ طَآٮِٕفَةٌ۬ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِى ٱلدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوۡمَهُمۡ إِذَا رَجَعُوٓاْ إِلَيۡہِمۡ لَعَلَّهُمۡ يَحۡذَرُونَ (١٢٢)
“ Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mukmin itu pergi semuanya (ke medan peperangan). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama … (Liyatafaqqohu fi Ad-din) dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga hatinya”.

Imam Ibnu Razi menyatakan sahabat nabi terbahagi kepada 2 golongan:
(1) Sahabat yang berangkat ke medan peperangan (jihad)
(2) Sahabat yang bermukim bersama nabi yakni mereka menjadi pengganti kepada sahabat yang pergi berperang dalam hal tafaqqahu fid-din.
Ini bermaksud setiap mukmin kena ada kedua-duanya (jihad & tafaqqahu fid-din) .

Nufrah fi sabililah (Berangkat pergi ke medan perang) tidak semestinya khusus untuk perang tetapi segala bentuk amalan yang seumpama dengannya seperti dakwah, ceramah, planning,.. menyediakan tempat, infaq harta, masa dan tenaga; malah termasuk kepada menyediakan makanan.
• Orang bermukim bertanggungjawab memperdalamkan fiqh ad-din, membangunkan tamadun Islam dsb.
• Masalahnya orang bermukim kadangkala lupa urusan jihad dan jadi lemah dan penakut (cth: peristiwa penaklukan kota bahgdad oleh bangsa Moghul).

Fiqh yang ditekankan dalam ayat di atas ialah fiqh di dalam Ad-din.

Diriwayatkan dari Mu’awiyah rah, dia berkata “ Aku pernah mendengar Rasululullah saw bersabda, “ Barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya, maka Dia memberikan kefahaman agama untuknya ……… “ - HR Bukhori

Tiada ulasan:

Catat Ulasan