22 Mei 2011

1.7 SIAPA KITA?

Pertanyaan `siapa kita’ bermaksud supaya kita ingin mengenali diri kita. Setiap individu itu akan sentiasa berada dalam dunia dia sendiri. Susah baginya untuk berada dikalangan yang tidak sama fikiran dengannya. Contohnya, seorang nelayan akan mencari kawan yang faham tentang laut dan kehidupan seorang nelayan. Majalah yang dibaca juga berkisar kepada ikan. Seorang doctor tidak akan berminat tentang ikan. Buku-buku yang dibacapun berkaitan dengan perubatan. Maka akan berlaku pemisahan kumpulan. Nelayan dengan klik nelayan, doctor dengan klik doctor, sama juga dengan guru, tukang masak, kontraktor dan lain-lain.

Begitu juga di zaman Jahiliyyah. Golongan bangsawan dengan bangsawan, Peniaga akan sentiasa selesa dengan peniaga, pengembala dengan pengembala, penyair akan sentiasa dengan penyair dan lain-lain.

Apabila al-Quran turun, Rasulullah saw menyampaikan wahyunya kepada kumpulan-kumpulan ini. Maka wujud satu lagi kumpulan iaitu kumpulan Islam yang bermarkas di rumah Arqam bin Abi Arqam. Walaupun di dalam kumpulan ini terdiri dari pelbagai profesion, ia telah disatukan dengan satu ikatan aqidah yang telah mengubah pemikiran mereka. Mereka merasakan mereka ada kerja yang khusus iaitu mengajak orang lain untuk menyertai kumpulan Islam. Namun begitu profesion lama mereka tetap kekal wujud.

Ini bermakna seorang doctor akan juga bercakap tentang Islam, begitu juga nelayan akan bercakap juga tentang Islam. Profesion lama mereka menjadi alat untuk memudahkan kerja-kerja dakwah mereka. Mereka faham kenapa Allah swt menjadikan manusia iaitu semata-mata sebagai khalifah di muka Bumi ini. Ini lah juga sebab mengapa al-Quran diturunkan. Ia diturunkan kepada pendakwah-pendakwahNya sebagai rujukan. Semua penyelesaian masalah yang dihadapi ada di dalam al-Quran. Contohnya, jika kita terlalu banyak menerima dugaan menyebabkan terfikir Allah swt telah membenci kita. Bukan begitu…..bacalah surah ad-Dhuha. Ia akan mententeramkan hati orang yang banyak masalah. Dalam surah ini menyatakan Allah swt tidak meninggalkan kita. Tidak membenci kita, jika kita menyambung perjuangan Rasulullah saw.

Ingatlah firman Allah dalam surah al-Baqarah:216
كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهٌ۬ لَّكُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ (٢١٦)
“Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (216)

Jadi, apa yang perlu kita buat sekarang?
Kita kena menyambung perjuangan Rasulullah saw menyampaikan apa yang ada di dalam al-Quran. Nanti kita akan merasai apa yang dirasai oleh Rasulullah saw dan para sahabatnya. Kita juga akan dapat merasai bagaimana berinteraksi dengan al-Quran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan