i. Kenapa al-Quran diturunkan secara munajjaman?Apa maksud munajjaman? Munajjaman bermaksud al-Quran itu diturunkan secara beransur-ansur kepada Junjungan Besar Rasulullah saw mengikut keadaan semasa.
Kenapa tidak diturunkan secara sekali gus?
Untuk memberi kesan yang mendalam kepada penerimanya yang bersangkutan atau berkaitan dengan keadaan ketika itu.
ii. Peristiwa yang berlaku adalah secara fizikal dan emosionalAl-Quran diturunkan mengikut peristiwa-peristiwa semasa termasuk peristiwa secara fizikal atau secara emosional.
Peristiwa fizikal seperti peristiwa melibatkan peperangan, perjanjian, pembukaan empayar Islam dan lain-lain yang seumpama.
Peristiwa emosional ialah peristiwa yang melibatkan perasaan.
Contoh 1:
إِنَّنِىٓ أَنَا ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّآ أَنَا۟ فَٱعۡبُدۡنِى وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ لِذِڪۡرِىٓ
“Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.” – (Thaahaa : 14)
Ayat di atas adalah wahyu pertama yang diterima oleh Nabi Musa.(Tafsiran ayat ini sangat mendalam berkait dengan aqidah, boleh rujuk tafsiran) Di zaman Rasulullah saw, ayat ini ada perkaitan dengan pengIslaman Saidina Umar Ibni al-Khattab.
Saidina Umar yang garang sebelum Islam telah diberitakan oleh Nuim bahawa adiknya Fatimah dan suaminya(iparnya) telah memeluk agama Islam yakni musuh agamanya. Lantas dengan segera Sadina Umar mendapatkan mereka yang sedang membincangkan surah Thaahaa ini. Berlaku perbalahan sehingga adiknya Fatimah ditampar olehnya dengan kuat sehingga berdarah. Melihat adiknya sendiri cedera hingga berdarah, timbul rasa kesal di hatinya terus berseru;
“Berikan daku kitab yang bersama kamu itu untuk ku menatapnya.”
“Kau kotor, ayatnya bersih dan tidak boleh disentuh kecuali orang yang bersih. Ayuh, pergi bersuci dahulu.”Adiknya berkata.
Saidina Umar pun bangun dan bersuci. Kemudian membaca surah Thaaha hingga ayat 14 ini. Beliau mengkagumi kata-katanya dan memuliakannya. Lantas bertanyakan dimanakah Muhammad saw. Rupa-rupanya Allah swt telah memakbulkan doa Rasulullah saw yang berbunyi “Ya Allah Ya Tuhanku perkukuhkanlah Islam dengan Umar al-Khattab atau Abu Jahal Ibnu Hisham.”
Jika kita mengetahui cerita disebalik ayat yang dibaca, baru ada ‘something’ sehingga melekakan kita membacanya. Ingin terus membaca kerana tak puas. Nak baca lagi…….nak lagi……dan lagi.
Contoh 2;
Penurunan ayat ad-Dhuha.
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِDengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
وَٱلضُّحَىٰ (١)Demi waktu Duha
وَٱلَّيۡلِ إِذَا سَجَىٰ (٢)Dan malam apabila ia sunyi-sepi.
مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ (٣) Tuhanmu tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci.
Apabila kita baca ayat ini, kita tak tau dan bertanya kenapa la Allah swt cakap macam ni…….
Apakah cerita disebalik penurunan ayat ini? (latarbelakangnya)
Sebenarnya pada suatu ketika wahyu lambat diturunkan kepada Baginda Rasulullah saw. Ini menyebabkan keresahan, sedih, dan tertanya-tanya kenapa malaikat Jibril tidak menurunkan wahyu kepada Baginda. Dikala ini juga kaum Musyrikin mengambil kesempatan mengejek-ngejek Rasulullah saw bahawa Beliau telah ditinggalkan Tuhannya.
Sama seperti kita, bila berjauhan dengan suami….sms menjadi tali penghubung. Maka berlaku balas membalas sms. Tiba-tiba, suami berhenti menghantar message…………mula dalam kotak fikiran kita tertanya-tanya; marahkah ia?, aku tersilap cakap ke?, kemudian perasaan sedih menerjah kalbu. Muka muram tidak ceria. Selang beberapa hari………..ada message dari suami menyatakan kerinduannya dan kasih sayangnya. Maka hati kita berbunga kembali, wajah berseri-seri kegembiraan.
Begitulah Rasulullah saw, selang beberapa ketika surah Dhuha ini turun. Allah swt menyampaikan bahawa Allah tidak meninggalkan Rasulullah saw. Dan tidak membenci Baginda. Sebaliknya menyayanginya. Keresahan Rasulullah saw terubat, betapa gembiranya Baginda dengan penurunan ayat ini.
Bila kita baca ayat ini, kita pun tumpang bergembira……………
Ini bermakna kita perlu tahu ASBABUN NUZUL(sebab-sebab turunnya sesuatu ayat). Tapi tidak semua ayat ada asbabun nuzulnya. Ia diturunkan mengikut suasana keadaan ketika itu yang kita panggil mulabasat al-Quran.
Contohnya;
Al-Quran diturunkan selama 23 tahun, 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah. Dalam tahun-tahun ini ada fasa-fasa suasana keadaan ketika itu.
Zaman Mekkah:
Ada 3 fasa,
Fasa 1 : 3 tahun pertama, dakwah secara sembunyi(sir)
Fasa 2 : 7 tahun kemudiannya, dakwah secara terang-terangan. Fasa yang paling banyak
ujian dan seksaan.
Fasa 3 : 3 tahun terakhir, seruan Islam keluar Mekkah.
Jadi, dalam zaman Makkah ada 3 fasa, penurunan ayat adalah mengikut feel keadaan bagi setiap fasa. Bila kita baca al-Quran, kita akan dapat feel ayat tersebut kerana kita tahu keadaan suasana(mulabasat) ayat tersebut. Secara umumnya ayat yang turun zaman ini adalah berkisar kepada pengubahan aqidah umat.
Zaman Madinah:
Ada 2 fasa,
Fasa 1 : 5 thn pertama dakwah secara defensive iaitu umat Islam telah diserang oleh musuh, maka mereka lebih kepada
mempertahan diri. Peperangan yang terlibat seperti perang Badar, perang Uhud, perang Khandak dan lain-lain.
Fasa 2 : 5 thn akhir dakwah secara offensive iaitu berlaku pembentukan kerajaan Islam dan umat Islam mula mengembangkan wilayahnya. Peperangan yang terlibat seperti peperangan Hunain, peperangan Tabuk dan lain-lain.
Secara umumnya kita tahu ayat-ayat yang turun di zaman ini berkaitan dengan hukum hakam.
Sebab itulah penting bagi kita membaca Seerah Nabi saw. Bila kita tahu seerah, kita akan memahami jalan cerita setiap ayat al-Quran itu diturunkan. Apa yang perlu kita buat sekarang?........Kena baca seerah dan memahaminya.
Masalahnya……….kebanyakkan buku seerah yang kita baca lebih berbentuk fakta(seerah fakta). Tidak berbentuk seerah hati. Yakni seerah yang boleh menyentuh hati seperti kita membaca novel. Bila kita baca novel, kita terasa seolah-olah kita berada di dalamnya dan dapat merasai situasi ketika itu.
Setakat ni yang saya jumpa seerah berunsur cerita dan mengikut mulabasat al-Quran adalah Seerah Lengkap Nabi Muhammad saw, Al-Raheeq Al-Makhtum oleh syeikh Sofiyyur-Rahman al-Mubarakfuri. Ia adalah buku seerah yang terkenal di Mesir. Sekarang telah ada terjemahan dalam Bahasa Melayu.
Sesiapa diantara kita yang mahir menulis seperti novel, bolehlah kembangkan bakat dengan menulis seerah Rasulullah saw dalam bentuk novel. Mana lah tahu…….jika terpilih oleh Allah swt.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan