22 Mei 2011

1.4 AL-QURAN DALAM BAHASA ARAB

Kenapa Allah swt memilih B.Arab sebagai bahasa al-Quran? Sebab…… B.Arab adalah bahasa istimewa. Ia banyak kelebihannya berbanding dengan bahasa-bahasa yang lain. Terutama B.Melayu yang dipercayai yang paling miskin.

Hebatnya B.Arab
Dalam ilmu B.Arab ada ilmu Nahu, Sorof, Balaghah, Bayan, Ma’ani, Badi’ dan lain-lain seperti sya’ir Arab dan perumpamaan Arab.
Kalau kita dapat menguasai dari segi Nahu, Sorof dan Balaghah pun………Alhamdulillah.

Ilmu Nahu – mengkaji bentuk kata dan kata terbitan.(Grammar)
Ilmu Sorof – mengkaji perubahan perkataan dalam B.Arab( penambahan huruf tertentu atau baris yang memberi makna yang berbeza)

Ilmu Balaghah – ilmu Retorik, iaitu kesenian gaya bahasa yang boleh mempengaruhi pemikiran pendengar. Ia berkesan untuk penuturan dan penulisan.( Antonasi dalam perkataan;dalam keadaan marah ke…, sedih ke…,gembira ke…,sindiran ke….dll gambaran terbayang.)

Pendengar dan Pembaca
Pendengar akan mengetahui keadaan sesuatu perkataan itu melalui antonasi suara pengucap kata-kata itu. B.Melayu perlu ada antonasi ini untuk mengetahui keadaan situasi ketika itu. TETAPI B.Arab….dengan melihat kepada perkataan itu sahaja telah dapat mengetahui keadaan situasi ketika itu sama ada ia marah…. atau memerintah….atau menyindir….ataupun memuji.

Contoh;
Pembaca membaca perkataan “makanlah” yang ditulis di atas papan putih.( Cuba baca perkataan ini semula)
Tahu tak macam mana gaya bahasanya? Atau kita baca dengan tiada perasaan?
Dalam B.Melayu, perlu ada antonasi untuk menunjukkan keadaan perkataan ini. Cuba baca semula dengan antonasi yang diberi,
“makanlah” (dalam nada lembut dan mengalu-alukan)
“makanlah” (dalam nada marah)
“makanlah” (dalam nada menyindir)

Jadi…..Antonasi boleh mengubah makna sesuatu perkataan itu.

Dalam B.Arab, pembaca akan mengetahui nada /antonasi setiap perkataan itu. Sama ada Allah swt menyatakan dalam keadaan marah ke…, suruh ke…, atau membuat penegasan.

Apa yang perlu kita buat?
Kita kena bersungguh-sungguh belajar B.Arab.
Kita nak ambil jurusan physics atau Medic tapi tak tahu English, then kita sanggup berkorban untuk belajar English semata-mata untuk memahami buku Physics atau Medic.
Bila kita mengaku al-Quran itu adalah untuk kita, dan ada maklumat penting di dalamnya tapi…..Dalam B.Arab. Sanggupkah kita mengorbankan apa yang ada untuk mempelajari B.Arab kerana nak menjiwai al-Quran atau nak mendapatkan aura/feel dari al-Quran itu dan Nak tau isi kandungannya secara mendalam.
Orang yang memahami B.Arab akan mengatakan; Membaca terjemahan sahaja tidak memadai untuk menjiwai al-Quran. Seperti ada sesuatu yang kurang/tak kena.

Menyedari al-Quran diturunkan adalah untuk kita. Bukan hanya untuk Rasulullah saw dan para Sahabat. Ia untuk kita baca…..difahami……dihayati…….diamalkan…..then disebarkan dengan mengambil tugas Rasulullah saw iaitu “menyampaikan”. Bukan sekadar membaca dengan tajwid dan taranum, tetapi mestilah juga dengan maksud disebalik ayat-ayat yang dibaca. Membaca sesuatu untuk kita, lebih bermakna berbanding membaca orang lain punya. So….al-Quran itu untuk kita semua.

Mempelajari B.Arab supaya setiap ayat yang dibaca dari al-Quran difahami secara terus sehingga memberi kesan dihati. Sehingga Hati yang terkesan itu dapat menguasai diri kita dengan cara yang betul iaitu mengikut pandangan dan perkiraan Allah swt.

4 ulasan:

  1. Salam wbt..

    Bahasa melayu bukan bahasa paling miskin. Bahasa melayu pernah mempunyai abjad sendiri (abjad rencong, ada dikatakan mirip abjad phoenicia), tetapi terhapus dengan kedatangan pengaruh hindu-buddah dan islam.
    Banyak kosa kata melayu msia lebih byk dipengaruhi bhs arab manakala b.indonesia = b.melayu baku byk dipengaruhi sanskrit..Bahasa melayu perlu dilihar dlm konteks yg besar, bukn tertumpu pd msia shj, ttp meliputi Nusantara yg trkandung dlmnya bahasa sukuan.

    B.inggeris sgt padat dgn pinjaman bh asing (greek dan romace 70%, latin ?%, Rasinski et al 2008)..ini terbukti b.inggeris juga miskin. B.jepun juga penuh dgn bhsa pinjaman asing sbyk (28% b,cina, 6% b.inggeris oleh Haspelmath dan Tadmor, 2009).Tuduhan melulu ini perlu diperbetulkan..tapi saya menghormati pengetahuan kamu dlm b.arab

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum, Saya setuju dengan artikel yang mengatakan bahawa bahasa Arab sebagai bahasa yang hebat dan terpilih.

    Namun demikian, tapi adalah tidak tepat mengatakan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa yang paling miskin.

    Dalam Falsafah bahasa menurut Islam, semua bahasa di dunia ialah milik Allah. Allah menciptakan manusia dengan keupayaan berbahasa, Allah menciptakan Adam bersama dengan kebolehan berbahasa (seperti perisian), (Lihat surah al-Baqarah, ayat 31) Malah kepelbagaian bahasa juga tanda kebesaran Allah (Lihat surah ar-Rum, ayat 22).

    Dalam soal bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran, saya mengakui hal ini, bahawa bahasa Arab sebagai sumber utama bagi agama Islam (Syed Muhammad bin Sayyid, dalam kertas Islamization of Linguistik).

    Saya mengakui bahawa bahasa Islam sebagai bahasa Ilmu, namun demikian, Surah Ibrahim, surah 4, "Dan Kami tidak utuskan seseorang rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya dia dapat memberi penjelasan kepada mereka”

    Surah ini menggambarkan bahawa Islam tidak menafikan hak bahasa-bahasa selain bahasa Arab dalam proses penyebaran ilmu. Malah dalam penyebaran Islam, nabi menggalakkan terjemahan semasa menyebarkan Islam ke seluruh dunia. Syed Naquib al-Attas juga mengatakan bahawa Islam tersebar dengan mudah di Tanah Melayu melalui bahasa Melayu. Oleh itu, berbalik kepada fitrah bahasa, bahawa bahasa ciptaan Allah yang penuh dengan pelbagai bahasa dan dialek.

    Soal kemiskinan, tiada bahasa yang miskin.

    BalasPadam
  3. Wa'alaikumussalam wbt,
    Terima kasih kepada sub.hadron dan abd gans yang memberi ulasan berkenaan B.Melayu. Semoga pembaca blog ini dapat memberi komen dan ulasan yang seterusnya. Justeru itu kita sama-sama dapat mengambil manfaatnya.

    Wallahu'alam.

    BalasPadam
  4. Aslm..bahasa melayu yg sebenarnya bahasa jawi..ianya dekat dg bahasa arab...klau kita mengaji bahasa jawi d kitab2 lama sungguh hebat..itu sebab ulama nusantara d antara arif bahasa arab...dan ada menjadi guru d tanah haram..bila kementrian pelajaran me mansuhkan bahasa jawi d sekolah kebangsaan maka generasi baru sukar memahami bahasa arab..

    BalasPadam