Apabila berlaku salah faham terhadap istilah-istilah asas seperti Ilah, Robb, Din dan Toghut yang terdapat di dalam al-Qur’an, maka kesan atau natijahnya akan berlaku;
1. Isi al-Quran belum dimengerti sebagaimana sepatutnya.
2. Tiada merasai Al-Quran untuk kita dan pedoman kita.
3. Gagal memahami tauhid dan syirik
4. Gagal melaksanakan ibadah semata-mata untuk Allah.
5. Amalan tidak mengikut apa yang Al-Quran minta (tidak mengikut syaria’at Allah).
Terbukti sekarang berlaku guru agama tidak pakai tudung di luar bilik darjah, tiada sekatan penjualan arak oleh pemerintah, pagi hari beriman tetapi di malam hari kufur atau siangnya kufur tetapi di malam hari beriman. Keadaan bercampur aduk diantara yang hak dan yang batil.
Para sahabat Nabi memahami Ad-din secara menyeluruh dan mendalam. Bagi mereka Islam, Iman dan Ihsan itu adalah satu. Pengamalan mereka merangkumi semua sekali gus dan sebati dalam diri mereka. Sebab itulah mereka seolah-olah mendapat pengajaran baru apabila dinyatakan Hadith Jibril (Hadith ke 2 dalam Hadith 40 Imam Nawawi)
Berbeza dengan kita, pembelajaran di sekolah maupun di pusat pengajian tinggi telah memisah-misahkan kefahaman ini. Sebagai contoh;
Kat sekolah, dalam pelajaran matematik……ada soalan berbunyi,
Cerakinkan nombor 2580.(expanded form)
2580 = 2000 + 500 + 80
(Nombor yang telah dicerakinkan)
Sama juga dengan;
Ad-Din = Islam + Iman + Ihsan
Kita telah belajar benda yang telah dicerakinkan. Jadi……sekarang kita kena belajar macam mana nak satu kan balik Islam, Iman dan Ihsan menjadi satu di dalam diri kita dan dalam pengamalan kita. Adun(mix) ia sehingga sebati, barulah amalan kita berkualiti disisi Allah swt.
Jelasnya sekarang, walaupun sistem pendidikan kita sekarang mempunyai mata pelajaran agama yang mengajar tentang solat, ia lebih kepada kaedah atau cara menunaikan solat (fekah). Tidak menyelami hakikat solat. Konsep Ad-din tidak wujud. Sebagai hamba yang lemah, suruhan solat patut segera ditunaikan kerana seruan bertemu dengan Penciptanya telah tiba. Kepada-Nya kita memohon apa jua permintaan dan mengadu permasalahan. Kepada-Nya kita tunduk dan patuh. Merasai Allah melihat dan memantau. Allah menjawab setiap ayat al-Fatihah yang dilafazkan. Wujud rasa takut dan bimbang solatnya tidak diterima serta berharap mendapat keredhaan-Nya.
Malangnya bila ditanya kenapa perlu bersolat? Ada yang menjawab; “Aku orang Islam, memang kena solat. Datuk nenek kita dulu pun bersolat. Mak ayah kita pun marah kalau anak-anaknya tak bersolat. Kat sekolah pun ada ajar cara nak solat. Itu pun nak tanya?” Dari jawapan ini, tertanya…….dimanakah konsep Ad-din itu.
Inilah hasil pemisahan ilmu yang ada sekarang. Pembelajaran Tauhid(aqidah/usulluddin), Fekah(syari'at) dan Tasawuf(akhlak) tidak disatukan. Begitu juga diperingkat Pusat Pengajian Tinggi. Tidak ada lagi individu seperti Saidina Abu Bakr al-Siddiq r.a, Saidina Umar r.a, Sayyidah Khadijah r.anha, Bilal bin Rabbah, Zaid bin Harithah dan yang lain hasil dari sekolah Rasulullah saw.
Jadi…………..bagaimana kita nak memperbetulkan semua ini mengikut landasan yang betul, yakni mengikut kehendak Allah swt?
Jawapannya ialah ……….kita kena kembali kepada al-Qur’an dan Sunnah Nabi saw sebagaimana yang diterima oleh para sahabat. Kita kena berinteraksi dengan al-Quran sehingga menjadi ‘sibghatullah’.
صِبۡغَةَ ٱللَّهِۖ وَمَنۡ أَحۡسَنُ مِنَ ٱللَّهِ صِبۡغَةً۬ۖ وَنَحۡنُ لَهُ ۥ عَـٰبِدُونَ (١٣٨)
“Sibghah (celupan budaya) Allah; dan siapakah yang lebih baik pencorakkan budaya daripada Allah dan hanya kepada-Nyalah kami menyembah.” – (al-Baqarah:138)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan