23 Mei 2011

2.0 KEWAJIBAN MENUNTUT ILMU

Wahyu yang pertama atau yang mula-mula turun ialah ayat Iqra dari surah al-‘alaq:
ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ (١) خَلَقَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مِنۡ عَلَقٍ (٢) ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ (٣) ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ (٤) عَلَّمَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ (٥)
“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (1) Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (2) Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; (3) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; (4) Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (5)

Semasa Rasulullah saw meningkat usianya ke ambang 40 tahun, baginda mempunyai perasaan yang tidak selesa, bimbang dan sering memikirkan keadaan masyarakat sekitarannya yang menjalani kehidupan sosial yang sangat teruk seperti tipu menipu, perbuatan zina menjadi lumrah, berfoya-foya dan menyembah berhala yang tidak berdaya. Pemikiran dan aqidah yang sangat berbeza dengannya menyebabkan baginda lebih suka menyendiri di Gua Hira’.

Rasulullah saw telah bermimpi melihat mega-mega subuh ,dan petanda keredhaan beruzlah di Gua Hira’. Mimpi ini berulang selama 6 bulan(salah satu tanda kenabian). Baginda (kekadang bersama keluarganya) beruzlah membawa bekalan makanan dan minuman ke Gua Hira’. Rasulullah saw beribadat dan memerhatikan penciptaan alam serta kebesaranNya. Baginda tinggal disana selama sebulan pada bulan Ramadhan. Apabila bekalan kehabisan, Rasulullah saw akan turun dan naik kembali. Keadaan ini berlarutan selama 3 tahun.

Qamariah/39 tahun 3 bulan dan 12 hari-bulan Syamsiah) Jibril menemui Rasulullah saw dan meminta Baginda membaca dengan berkata: “Bacalah!”
Rasulullah saw menjawab: “Daku tak tau membaca.”
Jibril memeluk Baginda sehingga Baginda kepenatan dan memerintah semula: “Bacalah!”
Rasulullah saw menjawab: “Daku tak tau membaca.”
Jibril memeluk Baginda sekali lagi hingga Baginda kepenatan dan menyeru: “Bacalah!”
Sekali lagi Baginda menjawab: “Daku tak tau membaca.”
Jibril memeluk Rasulullah saw sekali lagi kemudian melepaskan Baginda seraya membacakan 5 ayat (al-‘Alaq:1 – 5) di atas.

Dalam keadaan mengeletar, Rasulullah saw pulang ke rumah dan meminta isterinya Khadijah r.a menyelimutinya. Isterinya mententeramkan Baginda dan telah berjumpa dengan Waraqah.( Wahai ibu-ibu….., isteri adalah penenang hati suaminya.)

ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ (١)
“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),”

Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah saw dan juga kepada ummatnya.
ٱقۡرَأ - kata suruh; Bacalah. Yakni Allah swt menyuruh Nabi Muhammad ketika di Gua Hira’ supaya membaca. Sebab itu dalam al-Quran terjemahan sering mencatatkan wahai Muhammad didalam kurungan selepas perkataan bacalah. Hakikatnya suruhan ini juga ditujukan kepada ummat Nabi Muhammad supaya mencari ilmu dengan membaca. Kita boleh terjemahkan ayat ini menjadi:
“Bacalah(wahai ummu A’liya) dengan nama Robb mu yang menciptakan(sekelian makhluk).” Dengan ini barulah ummu A’liya merasakan Allah swt sedang berinteraksi dengan nya.

Allah swt memerintahkan kita agar menjadi pembaca dengan kudrat dan iradatNya. Dialah Pencipta dan Penguasa.

خَلَقَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مِنۡ عَلَقٍ (٢)
“Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;”

Allah swt telah mendedahkan tentang penciptaan makhluk dan kejadian manusia. Sebelum ini tiada siapa yang tahu, muktahir ini baru sains membuktikan kesahihannya. Dengan membaca al-Quran, kita akan mendapat ilmu yang tidak terfikir oleh kita.

ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ (٣)
“Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah;”

Allah swt mengulang perkataan ٱقۡرَأۡ , َرَبُّكَmenunjukkan keupayaan membaca tidak akan dapat dikuasai kecuali dengan kesungguhan mengulang dan latihtubi dengan kudrat dan iradatNya.

ٱلۡأَكۡرَمُ - Maha Pemurah. Rasulullah saw adalah seorang yang ummi( tak tau membaca dan menulis). Dengan pertolongan Allah Yang Maha Pemurah, keupayaan membaca al-Quran menjadi kenyataan. Maka tiada alasan untuk tidak berusaha.

ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلۡقَلَم(٤)ِ
“ Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan;”

Tulisan adalah wasilah atau perantaraan penting dalam berkomunikasi. Dakwah peringkat permulaan menyarankan dan mendorong umat supaya membaca dan menulis. Ini merupakan rahmat Allah swt kepada manusia.

عَلَّمَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ (٥)
“Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”

Dengan pena, Allah swt banyak mengajar kita perkara yang tidak diketahui. Kita diberi pilihan untuk berusaha, Allah swt lah yang menjayakannya.

Oleh itu…..betapa pentingnya menuntut ilmu,
Kita dah belajar dari sekolah rendah, menengah kemudian ke pusat pengajian tinggi. Sekarangpun kita masih mencari ilmu. Tapi………adakah ilmu-ilmu kita itu dapat mengubah diri kita menjadi seorang Islam secara keseluruhannya. Jika tidak, apakah masalah kita sebenarnya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan