Kenapa susah untuk kita mengubah keperibadiaan kita selari dengan ilmu yang kita ada? Adakah disebabkan ilmu kita tidak mencukupi?
Perhatikan contoh-contoh berikut:
Abdullah bin Ubai (digelar sebagai bapa munafik) bersama nabi pada tahun ke-2 hijrah dan mati pada tahun ke-10. Beliau bersama nabi, alim tapi…..bapa munafik. Kenapa?
Ramai orientalis, adalah mahir dalam ilmu Islam, jadi professor dan mengajar tentang Islam tetapi tetap kufur(ingkar dengan Allah swt). Kenapa?
Begitu juga ramai graduan Fakulti Islam, ilmunya banyak tapi pembawaan dan pengamalan hariannya tidak seperti ilmu yang ada di dada mereka. Hati mereka tidak terkesan atas ilmu yang mereka ada. Malah kadang-kala personaliti mereka membawa fitnah kepada Islam. Kenapa?
Begitu juga ramai yang rajin datang ke pelbagai majlis ilmu, dapat menambah ilmu tapi ilmu tersebut tidak mampu mengubah hidup mereka. Amalan dan perwatakannya masih sama. Kenapa dan kenapa?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan