22 Mei 2011

1.5 MENGHAYATI AL-QURAN DENGAN HATI

Otak kita hanya dapat memproses data yang masuk. Ia tidak dapat merasai(feel) sesuatu apa pun yang masuk kedalamnya. Untuk merasai(feel) sama ada rasa sedih…..atau rasa hebat ………atau rasa geram……atau rasa-rasa yang lain…….kita perlu menggunakan HATI. Sebab itu ada perkataan; “Sakit Hati”, “Geli Hati”, “Sedih Hati” dan “Senang Hati”. Ini menunjukkan Hati mempunyai perasaan.

Selalunya kita membaca buku pelajaran seperti Maths, Sains, Geografi, dan yang lain dengan menggunakan otak. Kita cuba menghafal(input) kemudian cuba mengeluarkannya semula melalui tulisan(output/exam). Tak pernah rasanya setakat ni saya merasai sedih atau teramat gembira bila membaca buku Fizik atau Bio. Tapi…….saya pernah menitiskan air mata bila membaca novel atau menonton drama atau filem dalam TV. Ini bermakna, saya menggunakan hati untuk membaca novel atau menonton TV(menjiwainya) tetapi tidak pada buku pelajaran. Sebab tu agaknya tak boleh jadi saintis. Seorang Saintis jika menjiwai betul-betul apa yang dikaji……akan nampaklah olehnya kebesaran Allah dan keagunganNya. Sehingga hati Si Saintis dapat tunduk dan patuh dengan Sang Pencipta.

Begitu juga dengan al-Quran. Kita sepatutnya menggunakan hati yang berperasaan ini semasa membaca al-Quran. Nanti akan tampaklah linangan air mata……mungkin kerana insaf, menyesal, takjub atau pun bersyukur dengan kemurahan Allah swt terhadap hamba-hambaNya. Inilah yang kita nak. Ingin merasai syahdu dan sayu apabila membaca al-Quran. Hati telah terkesan. Sekeras-keras batu, lambat laun lekuk juga dik titisan air ke atas batu itu. Begitu juga penyucian hati……..perbanyakkan membaca al-Quran(Dengan kaedah yang betul), lambat laun hati kan putih bersih dengan cahaya al-Quran. InsyaAllah…..

Setakat ni, kita dah lihat 3 formula bagaimana untuk berinteraksi dengan al-Quran secara berkesan. Iaitu;
1. Menyedari bahawa majoriti kandungan dalam al-Quran adalah untuk kita. Oleh itu perlu kita memahaminya dengan “kami taat dan kami patuh”
2. Untuk memahami al-Quran dengan secara mendalam, perlu kita memahami B.Arab. Baru dapat merasai(feel) di dalam hati.
Syair matan Imam Syatibi;
“Sesungguhnya tali Allah kepada kita ialah al-Quran, maka berjihadlah untuk memahaminya dengan jihad yang besar dan bersungguh-sungguh.”Maksud matan ini ingin memberitahu kita al-Quran umpama ‘peta jalan’ kepada simpang siur kehidupan, melaluinya kita diberitahu dari mana kita datang dan ke mana arah tepat yang patut dituju.

3. Menghayati al-Quran dengan hati yang berperasaan. Baru terasa ruh atau auranya menyelinap ke seluruh tubuh untuk mematuhi dan mengagungkan Pencipta dan RasulNya akhir zaman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan