Penurunan Al-Quran dalam 3 tahap:
Tahap pertama, A-Qur’an diturunkan secara keseluruhan(sedebuk) ke lawh al-mahfuz(Lohmahfuz).
بَلۡ هُوَ قُرۡءَانٌ۬ مَّجِيدٌ۬ (٢١) فِى لَوۡحٍ۬ مَّحۡفُوظِۭ (٢٢)
“Bahkan dialah al-Quran yang mulia, berada di lawh mahfuz.” – (Al-Buruj:21-22)
Tahap kedua, dari Lohmahfuz ia diturunkan ke bayt al’izzah yang terletak di langit dunia pada malam Lailatulqadar.
شَہۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدً۬ى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ فَمَن شَہِدَ مِنكُمُ ٱلشَّہۡرَ فَلۡيَصُمۡهُۖ وَمَن ڪَانَ مَرِيضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٍ۬ فَعِدَّةٌ۬ مِّنۡ أَيَّامٍ أُخَرَۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِڪُمُ ٱلۡيُسۡرَ وَلَا يُرِيدُ بِڪُمُ ٱلۡعُسۡرَ وَلِتُڪۡمِلُواْ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُڪَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَٮٰكُمۡ وَلَعَلَّڪُمۡ تَشۡكُرُونَ (١٨٥)
“Bulan Ramadhan, bulan yang didalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk dan pembeza.” – (al-Baqarah:185)
إِنَّآ أَنزَلۡنَـٰهُ فِى لَيۡلَةِ ٱلۡقَدۡرِ (١) وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ (٢) لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَيۡرٌ۬ مِّنۡ أَلۡفِ شَہۡرٍ۬ (٣)
“Sesungguhnya, kami telah menurunkannya(al-Quran) pada malam Lailatulqadar. Tahukah kamu apakah itu Lailatulqadar? Ia lebih baik daripada 1000 bulan.” – (al-Qadr:1-3)
Dengan dalil-dalil ini menunjukkan bahawa……semua peristiwa dan cerita di dalam al-Quran telah ditetapkan oleh Allah swt yang memang akan berlaku satu demi satu sehinggalah hari Qiamat. Ini lah yang dikatakan sebagai projek Allah azzawajalla. Qadho’ dan Qadhar Allah swt ini tidak kita ketahui, oleh itu kita kena berusaha kearah kebaikan seperti mana garis panduan yang diberikan oleh Allah swt di dalam al-Qur’an dan Hadith.
Tahap ketiga, dari Baitul’izzah ia diturunkan beransur-ansur kepada Rasululah saw melalui Malaikat Jibril.
Ibnu Abbas menyatakan;
“Al-Quran itu diturunkan pada malam Lailatuqadar dalam bulan Ramadan ke langit dunia secara sekali gus, kemudian diturunkan secara beransur-ansur.”
Penurunan ini berlaku selama 22 tahun, 2 bulan dan 22 hari.(23 tahun)Iaitu 13 tahun di Mekkah dan 10 tahun di Madinah.
Penurunan al-Quran mengikut suasana/keadaan ketika itu. Kita panggil sebagai mulabasat al-Quran. Di Makkah, 3 tahun pertama adalah dalam suasana dakwah Rasulullah saw secara sembunyi(Sir), kemudian 7 tahun dalam suasana dakwah Rasulullah saw secara terang-terangan(Jahr) dan 3 tahun dalam suasana dakwah Rasulullah saw keluar dari Kota Makkah.(semuanya 13 tahun dan kebanyakan ayat yang diturunkan adalah untuk membaiki aqidah jahiliyyah ke aqidah Islam)
Kemudian berlaku penghijrahan Rasulullah saw ke Madinah. Banyak berlaku peperangan di peringkat ini. So ayat ayat yang turun bersesuaian dengan keadaan ini. Kebanyakan ayat hukum hakam turun di zaman ini.
Kemudian, Siapa yang menyusun surah-surah di dalam al-Qur’an mengikut susunan seperti sekarang?........
Setiap tahun, Jibril datang bersolat dengan Rasulullah saw pada bulan Ramadhan. Jibril membaca mengikut susunan yang dikehendaki oleh Allah swt (Taufiqi). Setiap tahun bacaan dalam solat bertambah lama kerana berlaku pertambahan surah-surah. Sehinggalah lengkap satu al-Quran seperti sekarang.
Bagai mana kita nak berinteraksi dengan al-Quran sebagaimana di zaman Rasulullah saw? Mereka seolah-olah berkata-kata dengan al-Quran. Mengikut arahan dan saranan yang ada di dalamnya dengan tanpa banyak soal. Mereka yakin setiap yang ada di dalamnya adalah benar belaka dan membawa kebaikan. Maka “سَمِعۡنَا وَأَطَعۡنَاۖ”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan