22 Mei 2011

1.1 MEMBACA AL-QURAN

Pernahkah kita tidak merasa apa-apa ketika membaca Al-Quran? macam biasa je perasaan….. no feeling…
Nak baca pun kadang-kadang terasa berat, apatah lagi nak faham, nak dihayati, nak diamalkan dan kemudian jadi pemangkin kepada cara hidup kita.
Seperti……… tidak terkesan dengan apa yang kita baca; tak dapat nak mengubah cara kita berfikir dan cara amalan hidup kita, seolah-olah kita di satu pihak dan Al-Quran di satu pihak yang lain. Sedangkan kita tahu ia adalah wahyu atau massage Penguasa Alam Semester.
Analoginya seperti benih dan tanah; katakan benih tu Al-Quran ( benih yang terbaik) dan tanah tu kita; kalau benih tu ditanam,tetapi pokok tak tumbuh, apa masalahnya? Benih yang bermasalah atau tanah yang bermasalah ? Dalam hal ni ,tentulah tanah yang problem (kita la tu)……………
Sebenarnya kita sendiri yang tak faham Al-Quran…. Cuba kita ambil contoh mereka yang faham (Fiqh) dengan Al-Quran:
 Nabi Muhammad saw bangun dari selimut dan berdakwah bila turun 6 ayat surah Al-Muddathir

 Umar r.a. terus masuk Islam bila baca surah Toha


- طه (١) مَآ أَنزَلۡنَا عَلَيۡكَ ٱلۡقُرۡءَانَ لِتَشۡقَىٰٓ (٢) إِلَّا تَذۡڪِرَةً۬ لِّمَن يَخۡشَىٰ (٣) تَنزِيلاً۬ مِّمَّنۡ خَلَقَ ٱلۡأَرۡضَ وَٱلسَّمَـٰوَٲتِ ٱلۡعُلَى (٤) ٱلرَّحۡمَـٰنُ عَلَى ٱلۡعَرۡشِ ٱسۡتَوَىٰ (٥) لَهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ وَمَا بَيۡنَہُمَا وَمَا تَحۡتَ ٱلثَّرَىٰ (٦) وَإِن تَجۡهَرۡ بِٱلۡقَوۡلِ فَإِنَّهُ ۥ يَعۡلَمُ ٱلسِّرَّ وَأَخۡفَى (٧)

Toha(1) Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu supaya engkau menanggung kesusahan (2); Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang yang bertaqwa (3); (Al-Quran) diturunkan dari (Allah) yang telah mencipta bumi dan langit yang tinggi (4); iaitu (Allah) yang bersemayam di atas arasy (sesuatu dengan kelayakanNya) Dialah juga yang memiliki segala yang dilangit dan dibumi, serta yang di antara keduanya (5) dan juga yang dibawah tanah (perut bumi)
Baru beberapa sahaja ayat Umar menbacanya, terbitlah daripada mulut Umar, “ Alangkah indahnya kata-kata ini dan alangkah mulianya”. Kemudian terus membacanya sehingga ayat 12.

 Sahabat tuang arak sehingga bumi Madinah basah(becak) bila turun ayat pengharaman arak.

 Tabi’in besar Said bin Musayyaf (tua; kening dah turun; buta mata sebelah) pergi berperang walaupun uzur kerana faham ayat Allah 9:41 At-Taubah


ٱنفِرُواْ خِفَافً۬ا وَثِقَالاً۬ وَجَـٰهِدُواْ بِأَمۡوَٲلِڪُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ
“ Berangkatlah kamu baik dalam keadaan ringan ataupun berasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui”

Jadi macamana kita nak faham dan berinteraksi dengan Al-Quran seperti mereka?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan